Perdana Menteri Baru dan Kabinet Kitar Semula, Apakah yang Boleh Diharapkan?
Pada 21 Ogos lepas, Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, telah berjaya naik ke takhta pemerintahan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kehilangan majoriti setelah 17 bulan memerintah dalam keadaan politik yang tidak stabil. Umum mengetahui bahawa penyebab kepada kehilangan majoriti Muhyiddin adalah kerana 15 ahli Parlimen UMNO yang diketuai oleh Presidennya sendiri, telah menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu. Semua ini merupakan permainan politik UMNO, yang sanggup melakukan apa sahaja bagi “merampas” semula kekuasaan daripada BERSATU walaupun hakikatnya mereka sama-sama bersekutu dalam pemerintahan.
Apa yang pasti, rakyat yang sudah semakin muak dengan politik kotor dalam sistem demokrasi ini, menjadi semakin muak melihat perebutan kuasa yang tidak berkesudahan sejak “Langkah Sheraton” awal tahun lalu. Dengan kembalinya UMNO ke tampuk kekuasaan, tragedi ini hanya menambahkan lagi senarai panjang bukti pembohongan demokrasi yang diamalkan di Malaysia selama ini. Apa tidaknya, UMNO yang telah ditolak secara besar-besaran oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, kini kembali berkuasa walaupun tanpa mandat rakyat, tanpa pilihan raya dan tanpa sokongan rakyat. Sungguh tragis! Parti-parti yang telah kalah dalam pilihan raya ternyata boleh tetap berkuasa atas nama demokrasi! Percaya atau tidak, inilah yang terjadi! Dalam perebutan kuasa yang berlaku sejak lebih setahun ini, parti yang korup terus berkuasa, manakala rakyat terus menjadi mangsa permainan politik mereka, dalam sebuah sistem yang kononnya datang dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Wahai kaum Muslimin! Sedarlah betapa demokrasi dan pilihan raya pada hari ini tidak lebih daripada sebuah pembohongan dan ilusi dalam melakukan perubahan. Hakikat yang jelas di depan mata sekarang ialah, siapa pun dan parti mana pun, boleh naik ke tampuk pemerintahan tanpa melalui pilihan raya dan tanpa melalui proses demokrasi. Hal ini malah diakui sendiri oleh para pemain demokrasi yang menegaskan bahawa mereka berjaya meraih pemerintahan melalui jalan “tebuk atap” (bukan melalui pilihan raya)! Mereka berjaya melakukannya kerana ternyata demokrasi di Malaysia pada hari ini hanyalah sebuah ‘permainan nombor’. Dalam permainan ini semua orang tidak perlu ada merit, maruah, kualiti, integriti, ketakwaan, malah keimanan sekali pun tidak memainkan peranan penting untuk menang (berkuasa), kerana apa yang penting hanyalah ‘nombor’. Siapa yang ada ‘nombor’ (majoriti) di Parlimen, maka kekuasaan akan menjadi miliknya, walaupun rakyat menolaknya! Dan ‘nombor’ ini pula boleh dibeli dengan mudah, boleh ditawar-menawarkan dan boleh dijadikan bahan ugutan.
Semalam (27/08/2021), Ismail Sabri telah mengumumkan barisan kabinetnya, yang mana tiada sedikit kejutan pun mengenainya. Ia hanya pembentukan semula barisan yang lepas dengan sedikit perubahan yang tidak bermakna. Dengan kata lain, ia hanyalah kabinet kitar semula daripada sebuah kerajaan yang telah terbukti gagal sebelumnya!
Persoalan penting untuk rakyat sekarang ialah, dengan terlantiknya PM baru dari UMNO dan dengan barisan kabinet kitar semula ini, apakah akan terwujud perubahan yang selama ini didambakan oleh rakyat? Jawapan kepada persoalan ini amat mudah iaitu cukup dengan hanya melihat kepada track record pemerintahan UMNO selama lebih 60 tahun di Malaysia. Adakah UMNO pernah berubah sejak lebih 60 tahun lalu? Adakah pemikiran dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO pernah berubah sejak lebih 60 tahun lalu? Rakyat sudah tentu tahu jawapannya.
