PRU Tidak Akan Merubah Apa-apa Selagi Sistem Tidak Berubah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan yang Parlimen dibubarkan pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di negara ini. Menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah pembubaran Parlimen. Setiap kali PRU, ramai yang mengharapkan perubahan dan kali ini gelombang perubahan lebih besar setelah lima tahun lepas perubahan yang sangat diharapkan tidak kunjung tiba. Ramai yang sudah tidak sabar ingin mengakhiri penantian dan penderitaan yang selama ini ditanggung di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Ya benar kita sangat menginginkan perubahan, malangnya masih ramai yang tidak sedar bahawa perubahan yang sebenar tidak akan kita kecapi melalui PRU, kerana hakikatnya PRU bukanlah jalan menuju perubahan. Perubahan tidak akan berlaku selagi mana sistem tidak berubah dan model PRU yang “disediakan” oleh penjajah British untuk Malaysia ini bukanlah jalan untuk merubah sistem. Apatah lagi apabila kita melihat kepada kesemua manifesto yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU nanti, tidak ada satu pun yang menjanjikan perubahan sistem kufur demokrasi yang sedia ada ini kepada sistem Islam.

Dengan pembubaran Parlimen hari ini, maka Malaysia bakal menyaksikan pesta demokrasi untuk kali yang ke-14 yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menelan belanja lebih RM400 juta. Itu belum masuk lagi perbelanjaan parti-parti yang bertanding yang pastinya juga memakan ratusan juta Ringgit. Inilah demokrasi, yang bukan sahaja merupakan sistem kufur, tetapi amat “mahal” harganya. Tambah menyedihkan apabila kita akan menyaksikan segala penipuan, fitnah, celaan, makian, sandiwara, kemunafikan, pembaziran besar-besaran, segala pergaduhan dan lain-lain kemaksiatan di sepanjang pesta demokrasi ini. Semuanya hanya kerana perebutan kerusi dan lebih buruk, kerusi yang akan digunakan bukan untuk menerapkan Kitabullah (swt) dan Sunnah RasulNya (saw), tetapi untuk mengekalkan sistem dan undang-undang yang diwarisi daripada penjajah kuffar.

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa perubahan tidak akan berlaku melalui jalan yang ditetapkan oleh penjajah ke atas kita. Perubahan hanya akan berlaku melalui jalan wahyu yakni dengan mengikuti jalan yang ditetapkan oleh Allah (swt) ke atas kita dan bukannya dengan mengikuti jalan yang ditetapkan oleh Lord Reid ke atas kita. Kita telah menyaksikan selama lebih 60 tahun sejak “kemerdekaan” negara ini bagaimana sistem demokrasi hanya dipergunakan oleh pemerintah untuk kepentingan mereka semata-mata dan bukannya untuk kepentingan rakyat. Sistem demokrasi ciptaan penjajah yang dipaksakan di atas negara kaum Muslimin ini bukannya dicipta untuk menerapkan Islam, sebaliknya untuk menghalang penegakan Islam. Melalui sistem ini, hukum Allah (swt) tidak akan pernah dapat diterapkan kecuali mendapat izin daripada manusia terlebih dahulu. Demokrasi meletakkan kedaulatan di tangan rakyat, bukannya di tangan syarak dan menjadikan akal manusia, bukannya Kitabullah (swt) dan Sunnah RasulNya (saw), sebagai pemutus dalam segala perkara.

Selagi sistem demokrasi ini tidak diubah, maka selagi itulah PRU ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini tidak akan merubah apa-apa, tidak kiralah pihak mana sekali pun yang akan memenanginya. Perubahan pada wajah pemimpin-pemimpin semata-mata tidak akan berguna satu sen pun sekiranya tidak ada perubahan pada sistem yang mengatur dan menaungi hidup kita. Hanya dengan perubahan sistem sahajalah, keseluruhan rakyat baik Muslim mahupun bukan, akan dapat mengecapi perubahan sebenar yang didambakan selama ini. Maka ayuhlah bersama Hizbut Tahrir untuk kita berganding bahu berjuang menukar sistem demokrasi warisan penjajah ini kepada sistem Khilafah warisan Rasulullah (saw).

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Sabtu, 20 Rajab 1439 H
07/04/2018 M
Ruj: HTM/PR/07/1439


General Election Will Not Change Anything As Long As the System Does Not Change

The Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak had announced that Parliament is dissolved today to give way for the 14th General Election (GE) of the country. According to Article 55(4) of the Federal Constitution, the GE must be held within 60 days after the dissolution of Parliament. In every GE, people are indeed expecting change and in this GE, the wave of change is bigger than five years ago, especially when the desired change hoped by the people did not occur. People are now very keen to end the long wait and the suffering under the Barisan Nasional government. It is true that we do need change, unfortunately, many still do not realize that real change will not be achieved through the GE, since GE is not the path to it. Change will never take place as long as the current system is still in place and the GE model prepared by the British for Malaysia is definitely not the way to change the system. This is made clearer upon scrutiny of all the manifestos of the parties contesting in the coming GE where there is not a single undertaking to change the existing democratic system to the Islamic system.

With the dissolution of the Parliament today, Malaysia will witness the 14th festival of democracy, in which the expenses, as announced by the Election Commission, is over RM400 million. This is not including the money that is spent by the contesting parties which will surely reach hundreds of millions of Ringgit as well. This is the reality of democracy; it is not only a Kufr system, but also extremely “expensive”. It is undoubtedly depressing to witness all the lies, deception, defamation, blasphemy, disgrace, plot, hypocrisy, mass wastage, fights and other vices throughout this festival, just for the sake of seats. Worse, the seats are not utilized for implementing the Book of Allah (swt) and the Sunnah of His Messenger (saw), but to preserve the system and laws inherited from the Kuffar colonialist.

O Muslims! Take note that change will never take place via the path set by the colonialist for us. Change will only take place by following the path of revelation which is set by Allah (swt) for us, not the path set by Lord Reid. We have witnessed, for over 60 years since the “independence” of this country, how democracy has consistently been used by the government for its own sake and not for the sake of the people. This colonial-created system is not designed for the implementation of Islam, instead it is specifically designed and forced on the Muslim countries to prevent the implementation of Islam. In this system, the law of Allah (swt) can never be implemented unless it is approved by man. Democracy puts sovereignty in the hands of the people, not in the hands of Shara’ and it puts human intellect (aql), not the Book of Allah (swt) and the Sunnah of His Messenger (saw), as judgement in all matters.

As long as this system (democracy) is not changed, the coming 14th GE will not change anything, no matter which party is going to win. Changes in the faces of rulers alone mean nothing when the system that regulates and shades our lives, is not changed. It is only by changing the system that the people, Muslims and non-Muslims alike, shall be able to taste real change that is hoped for all this while. Thus, let us work for real change – come and join Hizb ut Tahrir so that we can work hand in hand to replace this Kufr democratic system inherited from the West, with the Islamic Khilafah (Caliphate) system, which is inherited from the Prophet (saw).

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

07/04/2018 CE
Saturday, 20th Rajab 1439 AH
Ref: HTM/PR/07/1439