Refleksi Nafsiyah: Ikatan yang benar
“Mengapa kamu begitu muram?”
“Ini keterlaluan, saya tidak mahu membincangkan hal ini sekarang!”
“Bolehkah kita bercakap tentang perkara lain? Saya hanya mahu kekalkan suasana yang positif!”
Demikianlah komen-komen yang kadang-kadang kita dengari ketika membicarakan hal ehwal umat Islam, atau setelah kita menutup berita yang memaparkan rakaman apa yang sedang dilalui oleh saudara atau saudari kita. Ada kalanya, kita dapat melihat reaksi yang kurang senang daripada rakan atau keluarga setelah membincangkan apa yang telah kita lihat. Sepertinya tidak ada yang mahu membincangkannya, merasakan tidak berdaya untuk membantu. Tidak ada yang mahu menghadapi kenyataan bahawa saudara dan saudari kita sedang menderita.
Kadang-kadang kita hanya mahu menutup TV dan menganggap ianya tidak berlaku. Kadang-kadang kita langsung tidak mahu menonton berita seperti itu, dengan anggapan… “Ini sangat menyedihkan! Saya sudah cukup dengan kehidupan saya! Di samping itu, bagaimana saya boleh menyelesaikan urusan mereka ketika saya sendiri tidak dapat menyelesaikan urusan saya?!” Tiba-tiba, kita sampai ke tahap di mana kita hanya berfikir tentang kita. Bagaimana mungkin kita dapat memperoleh kegembiraan dalam kehidupan, ketika kita merasakan tidak berdaya untuk menolong. Astaghfirullah.
Kita (umat Islam) telah terputus hubungan dan kehilangan arah. Ikatan dan hubungan erat yang kita miliki kelihatan semakin pudar. Kita mungkin tidak memikirkan bagaimana Allah (swt) menghendaki apa yang terjadi ke atas kita. Kita telah sampai ke tahap di mana kita merasa terputus hubungan dan tidak lagi mengenali jiran kita sendiri. Sekularisme telah menjadi asasnya.
Sejak bila kita seperti ini? Adakah sekularisme telah banyak mempengaruhi kita?! Apakah kita lupa akan sabda Nabi Muhammad (saw),
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم, مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم ، مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
“Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam” [HR Bukhari dan Muslim].
Dalam hadis yang mulia ini, kita melihat bahawa Islam bukanlah soal “setiap orang untuk dirinya sendiri!”. Islam ialah soal penyatuan! Islam ialah soal mengambil tahu urusan sesama kita layaknya kita menjaga urusan kita sendiri! Nabi Muhammad (saw) bersabda,
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” [Tirmidzi].
Oleh itu, jika penyatuan adalah faktor utama dalam agama kita sedangkan kita saling mengabaikan urusan saudara kita yang lain kerana kononnya tidak mampu, ini bermakna kita hanya menambah garam di luka. Kita kemudiannya akan menjadi semakin lemah dan lemah! Ini akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang lebih besar daripada yang kita sedang hadapi sekarang.
Contohnya saudara dan saudari Uighur kita, dimasukkan ke dalam kem konsentrasi untuk menghapuskan keberadaan Islam dalam diri mereka, sekali gus ingin menghapuskan ideologi Islam yang kita miliki! Mereka ingin kita tinggalkan keIslaman kita dengan menyeksa, mendera, dan melakukan kekejaman yang lebih dahsyat semata-mata untuk membuatkan kita takut dan menjauhkan diri daripada Islam. Manakala di Myanmar, berlakunya kejadian rogol dan pembunuhan secara besar-besaran dan di Yemen berlakunya pengabaian ke atas saudara-saudara kita! Semuanya semakin teruk!
Hari ini, hampir mustahil untuk mencari tempat yang dipanggil rumah untuk mereka, atau untuk mereka merasa selamat, sama ada secara fizikal atau mental! Kita seharusnya saling menjaga, di mana pun kita berada! Untuk apa? Kerana kita adalah Muslim! Kerana kita telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Apa yang dilakukan oleh puak kuffar ke atas saudara-saudara kita merupakan perang terhadap Islam. Mereka (puak kuffar) tahu bahawa jika mereka memecahbelah dan memisahkan kita, kita tidak akan kuat seperti dahulu!
“Tetapi mengapa kita harus mengambil tahu urusan itu sedangkan kita tidak dapat berbuat apa-apa?!” Ini mungkin menjadi persoalan yang terbuku di hati sebahagian umat Islam. Jawapan yang sebenarnya berada di hadapan kita. Jawapannya telah pun diberikan dan inilah yang ditekankan dalam Islam – penyatuan! Kita mesti bersatu untuk membawa perubahan! Ayuh berganding bahu dan berusaha untuk mengubahnya! Kita tidak mampu melakukannya secara bersendirian… Kerana sabda Rasulullah (saw)
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا” وشبك بين أصابعه
“Hubungan di antara seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain adalah seperti (batu bata) bangunan, masing-masing menguatkan satu sama lain”. Rasulullah (saw) menggambarkan hal ini dengan merapatkan jari daripada kedua tangannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Sudah tiba masanya untuk kita BERSATU! Berganding bahu untuk memperbaiki keadaan umat Islam! Puak kuffar tidak akan berani melakukan apa yang sedang mereka lakukan ke atas kita hari ini sekiranya kita bersatu! Itulah sebabnya kenapa kita mesti berusaha untuk mengembalikan Khilafah, Khilafah di atas jalan kenabian!
Ayuh marilah berusaha dengan kami, Hizbut Tahrir, untuk memperbaiki keadaan umat Islam dengan mengembalikan semula sistem yang akan melindungi umat Islam dan seluruh umat manusia. Ia merupakan sebuah sistem yang tidak diciptakan oleh manusia, sebaliknya ia adalah sistem dari Tuhan semesta alam, Allah (swt). Sebuah sistem yang akan mempersatukan dunia seadilnya – dengan seorang pemimpin mulia yang akan membawa keadilan bagi mereka yang telah kehilangannya. Khilafah inilah yang akan mengembalikan kemuliaan kita dan menggentarkan musuh-musuh kita sehingga mereka tidak akan berani memperkotak-katik dan menghina kita.
Kami katakan cukuplah seratus tahun tanpa negara, tanpa Khilafah. Kami menyeru umat Islam; tegakkanlah ia wahai kaum Muslimin! Bersamalah dengan mereka yang berusaha untuk mengembalikannya. Ayuh bekerjasama dengan Hizbut Tahrir agar umat Islam kembali bersinar dan memimpin dunia untuk keluar daripada penindasan dan menjadi umat yang mulia.
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًۭا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءًۭ فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًۭا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍۢ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya” [Ali Imran (3): 103].
Diterjemah dan diolah daripada:
http://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/radio-broadcast/radio-broadcast/20936.html