Bagaimana mungkin parti-parti yang telah dihumban oleh rakyat semasa PRU, tetapi berjaya “merampas” semula kekuasaan melalu jalan “tebuk atap” boleh diharap untuk melakukan perubahan? Apakah parti yang telah terpalit dengan segala rasuah dan penyelewengan yang cukup besar, akan membawa perubahan yang diinginkan oleh rakyat? Adakah parti yang kembali berkuasa hanya kerana memenangi ‘permainan nombor’ dengan cara yang licik, boleh diharap untuk melakukan perubahan? Adakah parti yang tidak tahu merubah, dan tidak mahu berubah, boleh diharap untuk melakukan perubahan?
Sejak merdeka, Malaysia telah diperintah oleh lapan orang Perdana Menteri yang kesemuanya lahir dari rahim UMNO. Satu perkara yang tidak pernah berubah dalam pemerintahan mereka ialah penerapan secara tegar sistem demokrasi-sekular legasi penjajah. Mereka menjaga dan mempertahankan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang diberi oleh penjajah. Kesemua mereka tidak pernah berusaha untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Dengan pelantikan Perdana Menteri ke-9 yang juga lahir dari rahim UMNO dan yang telah secara jelas menunjukkan komitmennya dalam mempertahankan legasi sistem, perlembagaan dan undang-undang ciptaan penjajah sebagaimana para pendahulunya, maka apakah perubahan yang boleh diharapkan, khususnya dengan penerapan Islam? Walaupun ada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pemerintahan, sesungguhnya tidak ada apa-apa harapan yang boleh disandarkan, kerana ternyata track recordnya pada penggal yang lepas, jelas menunjukkan bahawa ia sanggup bersekongkol dan mendukung pemimpin dan parti yang tidak berhukum dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Hizbut Tahrir dengan ini mengingatkan Perdana Menteri Malaysia dan barisan kabinet yang baru bahawa kekuasaan yang Allah (swt) berikan kepada mereka merupakan suatu amanah untuk menerapkan hukum-Nya secara kaffah, tidak ada yang lain lagi selain hal ini. Maka, menjadi kewajipan atas mereka untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah tanpa kompromi dan tanpa alasan! Sungguh, berbahagialah siapa yang menunaikan amanah ini di dunia dan akhirat, dan celakalah serta azab yang pedih bagi siapa yang mengkhianatinya. Hizbut Tahrir juga ingin mengingatkan umat Islam bahawa perubahan hakiki yang didambakan tidak akan berlaku, kecuali apabila umat ini menolak pemimpin dan sistem demokrasi-sekular acuan penjajah, dan berusaha melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum Allah (swt) secara kaffah di bawah naungan negara Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Sabtu, 20 Muharam 1443 H
28/08/2021 M
Ruj: HTM 1443 / 01
Press Release
The New Prime Minister and His Recycled Cabinet,
What Can Be Expected?
On 21st of August, Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob was sworn in as the ninth Prime Minister of Malaysia. Ismail Sabri, who is also the Vice President of UMNO, succeeded the throne following the resignation of Tan Sri Muhyiddin Yasin who had lost the majority after an unstable 17 month-rule. It is known that the reason behind the loss of Muhyiddin’s majority was the withdrawal of support for him by 15 UMNO parliamentary members, led by its own President. This is UMNO’s political game, who dares to do anything in order to “seize” power from BERSATU despite the fact that both are sharing power.
