Rakyat bangkit pemimpin lemah

Mogok terbesar melanda

LONDON 24 April – Seramai 400,000 kakitangan awam hari ini melancarkan apa yang disifatkan oleh kesatuan sekerja Britain sebagai gelombang mogok terbesar sejak kerajaan Parti Buruh mengambil alih kuasa 10 tahun lalu.

Mogok itu merupakan satu lagi tamparan bagi Perdana Menteri Gordon Brown, sehari selepas beliau dipaksa oleh ahli-ahli Parlimennya sendiri supaya melaksanakan pindaan dasar yang memalukan berhubung dengan potongan cukai.

Pekerja-pekerja di Kilang Penapisan Minyak Grangemouth di Scotland juga sedang bersiap sedia untuk mogok dalam satu perbalahan berhubung dengan persaraan yang boleh mencetuskan masalah pengedaran bahan api yang serius.

Sehingga 200,000 orang guru melancarkan mogok mereka yang pertama di peringkat kebangsaan dalam tempoh 20 tahun perbalahan dengan kerajaan mengenai gaji.

Mogok tersebut membabitkan sehingga satu pertiga daripada sekolah-sekolah di England dan Wales.

“Selepas tiga tahun menerima kenaikan gaji yang lebih rendah daripada kadar inflasi, kami tidak boleh lagi menerima prospek dibayar kadar gaji yang sama bagi tempoh tiga tahun lagi,” kata Christine Blower, pemangku Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Kebangsaan (NUT) di Britain.

Perjanjian gaji itu yang disyorkan oleh badan bebas Jawatankuasa Semakan Semula Guru-Guru Sekolah, menawarkan kenaikan gaji sebanyak 2.45 peratus mulai bulan September 2008 dan sebanyak 2.3 peratus mulai bulan September 2009 dan 2010.

Kira-kira 100,000 pekerja daripada 10 jabatan kerajaan turut melancarkan mogok untuk membantah kenaikan gaji yang lebih rendah daripada kadar inflasi.

Kerajaan Brown, yang berdepan dengan prospek pemberontakan di kalangan ahli-ahli Parlimennya sendiri, semalam berkata, pihaknya sedang mengkaji cara-cara bagi membantu mereka yang menerima kesan paling buruk akibat pemansuhan potongan cukai pendapatan terendah.
– Reuters

Sumber: Utusan Malaysia 25/04/08

Ulasan:

Kuat mana sekalipun sebuah kerajaan, namun apabila rakyatnya bangkit, maka ia akan terus menjadi lemah. Kekuatan sesebuah kerajaan adalah hasil dari kepercayaan dan keyakinan rakyatnya terhadap pemimpin negara tersebut. Maka, jika rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan mereka, seseorang pemimpin biasanya akan menuju kejatuhan.

Inilah apa yang sedang di alami di Britain. Jika Perdana Menterinya dapat memulihkan keadaan secepat mungkin, maka dia mungkin akan terselamat, namun jika dia lambat bertindak atau gagal bertindak, maka nasibnya akan berada di hujung tanduk.

Hal ini sepatutnya disedari oleh pemerintah yang ada, bahawa jika rakyat bangkit dan menuntut perubahan, maka jawatan pemerintah tidak lagi ‘selamat’. Inilah juga apa yang patut disedari oleh umat Islam (yakni) bahawa jika mereka secara beramai-ramai inginkan perubahan, maka mereka perlu bangkit dan memperjuangkan perubahan tersebut. Justeru, kita sekarang sememangnya perlukan perubahan. Kita perlu keluar dari sistem kufur yang ada sekarang yang telah lama membelenggu kita dan kita perlu bangkit untuk memperjuangkan sistem Islam yakni Sistem Khilafah!!!  Umat Islam perlu bangkit beramai-ramai untuk menegakkan agama Allah, maka barulah pemimpin sekular yang ada akan sedar bahawa mereka tidaklah sekuat mana dan kuasa mereka akan tercabut bila-bila masa sahaja.

Justeru, ayuhlah saudaraku semua, bangkitlah untuk memperjuang dan menegakkan semula agama Allah di muka bumi ini. Bangkitlah untuk sama-sama mengembalikan semula Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah. ALLAHU AKBAR!