Seribu Muslimah Satukan Visi dalam Konferens Wanita dan Syariah
HTI Press, Banda Aceh 07/03/2015 -Konferens Wanita dan Syariah anjuran Muslimah HizbutTahrir Indonesia yang diadakan di AAC Dayan Dawood, Kompleks Unsyiah, Banda Aceh, mengangkat tema “Mengakhiri Serangan Terhadap Syariah”. Ia dihadiri oleh lebih kurang seribu peserta dari kalangan tokoh di Nusantara (Indonesia, Malaysia dan Brunei) dan khususnya tokoh dari Aceh sendiri serta dari perwakilan masyarakat Aceh.
Konferens Wanita dan Syariah ini merupakan rangkaian dari Kempen Global Wanita dan Syariah yang telah memasuki fasa ke-2, iaitu fasa Mengklarifikasi Posisi Wanita dalam Syariah.
Konferens ini menjawab serangan kaum feminis-liberal terhadap syariah. Tidak lama sebelum ini, kenyataan kontroversi datang dari salah seorang tokoh feminis-liberal, Raihan Diani, mantan Ketua Organisasi Perempuan Aceh Demokratik (ORPAD) dalam acara diskusi di Bakoel Café Cikini, Jakarta Jumaat (16/01/2015) yang menyatakan bahawa hukum syariah yang ditegakkan di Aceh acapkali menghasilkan diskriminasi terhadap wanita Aceh. Dia juga menegaskan bahawa hukum syariah di Aceh tidak mensejahterakan rakyat Aceh dan banyak pihak yang bertindak menjadi hakim sendiri atas nama syariah.
Acara ini diselenggarakan untuk menyatukan kefahaman kaum Muslimah dari pelbagai kalangan dan kawasan di Nusantara tentang adanya usaha strategis dari kalangan feminis dan liberal yang menyerang syariah Islam terkait dengan isu wanita; menyatukan sikap para Muslimah untuk menolak agenda-agenda sekular/feminis dalam mereformasi hukum-hukum syariah berkaitan dengan wanita;mengajak wanita untuk selalu berpegang teguh pada keyakinan dan hukum-hukum Islam serta memahamkan para Muslimah tentang pandangan Islam yang hakiki terhadap status, hak, peranan dan kehidupan umum perempuan dalam naungan syariah Islam kaffah yang akan menjamin martabat dan kemuliaan wanita serta umat Islam secara keseluruhan.
Konferens ini dipenuhi dengan pelbagai macam acara, mulai dari pameran/penjualan produk-produk keluaran HizbutTahrir seperti buku-buku, majalah, tabloid, buletin, booklet, DVD, CD, pin, stiker dan lain-lain. Juga ada pembacaan puisi, tayangan filem pendek, pembacaan ucapan dari Ustazah Hajjah Ir. IshmahCholil, Asthma Amnina dan Iffah AinurRochmah serta testimoni tokoh dalam dan luar negeri.
Sumber: hizbut-tahrir.or.id