Polemik kod etika pemakaian
Lanjutan daripada larangan terhadap para pelawat premis kerajaan yang melanggar kod etika pakaian, berbagai saranan telah diberikan kepada kerajaan untuk membenarkan pelawat yang melanggar kod etika pakaian hanya dalam kes kecemasan seperti di hospital dan pejabat polis. Ada pendapat yang menyatakan bahawa kod etika pakaian adalah suatu tuntutan rukun negara Malaysia yang mengutamakan Kesopanan dan Kesusilaan – tingkah-laku sopan, pertuturan sopan dan berpakaian sopan, terutamanya di semua premis kerajaan, termasuk juga larangan merokok dan vape elektronik. Media liberal pula mengatakan bahawa peraturan tersebut tidak sesuai diamalkan dalam konteks masyarakat majmuk di mana peraturan terperinci cara berpakaian yang dibenarkan mengikut agama masing-masing tidak diberikan. Apakah saranan media liberal tersebut boleh diterima atau tidak? Marilah kita soroti dua insiden yang pernah berlaku sebelum ini.
Suatu gempa bumi telah berlaku di gunung Kinabalu Sabah pada 5 Jun 2015 yang telah mengorbankan 18 orang yang berada berdekatan dengan gunung tersebut dan beratus-ratus lagi telah terperangkap. Kejadian ini telah mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Sebelum kejadian tersebut, 10 orang pendaki dari Kanada, Belanda dan Britain telah menganggalkan pakaian mereka ketika berada di puncak gunung tersebut dan berita ini telah tersebar luas di media sosial. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan menyalahkan tindakan para pendaki tersebut yang menurutnya telah mengakibatkan kemarahan ruh yang terdapat di gunung tersebut sehingga mengakibatkan gempa bumi. Apakah selepas insiden ini, para pendaki memerlukan suatu kod etika berpakaian sebelum mendaki gunung tersebut?
[https://www.dailymail.co.uk/news/article-3114759/Malaysian-government-blame-naked-tourists-causing-deadly-earthquake-violated-sacred-mountain.html, diakses 26 Feb. 2023].
Di Louisana AS, pegawai polis telah mengenakan denda terhadap seorang wanita yang menghadiri suatu majlis dengan berpakaian singkat berseluar pendek dan tidak menutup bahagian tengah tubuhnya. Susulan dari insiden ini, wanita tersebut telah menyelar tindakan polis di media sosial, lalu pihak polis Lousiana mengeluarkan kenyataan pada 15 Jun 2022: “3 pegawai polis memperoleh maklumat mengenai pakaian yang dikenakan oleh seorang wanita dan telah wanita ini telah didenda mengikut mengikut undang-undang Majlis Perbandaran. Pihak polis telah merujuk kepada undang-undang bandar Loiusana yang menyatakan bahawa: “Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang untuk memakai seluar, seluar pendek, skirt, gaun atau skirt di mana-mana tempat awam atau tempat terbuka sama ada dengan sengaja mendedahkan pakaian dalam atau dengan sengaja mendedahkan mana-mana bahagian rambut kemaluan, celah punggung, atau kemaluan.”
Insiden tersebut telah berlaku di sebuah negara liberal Barat seperti Amerika Syarikat (AS) yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi liberal.
[https://malaysia.news.yahoo.com/louisiana-woman-posts-viral-tiktok-222429418.html diakses pada 26 Feb 2023].
Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah, Amir Hizbut Tahrir telah memberikan jawapan kepada satu pertanyaan terhadap etika pemakaian kaum kafir dzhimmi di dalam Khilafah Islam. Beliau berkata bahawa kafir dzhimmi diperlakukan dalam perkara makanan dan pakaian menurut agama mereka dalam cakupan apa yang diperbolehkan oleh hukum Syariah. Oleh itu, diperkenankan bagi mereka untuk memakai pakaian yang sesuai dengan agama mereka iaitu pakaian agamawan dan agamawati mereka, yakni pakaian rahib dan pendeta, dan pakaian rahib wanita. Namun harus diperhatikan juga batasan kedua dalam pakaian mereka yakni yang terkait dengan konteks kehidupan umum mencakupi seluruh rakyat, sama ada Muslim maupun kafir dzhimmi tidak kira laki-laki mahupun wanita – tidak diperbolahkan untuk bertabarruj walaupun pada asalnya pqkqiqn yang dikenakan telah menutup aurat sesuai dengan agama masing-masing.
Sepanjang zaman Khilafah Islam, para wanita baik Muslimah mahupun kafir dzhimmi mengenakan jilbab, yakni pakaian luar yang meliputi pakaian dalaman dan mereka juga wajib menutupi kepala mereka sehingga tidak dapat dibezakan antara wanita Muslimah dan wanita kafir dzhimmi.
[Silsilah Jawaban asy-Syaikh al-‘Alim Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir Atas Pertanyaan di Akun Facebook Beliau “Fiqhiyun”]
Wa’Allahu a’laam.