Penyerahan Memo Bantahan Dan Seruan Hizbut Tahrir Malaysia
Pada masa yang sama, Hizbut Tahrir Malaysia turut mengadakan seruan yang diketuai oleh saudara Hamzah bagi mengingatkan Kerajaan Turki melalui dutanya agar Kerajaan Turki bertindak untuk memberhentikan kekejaman Bashar yang sudah memasuki tahun kedua. Puluhan ribu nyawa umat Islam di Syria telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin mereka sendiri. Hamzah dalam seruannya juga mengingatkan Kerajaan Turki bahawa sejarah kegemilngan Khilafah Uthmaniyah yang pernah memimpin dunia Islam suatu ketika dulu perlu diulang kembali oleh kerajaan Turki pada hari ini. Kerajaan Turki sewajarnya membantu mujahidin di Syria yang kini sedang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di sana dan bukan sebaliknya menjadi alat kepada Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang kini nampaknya sedang bersaing sesama mereka bagi menempatkan pengaruh mereka di Syria dengan meletakkan seorang boneka baru bagi menggantikan Bashar.
Malangnya, memorandum bantahan yang cuba diserahkan oleh Ustaz Tarmizi Salleh tidak mahu diterima oleh pihak kedutaan sendiri dan mereka hanya bersedia menerimanya melalui peti surat kedutaan. Inilah sikap sinis sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang kononnya membawa suara Islam. Apakah kita masih lagi mengharapkan pemimpin yang sebegini untuk mempertahankan Islam dan umat Islam? Semasa penyerahan memorandum dan seruan dilakukan, pihak Polis Di-Raja Malaysia turut mengawal keadaan dan memberikan kerjasama yang baik.
Selepas aktiviti penyerahan memorandum di Kedutaan Turki berjaya dilakukan, aktivis Hizbut Tahrir Malaysia mengadakan pula seruan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seruan yang dilakukan selepas solat Jumaat itu dimulakan oleh Ustaz Umar Hussein sebagai pembuka bicara. Seruan kemudiannya telah disampaikan oleh Ustaz Isa Abdullah. Dalam seruan tersebut, Ustaz Isa telah mengingatkan umat Islam tentang apa yang berlaku di Syria saat ini. “Sekali lagi kita menyaksikan kebekuan dan kejumudan para pemimpin umat Islam di seluruh dunia, yang tidak bertindak dengan sewajarnya untuk memberhentikan kekejaman yang dilakukan oleh Bashar kepada rakyatnya sendiri”, ujar Isa.
Keadaan di Syria pada ketika ini menyaksikan bahawa kemenangan para mujahidin di Syria sudah semakin terserlah dan semoga pengorbanan dan perjuangan mereka itu akan memberikan kemenangan kepada Islam dengan tertegaknya Khilafah. Ramai para jemaah menunjukkan sokongan mereka dengan setia menunggu dan mendengar sehingga seruan berakhir serta bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Isa sebagai penutup bicara. Semoga para jemaah yang mendengar seruan ini akan menyedari bahawa satu-satunya penyelesaian yang paling benar dan ampuh terhadap isu ini adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah Islamiyyah ‘Ala Minhaj Nubuwwah, sebagaimana yang pernah tercatat di dalam tinta emas sejarah kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya kami telah menyampaikan.