What is clear is that Malaysians in general, who are already nauseated by dirty politics in this democratic system, have become sicker with the unceasing power struggle since the “Sheraton Move” early last year. This tragedy of the return of UMNO to power adds to the already long list of deceptions of democracy in Malaysia. UMNO that has been tremendously rejected by the people in the previous 14th General Elections, now returns to power without election and without the mandate and support of the people. What a tragedy! Political parties that have lost in the elections can still be in power in the name of democracy! Believe it or not, this is what’s happening! In the power struggle which has been going on for over a year, the corrupt parties remain in power whilst the people remain as victims in their game, played in a system which is said to be from the people, by the people and for the people!
Oh Muslims! Do realize that democracy and ‘democratic elections’ are nothing but lies and illusions that promise an elusive change. The stark reality in front of our eyes today is that any person and any party can rise to power without an election and without any democratic process. This has been admitted by the democratic political players themselves – that they rose to power by “boring a hole through the roof” (not through election). Their success in this ‘democratic’ playground is merely due to a game of numbers. In this lottery frolic, merit, honour, integrity, piousness (Taqwa), and even faith (Iman) play no significant role; what is important are the numbers. Whomsoever possess the numbers (majority) in parliament, then the power belongs to him, even if he is rejected by the people! And numbers can be purchased quite easily, subject to an offer and an acceptance, or a threat.
Yesterday (27/08/2021), Ismail Sabri announced his cabinet line-up and as expected there is not even an atom of surprise. The cabinet is merely a reshuffling of the past cabinet with some insignificant changes – a recycled cabinet from the previous government that had failed!
With the newly appointed Prime Minister from UMNO and his recycled cabinet, the important question for the people now is, will there be real change that the people all this while, hoped for? The answer to this question is very simple – look at the track record of UMNO that has ruled for more than 60 years in Malaysia. Has UMNO ever changed in the last 6 decades? Have the UMNO leaders’ thoughts and attitude ever changed in the last 60 years? The answer is surely known to the people.
How is it possible for the parties that have been ousted by the people during the election, but managed to “seize” back the power by “boring a hole through the roof”, can be expected to make changes? Will a party, plagued by corruption and malpractices, bring about the change that people hoped for? Can a party that returns to power through a shrewd “game of numbers” be expected to make a change? Can a party that does not know how to change, and does not want to change, be expected to make a change?
Since independence, Malaysia has been ruled by eight Prime Ministers, all of whom were born from the womb of UMNO. One element that has never changed in their ruling is that, the same secular-democratic system, a legacy of the colonialists, has been implemented zealously. These Prime Ministers preserve and protect the system, constitution and laws granted by the colonists. They have never exerted themselves to implement the laws of Allah (swt). Henceforth, with the appointment of the 9th Prime Minister who was also ‘UMNO born’ and clearly showing his commitment in preserving the legacy of the colonial system, constitution, and laws, as did his predecessors, can real change be expected, especially in the form of a total implementation of Islam? Despite having Parti Islam SeMalaysia (PAS) sharing in power, hope for change is practically dashed based on the previous track record of PAS in the government. PAS has clearly manifested that it is willing to conspire and support leaders and parties that do not abide by the Al-Quran and As-Sunnah.
Hizb ut Tahrir hereby would like to remind the new Prime Minister of Malaysia and his cabinet, that the power bestowed upon them by Allah (swt) is a trust (Amanah) to implement His (swt) laws (Hukm) comprehensively (Kaffah), nothing less than that. Thus, the responsibility is on their shoulders to implement the Hukm of Allah (swt) comprehensively, without compromise and without excuses. Rejoice to those who fulfil the said trust in this world and Hereafter; woe and great torment to those who betray it. Hizb ut Tahrir would also like to remind the Muslim Ummah that the true change will never take place except when this Ummah rejects the leaders and the democratic-secular system of the colonial mould, and works to appoint a Caliph who will implement the Hukm of Allah (swt) comprehensively under the shade of the Khilafah Rashidah (Righteous Caliphate) upon the method of the Prophethood.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir
in Malaysia
Ref: HTM 1443 / 01
28/08/2021 CE
Saturday, 20th Muharram 1443 AH