Rohingya: Tentera Mesti Bertindak!

Hizbut Tahrir / Malaysia telah mengadakan perhimpunan aman dan menyampaikan satu seruan di perkarangan Masjid Wilayah, Kuala Lumpur, sejurus selepas solat Jumaat 15/09/2017 berhubung krisis Rohingya. Penyeksaan dan pembunuhan terbaru yang dilakukan oleh rejim Myanmar dan pengganas Buddha ke atas Muslim Rohingya di Wilayah Arakan adalah di luar batas kemanusiaan, yang menunjukkan permusuhan dan betapa bencinya mereka kepada Islam dan kaum Muslimin. Di dalam seruannya, Hizbut Tahrir menegaskan bahawa masalah Muslim Rohingya tidak akan selesai melalui badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mahupun Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Krisis Muslim Rohingya juga tidak akan selesai melalui siri lakonan dan retorik para pemimpin umat Islam.

Hizbut Tahrir memandang isu ini dari dua perspektif iaitu mangsa dan pemangsa. Untuk mangsa, ya memang mereka memerlukan bantuan kemanusiaan, tetapi untuk pemangsa, tentera kaum Muslimin wajib bergerak untuk menghapuskannya. Selagi pemangsa tidak dihapuskan, maka selagi itulah akan adanya mangsa. Menghapuskan pemangsa ialah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas dan jihad fi sabilillah ialah satu-satunya jalan untuk menjawab segala kekejaman dan kebiadaban pemangsa selama ini. Sesungguhnya tidak ada cara lain lagi untuk menyelamatkan umat Islam di Arakan daripada segala bentuk penghinaan, penindasan, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak berkesudahan ini kecuali tentera kaum Muslimin melancarkan jihad ke atas kuffar Myanmar.

Hizbut Tahrir seterusnya menyeru kepada umat Islam agar mempersatukan suara dan perjuangan bagi menunjukkan kepada dunia amnya dan rejim Myanmar khasnya bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan bersaudara dan tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku ke atas saudara-saudaranya. Hizbut Tahrir tidak akan berhenti bersuara dan berusaha sehinggalah bergeraknya tentera kaum Muslimin atau sehingga tertegaknya Daulah Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang akan menyelamatkan Muslim Rohingya, sekaligus memberi pembalasan sewajarnya kepada rejim Myanmar. Di dalam seruannya, Hizbut Tahrir menekankan bahawa kita sudah tidak boleh berharap kepada pemerintah yang ada, tetapi kita mengharapkan tentera kaum Muslimin yang ikhlas yang sedar tugas dan tanggungjawab mereka, lalu mereka melancarkan jihad ke atas rejim Myanmar laknatullah alaihi.

Demi sesungguhnya kita sekarang benar-benar memerlukan adanya sebuah Daulah Islam yang diperintah oleh seorang Khalifah yang akan memerintah dengan al-Quran dan al-Sunnah dan Khalifah ini Insya Allah akan menggerakkan bala tentera untuk melakukan jihad fi sabilillah bagi menyelamatkan umat Islam yang tertindas di bahagian mana pun dunia ini. Sungguh, Khalifah inilah yang akan menghancurkan segala kekejaman, kekufuran dan mengeluarkan manusia dari kesengsaraan serta kegelapan menuju kesejahteraan, cahaya dan rahmat. Maka ayuhlah wahai kaum Muslimin, bergabunglah bersama Hizbut Tahrir. Marilah kita satukan suara dan perjuangan kita untuk kebaikan umat ini dan untuk kebaikan diri kita sendiri di dunia dan akhirat. Mendirikan semula Daulah Khilafah merupakan sebuah kewajipan dan dengan izin Allah, Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah akan pasti kembali memerintah dunia untuk kali yang kedua tidak lama lagi.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Sabtu, 25 Zulhijjah 1438 H
16/09/2017 M
Ruj: HTM/PR/08/1438


Rohingya: The Army Must Act!

Hizb ut Tahrir / Malaysia held a peaceful assembly and delivered a call at the vicinity of Masjid Wilayah, Kuala Lumpur, right after Friday prayers on 15/09/2017 concerning the Rohingya crisis. The latest torture and killings committed by the Myanmar regime and Buddhist terrorists on Rohingya Muslims in Arakan are excessively inhuman, indicating their extreme hostility and hatred towards Islam and Muslims. In its call, Hizb ut Tahrir stressed that the Rohingya Muslims’ problem would never be resolved through world organisations such as the United Nations (UN), the Organization of Islamic Cooperation (OIC) or the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). The Rohingya Muslims’ crisis will also not be resolved through series of drama and the rhetoric of the Muslim leaders.

Hizb ut Tahrir views this issue from two perspectives namely that of a victim and a predator. For the victims, yes, they indeed need humanitarian aid, but for the predators, the Muslim armies must move in order to eradicate them. For so long as the predator is not eradicated, then there will always be a victim. Eliminating the predator is the only way to completely resolve this issue and jihad fi sabilillah is the only way to answer all the atrocities and brutalities of the predator. Indeed, there are no other means to save the Muslims in Arakan from these endless forms of oppression, torture and murder unless the Muslim armies declare jihad on the Kuffar Myanmar.

Hizb ut Tahrir calls upon the Muslim Ummah to unite their voices and struggle to show to the world in general and to the Myanmar regime in particular, that the Muslims are one Ummah and will not remain silent on what is happening to their brothers. Hizb ut Tahrir will never stop its call and will continue to work until the Muslim armies are dispatched or until the Khilafah (Caliphate) upon the method of Prophethood is established, which will save the Muslims of Arakan and teach the Myanmar regime a lesson. In its call, Hizb ut Tahrir emphasized that we can no longer put hope in the rulers, but we do hope that the sincere Muslim armies who are aware of their duties and responsibilities, will launch jihad on the Myanmar regime.

Without doubt, we direly need an Islamic State ruled by a Khalifah with al-Quran and al-Sunnah, who will InshaAllah move the army and launch jihad fi sabilillah to save the oppressed Muslims in all parts of the world. Indeed, the Khalifah will shatter the cruelty and disbelief and transform misery and darkness into prosperity, light and grace for all mankind. O Muslims, come and join Hizb ut Tahrir! Let us unite our voices and struggle for the good of this ummah and for our own good in this world and the hereafter. Re-establishing the Khilafah is an obligation and with the will of Allah, the Khilafah al-Rashidah ala minhaj nubuwwah shall soon be back to rule the world for a second time.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Saturday, 25th Dhul Hijjah 1438 AH
16/09/2017 CE
Ref: HTM/PR/08/1438