Seminar Krisis Kenaikan Harga Minyak – Penyelesaian Dari Islam

Sebagai usaha berterusan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menyedarkan umat Islam bahawa minyak adalah hakmilik umat, satu lagi seminar “Krisis Kenaikan Harga Minyak – Penyelesaian Dari Islam” telah dianjurkan oleh HTM pada 9 Ogos 2008 bertempat di Dewan Pusat Dakwah Alor Setar, Kedah. Presiden HTM, Ust Abdul Hakim Othman dan AJK Pusat HTM, Ust. Khairul Azri Mohd Aziz merupakan pembentang kertas kerja di dalam seminar tersebut yang turut dihadiri oleh Muslimin dan Muslimat dari Perlis dan juga Kuala Lumpur.