Pengumuman Hilal Syawal Bagi Tahun 1443 H, Tahniah Atas Ketibaan Idul Fitri Yang Diberkati

Kenyataan Media

Pengumuman Hilal Syawal Bagi Tahun 1443 H, Tahniah Atas Ketibaan Idul Fitri Yang Diberkati

(Terjemahan)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Ila Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahi Alhamd

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim. Alhamdulillah, segala pujian bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad (saw) serta ke atas ahli keluarga dan sahabat baginda (saw).

Imam Bukhari telah mengeluarkan di dalam sahihnya, daripada Muhammad Bin Ziyad, beliau berkata, “Aku mendengar Abu Hurairah (ra) berkata: bahawa Rasulullah (saw) bersabda, atau beliau berkata: Abu al-Qasim (saw) bersabda:

«صوموا لِرُؤيتِهِ وأَفْطِرُوا لرؤيتِهِ فإنْ غُـبِّيَ عليكم فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ»

 “Berpuasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah (berhari raya) kalian kerana melihat hilal dan jika mendung menutupi kalian maka genapkanlah tiga puluh hari”.

Setelah melakukan aktiviti cerapan hilal Syawal pada malam Ahad (hari Sabtu), hilal telah disahkan kelihatan sesuai dengan ketetapan syarak, di beberapa buah negeri kaum Muslimin. Maka, hari ini Ahad, merupakan hari pertama bagi bulan Syawal dan sekali gus hari Idul Fitri yang diberkati.

Dalam meraikan ketibaan Idul Fitri yang diberkati, Hizbut Tahrir memanjatkan ucapan tulus ikhlas kepada seluruh umat Islam, seraya mendoakan agar Allah menemukan kita dengan Idul Fitri pada tahun hadapan dalam keadaan Khilafah telah kembali berdiri, dan Allah telah memperkuatkan Deen umat ini, dan menyebarluaskan panji-panjinya. Saya secara peribadi dan selaku Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, termasuk semua kakitangan yang bertugas di Unit-unit dan Maktab Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rashtah, turut menyampaikan ucapan tahniah. Semoga Allah mengurniakan beliau (Syeikh Atha’) kejayaan dalam menerajui dakwah ini dalam rangka merealisasikan bisyarah (khabar gembira) daripada Rasulullah (saw) dengan mendirikan Khilafah Rasyidah ala minhaj an-nubuwwah untuk kali yang kedua.

Kehadiran Idul Fitri menghidupkan perasan gembira buat umat Islam, yang semoga dengannya dapat sedikit sebanyak meringankan penderitaan mereka di sepanjang Ramadan pada tahun ini – penderitaan berupa kebuluran yang berleluasa dalam kalangan umat Islam di Afghanistan dan Yaman; penodaan kesucian Masjid al-Aqsa oleh kaum Yahudi; kempen membakar al-Quran di Sweden; sehinggalah kepada khabar duka kematian keluarga-keluarga Muslim di Laut Mediteranean. Umat Islam telah mengharungi bulan Ramadan tahun ini dengan melakukan puasa dan qiyam (solat), dan dalam masa yang sama menahan diri daripada marah dan hiba akibat tekanan perasaan (dengan apa yang berlaku).

Tidak diragukan bahawa tragedi-tragedi yang menimpa umat Islam pada hari ini, tidak kiralah apa bentuknya, merupakan natijah daripada penjajahan atau kondisi penjajahan. Entiti Yahudi telah didirikan dan dipersenjatai oleh penjajah Barat yang kafir, manakala umat Islam di Afghanistan menderita kebuluran dan bumi mereka dibom atas telunjuk Barat; Muslim di India dan Kashmir dizalimi oleh kerajaan India dengan izin Amerika Syarikat, dan keluarga-keluarga Muslim bergadai nyawa merentas lautan kerana Barat menyetujui pemenjaraan ke atas kaum Muslimin di negeri-negeri mereka. Sementelahan propaganda menghina Islam dan kesuciannya, serta sikap menyalahkan umat Islam yang terjadi tatkala umat ini berpegang teguh kepada hukum Islam, kesemua ini dipaksakan oleh negara-negara utama Barat ke seluruh dunia.

Namun sesungguhnya, semakin parahnya kejadian-kejadian yang menimpa umat ini, telah mempercepatkan lagi pembongkaran muslihat dan tipu daya Barat, sehingga ke tahap mereka (Barat) tidak lagi mampu untuk mengangkat ejen-ejen mereka dalam kalangan penguasa Muslim, untuk menarik umat ke sekeliling mereka (penguasa tersebut), sebagaimana yang telah mereka (Barat) lakukan dalam kurun terdahulu. Ini bererti cengkaman Barat ke atas wilayah kita telah pun rapuh. Barat hanya mampu bertahan dengan agenda mereka ini dengan cara mengalihkan usaha umat Islam serta menyibukkan umat Islam (dengan sengketa) sesama sendiri, dan dengan kesukaran hidup yang dihadapi oleh umat Islam.

Adapun kemampuan Barat untuk mengasimilasi umat Islam ke dalam peradabannya, atau bahkan sekadar memikat umat Islam dengan idea-idea mereka (Barat), kemampuan Barat ini telah jatuh ke titik kosong, dan yang tersisa hanya kekuatan undang-undang yang cuba diterapkan mereka ke atas umat Islam dengan paksaan. Inilah kegagalan tamadun mereka dalam menghadapi Islam. Ada pun negara-negara Barat itu sendiri, fenomena menolak keputusan pilihanraya-pilihanraya dan referendum-referendum yang melanda ibu-ibu negara Amerika Syarikat, Perancis, dan British dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tidak lain menunjukkan penolakan rakyat mereka terhadap peralihan kuasa. Ini telah mengancam konsep pemerintahan kolektif dan ini juga membawa maksud pengingkaran terhadap doktrin politik demokrasi (yang mereka amalkan selama ini). Dengan ini, Barat telah mewujudkan keadaan yang meletakkan draf pertama bagi belasungkawa ke atas tamadun mereka di tanah air mereka sendiri.

