Road Tour Diskusi Wanita Oleh MHTM Di Kangar, Perlis

KANGAR, PERLIS – Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Diskusi Wanita pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) dengan tajuk ‘Ramadhan Disambut, Syariat Dituntut’ bertempat di Jalan Bintong, Kangar, Perlis.
  .
Diskusi yang berlangsung selama tiga jam ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Diskusi ini dihadiri oleh lebih 20 orang muslimah. Diskusi Wanita yang julung-julung kalinya diadakan di Perlis ini telah menampilkan seorang penceramah yang dijemput khas daripada Selangor iaitu Ustazah Hajjah Ummu Hajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Cik Syamsiyah daripada Surah Al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 186.  Seterusnya, sebuah ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ustazah Puan Ruziah selaku Pengurus Cawangan Perlis. Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan para peserta bahawa ajaran Islam yang syumul wajib dipelajari dan ia memerlukan keikhlasan dan kesabaran dalam usaha yang berterusan,agar umat Islam ini sentiasa menyedari akan tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah.

Seterusnya, Ustazah Hajjah Ummu Hajar menyampaikan pembentangan beliau yang bertajuk ‘Ramadhan dan Ketaqwaan’. Beliau menjelaskan bahawa ketaqwaan mestilah difahami dalam konteks sebenar seperti yang diunjurkan oleh Islam. Sesungguhnya bentuk-bentuk ketaatan bukanlah khusus hanya yang berupa aktiviti ibadah ritual (mahdhah) semata, sebab setiap bentuk ketundukan terhadap perintah-perintah Allah sesuai dengan apa yang diperintahkan, adalah ketaatan kepada Allah, baik itu perintah-perintah yang berkaitan dengan ibadah, akhlaq, mu’amalah maupun yang berkaitan dengan interaksi-interaksi umum dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat

Peristiwa-peristiwa sejarah, seperti Perang Badar Kubra, pembebasan kota Makkah, pertempuran di ‘Ain Jalut melawan tentara Romawi, dan lain-lain, semua itu terjadi pada bulan Ramadhan. Ertinya, aktiviti kemasyarakatan dan kenegaraan pada masa Rasulullah saw. dan pada masa Kekhilafahan Islam berlangsung sebagaimana adanya, baik pada bulan Ramadhan maupun selain bulan Ramadhan Itulah perbezaan yang sangat jelas jika dibandingkan dengan keadaan umat Islam pada masa kini yang diselubungi dengan cara hidup sekularisme (memisahkan agama dari kehidupan) dan budaya hedonisme di satu belahan dunia dan umat Islam dihimpit dengan kemelaratan dan penindasan oleh pihak Yahudi dan Kuffar Barat di satu lagi belahan dunia.

Umat Islam wajib menilai setiap sebab-sebab kemunduran, kehinaan, dan keterpurukan yang menghalangi datangnya pertolongan Allah atas mereka. Lalu, mengambil sebab-sebab yang  dapat menguatkan, meninggikan dan memuliakan kehidupan mereka seperti kehidupan yang dilalui oleh Rasulullah dan para Sahabat,” tegas beliau.

Seusai pembentangan oleh Ustazah Ummu Hajar, para hadirat rancak berbincang mengenai pelbagai masalah kehidupan umat Islam khususnya yang melibatkan Muslimah. Di akhir majlis, para hadirat memfokuskan perhatian mereka pada tanyangan sebuah video multimedia yang sangat menarik. Majlis diakhiri dengan doa penutup oleh pengerusi majlis.
 
Pihak MHTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang telah memeriahkan majlis ini dan juga kepada ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus menjayakan Diskusi Wanita pada kali ini.

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” [TMQ Al-Baqarah (2): 185]