Sandiwara Tol Di Musim Perayaan

tolDiskaun tol raya ditentukan 2 Sept.

PETALING JAYA 20 Ogos – Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.  Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol.  “Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 20/08/10

 
Sandiwara tol … 

Sandiwara lagi.  Di antara konsep pengswastaan yang juarai oleh bapa Kapitalisme negara, Tun Mahathir, adalah pengenalan lebuhraya bertol melalui kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang diberikan lesen untuk merompak jutaan wang rakyat. Dan setiap kali musim perayaan, rakyat akan digula-gulakan dengan pelbagai ’tawaran hebat’ dalam bentuk diskaun tol, sebagai usaha untuk menutup kudis dan nanah sistem Kapitalisme yang diterapkan selama ini. Kini, Aidil fitri menjelang tiba dan idea yang sama diusulkan – diskaun tol raya kepada para pengguna sempena  Hari Raya. Sekali lagi pemerintah sekular kita berpura-pura bersikap prihatin terhadap rakyat.  Sedangkan hakikatnya, sudah sekian selama sebenarnya ”perompak-perompak moden” ini merompak dan menjarah dengan rakusnya harta milik umum ini secara berterusan. Lihatlah bagaimana dengan tanpa rasa tanpa bersalah dan berdosa, Datuk Shaziman Abu Mansur masih lagi boleh berseloroh dengan kata-katanya “Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,”.

Wahai Shaziman! Ketahuilah bahawa tol adalah salah satu bentuk cukai dan secara jelas Islam telah mengharamkannya. Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. Sila rujuk: Lihat SN151 – TOL : SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?