Seruan Dakwah Untuk Menegakkan Khilafah Bergema di Masjid-masjid Di Bangladesh

altDi awal dakwah, Rasulullah beserta para sahabat yang kebanyakannya daripada kalangan pemuda dihalang untuk menyampaikan Islam di Mekah. Kaum kafir Quraisy melakukan halangan dakwah dengan memukul dan menyeksa para penyeru Islam. Perkara yang ternyata  menimpa para pengembang dakwah di zaman ini. Di Bangladesh, para pemuda daripada Hizbut Tahrir diburu  dan ditangkap hanya disebabkan oleh seruan mereka terhadap para pemerintah untuk menerapkan Islam.

Dilaporkan bahawa pada hari Jumaat (1/04/2011), Polis telah menangkap tiga pemuda aktivis Hizbut Tahrir di Chittagong, Bangladesh. Mereka yang ditangkap kesemuanya daripada kalangan mahasiswa.

Dua daripadanya adalah mahasiswa Universiti Chittagong iaitu Mahbub Ahsan, 23, mahasiswa Kewangan & Perbankan dan Sohan Yasin, 23, seorang mahasiswa Pengajian Pemasaran & Pemasaran Antarabangsa. Manakala pemuda ketiga bernama Safat Iqbal, seorang mahasiswa Perakaunan di Hazi Muhammad Mohsin College, Bandar Pelabuhan, Chittagong.

Sub-Inspektor Balai Polis Panchlaish mengatakan bahawa pada pukul 1.45 petang, sekumpulan anggota parti berkumpul di hadapan Masjid Jami’ Bahadur Shah di Katalganj. Mereka melaung-laungkan slogan kebangkitan.

Polis mengejar dan memukul mereka serta menuduh mereka membuat gangguan semasa solat Jumaat di Masjid. Mereka kemudiannya ditangkap dan dibawa ke balai polis sementara anggota-anggota yang lain berjaya melarikan diri.

Pihak Polis menyita kamera digital dan sepanduk yang bertuliskan Hizbut Tahrir Wilayah Bangladesh.  Para pemuda itu mengaku bahawa mereka adalah aktivis Hizbut Tahrir.

Hizbut Tahrir Bangladesh menyampaikan seruan di hadapan kaum Muslimin  setelah selesai solat Jumaat, dengan mengecam tindakan jahat rejim setempat yang tidak mampu untuk membebaskan rakyat. Seruan dilakukan di Dhaka, Chittagong dan Sylhet. Para pemuda Hizbut Tahrir menyeru bahawa hanya Khilafah sahajalah yang dapat membebaskan umat daripada cengkaman penjajah dengan menerapkan Al-Quran dan Sunnah serta menyatukan kaum Muslimin di seluruh dunia dan menghapuskan sempadan palsu yang diwujudkan di antara kaum Muslimin.

Demikianlah, tentangan dakwah terus berlangsung terhadap para aktivis yang gencar menyeru kepada penyelesaian Islam di atas semua persoalan yang menimpa kaum Muslimin. Penangkapan demi penangkapan ke atas pengembang dakwah terus dilakukan, sekalipun mereka adalah para pemuda daripada kalangan yang terpelajar.

Keadaan ini hanya menunjukkan kekalahan intelektual pemerintah rejim setempat yang melakukan penentangan terhadap pengembang dakwah tanpa mampu memberikan penyelesaian dan kebaikan bagi masalah-masalah yang menimpa mereka.

Ini semua hanya mengingatkan kita kepada Sirah Nabawiyah, di mana pada masa awal dakwah, Rasulullah SAW beserta para sahabat menghadapi tentangan dakwah dalam bentuk penganiayaan, propaganda negatif serta pemboikotan. Tetapi ini semua tidak pernah melemahkan usaha dakwah. Malah, para pengembang dakwah semakin gencar dan Islam pun semakin membahana sehinggalah Allah menurunkan pertolongannya.
Jika di Bangladesh para pemuda yang menyeru kepada syariah dan Khilafah menghadapi ujian seperti penangkapan, maka atas alasan apakah kaum Muslimin di dunia ini untuk terus leka dalam kemaksiatan dan enggan untuk berdakwah? Sebenarnya kita telah mengkhianati saudara-saudara kita iaitu kaum Muslimin di sana.

Sudah sampai saatnya umat ini saling bantu membantu dalam menegakkan syariah yang berasal daripada Pencipta alam semesta melalui penegakkan Khilafah. Institusi inilah yang akan menjadi satu-satunya negara kuat di masa hadapan yang akan membebaskan kaum Muslimin daripada cengkaman dominasi penjajah asing. Insya-Allah ianya semakin dekat.

Sumber : Syabab.com