Rejim Saudi Mengugut Para Imam Agar Mengikut Selera Amerika

Sebuah laporan daripada kerajaan AS menyatakan bahawa Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf Kerajaan Arab Saudi telah memecat seramai 3500 orang imam masjid daripada jawatan mereka kerana dianggap mempunyai pemikiran yang “radikal”.

Melalui pemecatan ini dan ancaman yang diberi, pihak berkuasa berusaha untuk menggunakan para imam masjid yang ada agar mereka mengiktiraf kesetiaan penguasa Saudi terhadap kaum kafir  sebagai sesuatu yang dibolehkan serta menghalalkan sistem thagut yang mereka terapkan ketika ini dengan label “syariah”. Mereka juga melaungkan slogan untuk menjadi golongan yang “moderat” dan memerangi golongan “ekstremisme”. Kini, perkara mungkar menjadi makruf dan sebaliknya perkara makruf menjadi mungkar.

Pengkhianat Saudi juga berharap agar keberadaan Amerika di kawasan Teluk akan menjadi suatu keperluan bagi negara mereka. Sebarang seruan untuk melawan Amerika dianggap bersikap ekstremis! Menyeru kepada negara demokrasi merupakan tindakan yang moderat manakala menyeru kepada negara Khilafah juga dianggap sebagai tindakan ekstremis. Na’uzubillah Min Syarri Dzalik.

Itulah model para imam yang diinginkan oleh para penguasa zalim Saudi yang senantiasa menjadi boneka dan tali barut kepada kaum kafir penjajah. Mereka menyeru agar umat Islam bersikap lunak dengan musuh-musuh Allah dan RasulNya. Padahal Allah SWT memerintahkan kepada kita agar bersikap keras terhadap musuh-musuhNya dan berpendirian tegas dalam menyuarakan kebenaran serta tidak takut kepada sebarang ancaman. Justeru,  apakah pendirian dan jalan manakah yang akan dipilih oleh imam-imam yang berada di atas mimbar Rasulullah SAW yang mulia ini kelak?

Sumber: pal-tahrir.info