Persenjataan canggih, lagi-lagi untuk pameran

Gambar BL 030516Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 disifatkan paling berjaya dalam sejarah penganjuran acara itu sejak diperkenalkan 28 tahun lalu, lapor akhbar tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dipetik akhbar tempatan sebagai berkata, kontrak bernilai RM2.9 bilion telah ditandatangani. Hishamuddin memberitahu, jumlah itu menunjukkan peningkatan 56 peratus berbanding RM1.86 bilion pada DSA 2014. “DSA 2016 mencapai nilai kontrak RM2.9 bilion dalam situasi banyak pihak beranggapan krisis ekonomi dunia tidak mengizinkan peningkatan perolehan aset”, ujar beliau.

Pelbagai senjata dan peralatan ketenteraan dipamerkan seperti kenderaan perang dan bermacam jenis gajet yang canggih.

Namun, apalah ertinya kontrak berbilionan ringgit dan kecanggihan kelengkapan perang apabila ia hanya digunakan untuk pameran dan latihan semata-mata! Apalah ertinya tentera yang terlatih dan bilangan yang ramai apabila mereka hanya dikunci di kem-kem dan tidak pernah dikerahkan untuk berjihad walau sekali pun!

Di saat umat Islam di Palestin memerlukan tentera untuk menghalau dan memerangi Yahudi yang membunuh mereka saban hari, tentera tidak pernah bergerak. Di saat Syria menjerit, tentera hanya menjadi pemerhati dari jauh. Di saat umat Islam di Myanmar bermandi darah, tentera hanya berpeluk tubuh. Apalah ertinya tentera dan peralatan hebat ini?

Lebih buruk, di saat Amerika Syarikat dan PBB memanggil tentera kaum Muslimin untuk membunuh sesama Muslim seperti apa yang sedang berlaku di Yaman, maka tentera terus bergegas menyahut seruan negara kafir harbi tersebut. Bukan satu, bukan dua, malah lebih 30 negeri kaum Muslimin bergabung untuk membunuh saudara-saudara mereka sendiri, atas perintah dan restu dari kuffar Amerika!

Inilah kehebatan tentera kaum Muslimin! Juara dalam segala pameran, juara dalam segala pertunjukan dan juara dalam menyahut seruan Amerika dan PBB!