Wahai Kaum Muslimin! Apa yang menjadi penghalang antara kalian dan kembalinya kekuasaan kalian yang telah dirampas, ialah, tercegahnya Ahlu Nusrah daripada tekad mereka, atau keredhaan mereka terhadap penguasa boneka. Para Ahlu Nusrah ialah mereka yang mampu mematahkan cengkaman Barat di negara kita, mencabut kekuasaan dari cengkaman Barat serta mengembalikannya kepada umat Islam.

Seandainya mereka melakukan sedemikian dan mengembalikan kuasa kepada umat Islam serta membolehkan Khilafah ditegakkan di salah sebuah negeri umat Islam yang berkemampuan untuk melaksanakannya, maka mereka sebenarnya telah membuka lembaran baru sejarah dan nama-nama mereka akan tercatat dengan tinta emas dalam memori dan sejarah umat Islam.

Manakala balasan kebaikan terbesar bagi mereka, ialah mereka akan menerima kemuliaan sebagaimana kemuliaan golongan Ansar dalam kalangan para sahabat Rasulullah (saw), dengan menjadi pihak yang mengembalikan manhaj kenabian ke dunia ini. Rasulullah (saw) menutup hadis baginda yang masyhur berhubung perubahan pemerintahan dalam lipatan sejarah umat Islam, dengan mengungkapkan melaui lisan baginda yang mulia:

ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

“Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian”

Wahai para pemilik media, pena, mimbar dan podium! Tugas mengarahkan perhatian umat Islam agar memaksa Ahlul Quwwah wal Man’ah berada di atas kebenaran, terletak di bahu kalian, kerana kalian memperhatikan dengan rapat perkembangan umat ini siang dan malam. Kalian juga menyedari dua hakikat umat Islam pada hari ini. Pertamanya: umat ini dahagakan penyatuan politik, sebagaimana orang yang dahaga di padang pasir. Keduanya: Bahawa isu kemuliaan dan kegemilangan Islam telah mengakar dalam lubuk jiwa kaum Muslimin. Penyatuan Islam dan kegemilangannya tidak akan sama sekali terealisasi tanpa penegakan Daulah Islam, yakni Khilafah ala minhaj nubuwwah. Kami mengingatkan kalian akan ungkapan tegas daripada sosok yang mulia dalam kalangan umat Islam, Khalifah Umar al-Khattab (ra), yang berkata:

“Dahulu kita adalah kaum yang paling hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan dengan selain (Islam) yang Allah muliakan kita dengannya, maka Allah akan menghinakan kita semula”.

Wahai Ahlul Quwah wal Man’ah (para pemilik kekuasaan dan kekuatan)! Kalian mengetahui bahawa sudah bertahun-tahun lamanya Barat tidak mampu untuk melahirkan penguasa Muslim yang baru yang berupaya menarik umat ini di sekeliling mereka (untuk menuruti kehendak mereka), sehinggakan kerusi pemerintahan saat ini telah menjadi bencana kepada politikus sekular. Sebaik sahaja seseorang meraih kekuasaan, maka muncullah berita-berita yang membongkar pekung mereka, yang lantas menyebabkan mereka terjerat dalam hipokrasi dan niat jahat mereka sendiri. Ini meletakkan para penguasa dalam kedudukan yang paling lemah. Rakyat menyumpah seranah mereka siang dan malam, dan mereka tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menggunakan kuasa dan kekerasan dalam menghadapinya.

Dalam pada itu, Barat pula disibukkan dengan urusan mereka sendiri – pandemik Coronavirus, krisis ekonomi, peningkatan sentimen populisme isolasionis, peperangan di Ukraine, sekatan ke atas China, krisis tenaga sedunia, dan ketidakstabilan pasaran mata wang – semua ini menjadikan mereka (Barat) berundur daripada tanah kita dan menyerahkan urusannya kepada penguasa yang lemah, penguasa yang menerima kutukan daripada orang ramai, pagi dan petang. Apakah lagi peluang terbaik yang kalian nantikan?! Bilakah lagi kalian akan mendukung umat Islam dan menyingkirkan penguasa-penguasa yang diselubungi kekejaman dalam hati mereka, yang berjalan ibarat haiwan peliharaan di belakang tuan-tuan mereka di persidangan-persidangan antarabangsa? Apabila mereka kembali ke negeri kita, mereka bersikap congkak di atas penderitaan masyarakat dan berusaha menundukkan masyarakat dengan kekerasan!

Sungguh hari ini merupakan Idul Fitri yang diberkati. Maka kembalikanlah kegembiraan akan ketibaannya di setiap rumah, di setiap kejiranan, dan di setiap kota, agar hari raya ini menjadi titik pembaharuan atas keazaman kalian dan khabar gembira buat hari-hari mendatang kalian, dan kepedihan buat musuh-musuh kalian. Seterusnya kita bersama-sama menggarap usaha dengan semangat baru demi menegakkan Khilafah ala minhaj nubuwwah buat kali yang kedua. Allah (swt) berfirman:

فَالَّذِينَ آمَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِيَ أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

 “Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung” [Al-A’raf (7): 157].

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La illaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil Hamd

Eid Mubarak, Wassalamu Alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuhu.

Malam Ahad menandakan hari pertama dalam bulan Syawal bagi tahun Hijriyyah 1443, bersamaan 1 Mei 2022.

 

Ir. Salahuddin Adada

Pengarah Maktab I’lamiy Pusat Hizbut Tahrir