Persaingan Kepentingan Minyak Disebalik Krisis Lubnan-Israel

Sejak sebulan lalu, dunia dipaparkan kekejaman Israel ke atas Lubnan. Kekejaman yang menyaksikan angka korban di kalangan rakyat Lubnan mencecah lebih daripada 1,000 orang. Israel mendakwa sasaran mereka adalah Hizbullah dan bertujuan untuk membebaskan tenteranya yang diculik oleh para pejuang Hizbullah. Sebulan telah berlalu, namun berita tentang penculikan tentera tidak lagi kedengaran. Ini menimbulkan persoalan, adakah benar serangan bertalu-talu ke atas Beirut itu bertujuan untuk membebaskan tenteranya yang diculik?



Seperti dijangka, PBB akan melengah-lengahkan genjatan senjata. Genjatan senjata hanya diputuskan setelah US dan Perancis dikatakan telah mencapai persetujuan di dalam beberapa perkara. Apakah peranan US dan Perancis di dalam konflik ini?

Sejak di ambang kejatuhan Khilafah Uthmaniah di Turki lagi, kawasan timur tengah menjadi rebutan di antara kuasa-kuasa barat terutama British dan Perancis kerana menyedari terdapat simpanan minyak di kawasan tersebut. Tetapi sejak perang dunia kedua, US perlahan-lahan mula campurtangan setelah menyedari bekalan minyak di dalam negeri tidak mampu memenuhi permintaan dalamannya.

Sebagaimana kenyataan Presiden Russia, Vladimir Putin: “USA is a hungry wolf”

Pada 13hb July 2006 yang lalu paip saluran minyak yang menghubungkan bandar Baku(Azerbaijan) melalui Tbilisi ( Georgia) dan Ceyham(Turki) telah siap dibina. Ia dikenali sebagai projek saluran paip minyak BTC. Ia sangat penting bagi negara-negara yang berkepentingan kerana paip ini mampu untuk menyedut keluar lebih satu juta tong minyak sehari ke pasaran Eropah.

Kepentingan Projek BTC kepada AS dan Eropah.

1. Sebagai alternatif kepada “Caspian Consortium Pipeline”(CCP) yang lalu menerusi Rusia. Ini adalah kerana, selama ini, kebergantungan Eropah terhadap minyak bergantung kepada CCP. Ia telah memberikan kuasa kepada Rusia untuk mengenakan tekanan ke atas Eropah.

[G8 Summit] “Russia had faced calls from the EU and US for increased international energy co-operation, amid fears Moscow may use energy as a tool of
foreign policy.” BBC 17 july

2. Projek BTC ini dapat melemahkan pengaruh Rusia ke atas negara-negara bekas kesatuan Soviet yang terlibat dibawah projek BTC seperti Azerbaijan, Georgia. Selepas perpecahan negara seperti Azerbaijan masih bergantung kepada Rusia untuk pembangunan infrastruktur.

“[The BTC pipeline] Considerably changes the status of the region’s countries and cements a new pro-west alliances. Having taken the pipeline to the Mediterranean , Washington has practically set up a new bloc with Azerbaijan, Georgia,Turkey and Israel,” (Komerzant, Moscow,14 July 2006)

3. Menguasai sumber minyak dan gas dari laut Caspian yang memiliki simpanan minyak sebanyak 250 bilion tong minyak mentah dan 20 trilion meterpadu gas asli.

4. Melalui projek BTC ini juga, Turki akan memiliki kuasa melobi yang kuat untuk diterima sebagai ahli di dalam Kesatuan Eropah.

5. Sebagai Alternatif kepada projek paip minyak yang merentasi Afghanistan. Ini adalah kerana AS menganggap ia telah gagal untuk menjamin kestabilan di rantau tersebut dalam jangka masa yang singkat, sungguhpun masih ada usaha kearah itu.

Israel sebagai penjaga kepentingan minyak.

Untuk menjamin kepentingan minyak dari laut Caspian kepada Eropah dan AS, kestabilan rantau Mediteranean timur perlu menjadi agenda utama, jadi perang yang dimulakan oleh Israel sebenarnya satu perancangan bersama Israel dan AS untuk meluaskan pengaruhnya keatas Lubnan dan mengheret Syria dan Iran ke meja rundingan. AS merancang untuk mengawal rantau Mediteranean secara ketenteraan, seterusnya mengawal sumber minyak dan paip minyak BTC.

