Seruan Dari Tanah Yang Diberkati Kepada Umat Islam Dan Tentera-Tenteranya
Oleh Hizbut Tahrir Wilayah Palestin Yang diberkati
Wahai Pasukan Tentera Kaum Muslimin, Para Jeneral, Pegawai dan Anggotanya:
Dari Masjid Al-Aqsa, di tengah-tengah runtuhan di Gaza al-Hashem, kami menyeru kalian dengan seruan Allah Yang Maha Agung.
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأٓخِرَةِۚ فَمَا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِي ٱلۡأٓخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ٣٨﴾ [التوبة: 38]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, “Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. [TMQ Surah at-Taubah 9:38]
Dan kami memperingatkan lagi kalian dengan firman Allah yang Maha Tinggi:
إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡـٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ٣٩
“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [TMQ Surah at-Taubah 9:39]
Para mujahidin telah bermati-matian berjuang di medan perang dengan penuh tekad dan keazaman, sedangkan musuh yang pengecut pula hanya mampu mengebom dari jauh dengan pesawat dan artileri mereka, memusnahkan tempat tinggal, yang bertujuan untuk membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tua. Apa lagi yang kalian tunggu?
Beritahu kami, demi Allah, apakah yang dapat membangkitkan semangat kalian untuk berjihad di jalan Allah?!
Beritahu kami, demi Allah, bilakah dapat kami melihat pasukan dan tentera kalian di halaman Masjid Al-Aqsa?!
Para penguasa yang khianat dan jahat ini benar-benar berkeras mahu mengubah tindakan berani para Mujahidin ini kepada suatu bentuk penghinaan, pengkhianatan, dan kekalahan. Keberanian tentera Mesir (yang terjadi) pada bulan Ramadan (Oktober 1967 dalam Perang 6 hari) telah dikhianati oleh Anwar Sadat dengan pengkhianatan yang tertinggi. Jika tentera umat Islam ini terus lalai dalam memberikan pertolongan kepada Masjid Al-Aqsa dan para mujahidin di Tanah yang diberkati ini, maka ia akan menjadi pengkhianatan yang melampaui segala bentuk pengkhianatan. Ia akan menjadi dukungan langsung kepada entiti Yahudi dan akan memberikan kuasa kepada pengkhianat yang akan mengubah perjuangan menjadi pengkhianatan yang terbaru ke atas kesucian tempat Isra’ dan Mi’raj Nabi SAW. Apakah kalian akan meninggalkan para mujahidin di medan perang sendirian dan kalian hanya duduk di berek-berek kalian dalam kekalahan dan menyerah kalah?
Yahudi terlaknat ini telah mengumumkan sekatan sepenuhnya dengan memotong bekalan air, bahan api, makanan dan perubatan dari Semenanjung Gaza, jadi apa yang telah kalian lakukan?
Apakah kalian akan membiarkan penduduk Gaza bersendirian dalam konfrontasi yang berani ini dan malah menjadi kakitangan Yahudi untuk membunuh mereka?! Atau apakah kalian akan menyahut seruan dengan penuh rasa bangga dalam menolong agama Allah dan Rasul-Nya, supaya kalian menghancurluluhkan entiti Yahudi?
Para mujahidin fisabilillah ini mengharapkan satu daripada dua kejayaan: kemenangan atau syahid. Sesiapa yang terbunuh dan syahid sesungguhnya telah mendapat kejayaan yang besar, dan penduduk Palestin memiliki ramai para syuhada’, tetapi yang kurang adalah dukungan tentera kaum Muslimin. Demi Allah, ini adalah ibu segala bentuk kejahatan.”
Wahai Umat Nabi Muhammad (SAW), umat terbaik yang dilahirkan untuk sekalian manusia:
Kami menyeru kalian, sedangkan keperitan amat membebani hati kami. Bukankah sudah tiba masanya untuk hati kalian merendahkan diri dengan mengingati Allah? Bukankah sudah tiba masanya untuk telinga kalian mendengar seruan kami? Bukankah sudah tiba masanya untuk tentera kalian menyahut seruan Allah? Bukankah sudah tiba masanya untuk kalian menolong Allah dan RasulNya? Sesungguhnya entiti jahat ini akan lenyap dalam beberapa jam sahaja dalam tempoh satu hari!?
Apa lagi yang kalian tunggu!?
Bangsa yang jijik ini terus-menerus wujud di tanah yang diberkati ini kerana ia dijaga oleh pemerintah ejen kuffar yang mengikat dan menghalang kalian daripada membebaskan Bayt Al-Maqdis.
Apakah yang akan kalian lakukan?
