Perhimpunan di Kedutaan Mesir, Kota London – Menyeru Bala Tentera Arab Untuk Mempertahankan Gaza

Ratusan Muslim telah berhimpun di hadapan Kedutaan Mesir di Kota London pada 29hb Disember untuk menggesa bala tentera Arab bergerak menuju Gaza bagi membebaskan penduduknya dari kewujudan berterusan tentera Israel yang sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas hampir 300 lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin.  

Taji Mustafa, wakil media kepada Hizb ut Tahrir Britain berkata, ” Di saat tentera-tentera Israel terus-terusan menumpahkan darah saudara dan saudari seIslam kita di Gaza, rejim Arab hanya diam membisu.  Sebaliknya, Raja Saudi telah menghubungi George Bush (si penyembelih Baghdad) dan rejim Mesir untuk mempersalahkan penduduk Palestin sendiri, justeru membuktikan secara terang-terangan pembenaran mereka(Saudi) terhadap aksi ganas dan tidak berhati perut puak Israel itu.

“Negara-negara Arab di sekeliling Palestin mempunyai lebih dari dua juta tentera dan menghabiskan lebih dari 100 billion dolar setahun untuk tujuan kelengkapan persenjataan, sekaligus nyatanya menampakkan kekecilan kekuatan Israel.  Mesir sendiri mempunyai 220 buah jet pejuang F-16 dan 450,000 orang tentera.  Sudah tiba masanya bala tentera ini bergerak menuju Gaza untuk mempertahankannya dan mengusir pemimpin-pemimpin ini, mengembalikan khilafah yang akan menyatukan tanah-tanah Kaum Muslim dan menghapuskan tangisan para ibu di Palestin, Iraq, Somalia dan Kashmir.”

Sumber: Khilafah.com