Dalam masa yang sama rundingan sedang berlangsung di antara Turki dan Israel untuk pembinaan paip minyak bawah laut yang menghubungkan Ceyhan dan pelabuhan Ashkelon di Israel dan dari Ashkelon minyak akan disalurkan melalui paip yang sedia wujud ke pelabuhan Eliat. Peranan Israel pula sebagai hub yang akan menjadi pusat membekalkan keperluan minyak untuk Eropah dan AS selain untuk kegunaan sendiri.

Minyak bukanlah semata-mata perkiraan utama Israel dari perencanaan ini, Sebagai penjaga kepentingan Eropah dan AS sudah semestinya kepentingan Israel juga menjadi perkiraan utama AS dan Eropah. Maka tidak hairanlah mengapa Amerika dengan jelas dan nyata membela Israel di dalam krisis Israel-Hizbullah.

Adakah Amerika akan mengheret Syria ke dalam peperangan?

Bagi Amerika, melibatkan Syria ke dalam konflik Lubnan-Israel adalah tindakan paling dangkal walaupun dengan tujuan untuk kestabilan Mediteranean Timur. Israel sendiri sangat berhati-hati di dalam serangannya ke atas Lubnan agar tidak mengheret Syria. Manakala Syria sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh di timur tengah lebih baik menjadi sekutu dari lawan bagi Syria, bukannya ia tidak pernah menjadi kawan mahupun lawan kepada AS.

Di bawah pemerintahan ayah Assad, Syria pernah membantu AS dalam perang teluk 1991, membantu genjatan senjata di antara Hizbullah dan Israel dalam tahun 1993 dan 1996 dan juga memainkan peranan penting semasa pengunduran Israel dari lebonan pada tahun 2000. Menurut William Burns (assistant secretary of state), Assad turut membantu memperketatkan kawalan di sempadan Iraq ketika perang Iraq, dan juga membantu Amerika menangkap abang tiri Saddam Hussien dan tidak ketinggalan membantu AS menjaga Lubnan dari pengaruh Perancis.

Ini membuktikan dengan jelas bahawa Syria merupakan sarana politik utama kepada AS untuk merealisasikan perencanaan politik AS di timur tengah walaupun US dikritik oleh Assad di dalam ucapannya baru-baru ini. Melibatkan Syria ke kemeja rundingan antara lain dapat:

1. Menyekat pengaruh Rusia di Mediteranean Timur. Ini adalah kerana, Rusia sebelum ini telah merancang untuk menempatkan armada lautnya di Tartus (wilayah Syria) sebagai tindakbalas kepada perancangan AS dan Israel di timur tengah dan negara-negara sekitar laut Caspian.

2. Mengunakan pengaruh Syria ke atas Lubnan dan juga keatas Hizbullah melalui Iran.

3. Mengawal sempadan Syria-Iraq.

Maka, ada banyak manafaat yang boleh dicapai oleh AS dengan melibatkan Syria di atas meja rundingan daripada berperang dengannya.

Kesimpulan.

Tidak sangsi lagi bahawa perang di Lubnan adalah titik awal perencanaan AS dan Israel di Timur Tengah, malah ianya melangkau sempadan timur-tengah dilihat melalui pergelutan dan persaingannya dengan Rusia atas sumber minyak dan gas dan pengaruh ke atas negara-negara bekas kesatuan Soviet. Maka tidak hairanlah apabila AS dan PBB sering berpihak kepada Israel.

Politik Amerika dan sekutunya Eropah berselindung di sebalik memasarkan idea Demokrasi dan atas dasar kempen perang menentang keganasan, sebaliknya merekalah yang membiakkan pemerintahan kediktatoran di timur tengah. Merekalah penganas sebenar, membunuh ribuan nyawa, memusnahkan harta benda dan mencabul kehormatan wanita dan kanak kanak.

Ummat Islam tidak ada harapan lain, PBB hanyalah alat Amerika, OIC hanyalah tukang cuci kepada dosa-dosa yang dilakukan oleh Amerika dan Israel di Lubnan. Hanya Khilafah Islamiyyah sahajalah yang akan menjadi pelindung kepada kekayaan, kehormatan dan tanah Ummat Islam.

Sumber : mykhilafah.com