Seminar: Selamatkan Muslim Uighur Dengan Khilafah

KUALA LUMPUR, 13 JAN– Dalam rangka memberi kesedaran yang berterusan terhadap krisis Muslim Uighur di Xinjiang kepada umat Islam, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan seminar “Selamatkan Muslim Uighur dengan Khilafah” di Khilafah Centre Kuala Lumpur.

Seminar kali ini membariskan dua orang panel iaitu Wan Hisham Wan Salleh selaku Ahli Lajnah Fa’liyyat HTM dan Ust. Umar Hussein selaku Aktivis HTM.

Dalam seminar tersebut, umat Islam diseru agar keluar daripada kerangka negara bangsa dan kebergantungan terhadap badan dunia seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menanggapi kemelut di Xinjiang. Hadirin juga telah dijelaskan oleh ahli panel tentang hakikat kegagalan badan-badan tersebut dalam menangani krisis yang menimpa Muslim Rohingya, Palestin dan Syria.

Selain itu, sikap lemah para pemimpin umat Islam pada hari ini berpangkal daripada keterikatan mereka terhadap dasar prinsip negara bangsa yang membataskan sempadan-sempadan yang direka cipta, pengamalan dasar ekonomi negara berdasarkan sistem kapitalis sehingga mengikat mereka meletakkan pertimbangan ekonomi mendahului kepentingan nilai dan nyawa umat Islam. Di samping itu, keterikatan mereka dengan budaya politik demokrasi telah mengunci lisan para pemimpin ini kerana pertimbangan masa depan pilihan raya.

Ahli panel turut menjelaskan bahawa bantuan kemanusiaan bukanlah solusi tuntas kepada krisis di Xinjiang ini, meskipun boleh membantu meringankan beban yang melanda Muslim Uighur. Berkaitan hal ini, di samping mengambil langkah bagi membantu mangsa (Muslim Uighur) yang sedang ditindas, kebiadaban rejim China wajib “diajar” dengan membongkar segala kekejaman yang dilakukan kepada umum sekaligus memuhasabah para pemimpin negara umat Islam untuk bertindak melakukan tekanan secara politik dan ketenteraan. Dengan kata lain, solusi tuntas dalam permasalahan ini hanya akan dapat dicapai dengan bergeraknya tentera umat Islam ke wilayah bergolak tersebut seterusnya menyelamatkan Muslim Uighur daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman rejim China.

Dalam masa yang sama, kedua-dua ahli panel mengingatkan bahawa umat Islam seharusnya melihat satu-satunya harapan untuk menutup kezaliman ini ialah hanya dengan mengembalikan semula Khilafah Islam, sebuah entiti politik Islam yang mampu menjaga umat Islam. Umat Islam diingatkan agar tidak terpedaya dengan propaganda busuk Barat memburukkan sejarah Khilafah bagi menjauhkan mereka daripada gambaran sebenar sistem pemerintahan Islam ini.

Hizbut Tahrir yang kini sedang aktif bergerak di lebih 50 buah negara, berjuang siang dan malam untuk menegakkan kembali negara Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam. Apabila ia berdiri sedikit masa lagi, Khalifah selaku pemimpin tertinggi kaum Muslim yang sah pasti akan menggerakkan para tentera bukan sahaja ke Xinjiang bahkan ke seluruh wilayah umat Islam yang sedang dizalimi oleh pihak kuffar seperti di Gaza, Afrika Tengah, Selatan Thai, Arakan dan lain-lain