Wahai Tentera Kaum Muslimin… Wahai Para Panglima, Pegawai dan Anggotanya:
Pembebasan Masra Rasulullah SAW (tempat naiknya Rasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj) adalah satu penghormatan terbesar yang tidak akan dapat dicapai oleh orang-orang yang pengecut atau lemah. Ia adalah penghormatan terbesar hanya untuk orang-orang yang ikhlas dan benar. Apakah kalian akan menanggalkan pakaian kehinaan dan menggantinya dengan jubah kehormatan? Apakah kalian akan bangkit, diperkuatkan oleh agama kalian, untuk memulihkan kembali kehormatan umat Islam, atau apakah kalian akan tetap terus dihina seperti lembu dicucuk hidung oleh pemerintah ejen kuffar yang telah mengenakan kalian dan umat ini dengan pelbagai bentuk kehinaan dan kemusnahan?”
Kami memohon dukungan kalian untuk menegakkan Islam, menegakkan Khilafah (Khilafah), dan membebaskan Baitul Maqdis. Jika kalian menyahut seruan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, sesungguhnya kalian akan mendapatkan kemenangan yang besar. Tetapi jika kalian ragu-ragu, menjadi pengecut, dan hanya berpaut kepada dunia, nescaya kalian akan gagal, dan sememangnya wajar bagi Allah menggantikan kalian dengan kaum yang tidak seperti kalian.
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم٣٨
“…Dan jika kamu berpaling (daripada jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu.” [TMQ Surah Muhammad 47:38]
Kami, di Tanah Palestin yang diberkati, akan tetap teguh di atas jalan yang haq, walaupun orang-orang zalim dan kafir mengepung kami dari segenap penjuru. Kami akan tetap berpegang kepada Islam, dan hati kami akan tenteram dengan Iman. Orang-orang jahat mungkin akan menganggap kami tidak berdaya, tanpa dukungan atau kuasa, tetapi khabarkan kepada mereka bahawa kami akan menghadapi mereka dengan kekuatan yang tidak terbatas, kekuatan daripada Allah Al-Aziz, Al-Qahhar (Yang Maha Kuasa, Yang Maha Berkuasa). Bagi musuh, sehebat mana pun kekuatan mereka, ia akan sentiasa terhad dan terbatas dan akan hancur di hadapan kami dengan kehendak Allah dan Kuasa-Nya.
Biarkan Amerika membawa kapal-kapal pengangkut pesawatnya, dan biarkan semua negara kuffar membawa armada mereka untuk melindungi entiti Yahudi. Dengan kuasa Allah, mereka tidak akan dapat memberi manfaat sedikit pun. Tidakkah kamu percaya kepada firman Allah yang Maha Tinggi?
﴿إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِي يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ١٦٠﴾ [آل عمران: 160]
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Oleh kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” [TMQ Surah Ali Imran 3:160]
Benar, apabila Allah telah memberikan pertolongan kepada kita, tidak akan ada lagi kekalahan. Pertempuran ini hanyalah satu daripada yang banyak, dan tidak kita ketahui apakah kebaikan yang telah ditetapkan Allah Azza wa Jalla untuk kita. Walau bagaimanapun, kami tetap yakin bahawa Tanah yang diberkati ini telah ditakdirkan dengan kemenangan yang jelas iaitu Khilafah di atas jalan Kenabian, dengan tenteranya yang akan turun ke Baitul Maqdis, menuntut darah kaum Yahudi, memenuhi janji Allah Yang Maha Mulia, dan membenarkan khabar gembira daripada RasulNya saw. Sesungguhnya Imam al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa beliau berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah (saw) bersabda…
“تقاتِلُكُمْ الْيَهُودُ فَتُسَلَّطُونَ عَلَيْهِمْ، ثُمَّ يَقُولُ الْحَجَرُ: يَا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فَاقْتُلْهُ”
“Kalian akan memerangi Yahudi dan menang ke atas mereka, sehingga batu-batuan pun akan berkata: “Wahai kaum Muslimin, Yahudi ini ada di belakangku, maka bunuhlah mereka!”
Imam Muslim juga meriwayatkannya dengan lafaz yang sama daripada Ibn Umar r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda…
“لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ، حَتَّى يَقُولَ الْحَجَرُ: يَا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ“
“Sungguh kalian akan memerangai Yahudi akan membunuh mereka sehingga batu pun akan berkata-kata: “Wahai kaum Muslimin, ini orang Yahudi , kemarilah dan bunuhlah dia!”
Kemudian dunia ini akan disinari dengan cahaya Islam dan kemenangan Allah Al-Qawiun Al-Aziz Al-Hakim (Maha Kuat, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana).
Ya Allah, jadikanlah kebaikan ini datangnya melalui tangan kami, dan bukakanlah pintu hati kaum muslimin dengannya. Kurniakan kepada kami kekuasaan daripadaMu, yang dapat kami gunakan untuk mendukung AgamaMu dan meninggikan kalimahMu. Kami adalah hamba-hambaMu dan tenteraMu, maka jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang terbaik yang telah Engkau pilih untuk mendukung agamaMu dan untuk meninggikan kalimahMu. Cukuplah Allah bagi kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Hizbut Tahrir Tanah Palestin yang diberkati
25 Rabi’ul AwaI 1445 – Selasa, 10 Oktober 2023
(Terjemahan dari artikel asal di dalam Bahasa Arab)