Pesta Maksiat Terus Direstui Pemimpin
Konsert yang berlangsung selepas majlis perasmian oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam itu jelas memuaskan hati pengunjung yang memenuhi setiap ruang bagi menyaksikan persembahan 13 artis popular tanah air. Kehadiran Mawi, Marsha, Adira, Fazli Zainal, Shahir, Fizo Omar, Jehan Miskin, Kamal Adli, Roslan Shah, Didie Alias, Kumpulan Kristal, Sivakumar dan Super Girl ternyata memeriahkan suasana pesta.
Konsert dibuka dengan celoteh spontan gandingan dua pengacara terkenal, Didie Alias dan Roslan Shah yang berjaya membuatkan pengunjung tidak kering gusi. Sementara itu, Adira yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu memulakan persembahan sebelum Mawi mengambil tempat membawakan lagu Serulah Namanya.
Shahir pula mencuri perhatian peminat dengan tangan kiri berbalut akibat keretakan tulang setelah terjatuh di bilik air. Keistimewaan konsert kali ini apabila turut melibatkan artis baru, Sivakumar dan Super Girl yang masing-masing membawa dua buah lagu berbahasa Tamil dan Mandarin. Konsert ini julung-julung kali diadakan sempena Pesta Sungai Melaka sejak ia dianjurkan pada 2007. Terdahulu pada sebelah petang, artis dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menerusi program sepetang bersama artis.
Sumber : Utusan Online : 05/06/2011
Pesta Maksiat Terus Direstui Pemimpin
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikkan (Islam), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
[TMQ Ali Imran (3):104].
Marilah kita renungi aktiviti seharian kita, apakah ia mengarah kepada suatu yang diredhaiNya atau tidak? Fokuskanlah aktiviti seharian kita kepada Islam dan bukannya aktiviti yang tidak berfaedah, apatah lagi dengan aktiviti maksiat. Bukankah menjadi keinginan kita untuk bertemu dengan Allah ‘bi qalbin saleem’?