Seruan Muslimah Untuk Kebangkitan Khilafah
Pada 7 Mac 2014, Jumaat, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Johor telah berhimpun bagi menyampaikan seruan sempena bertempat di pasar mingguan Pekan Rengit, Sejak mula berhimpun, ramai pengunjung dan peniaga pasar mula memberikan perhatian dengan penuh tanda tanya kerana melihat peserta perhimpunan masing-masing memegang liwa’ atau rayah beserta sepanduk-sepanduk kempen.
Bermula jam 9.45 pagi, Ustazah Amani mula melaungkan seruan yang bertajuk Selamatkan Wanita dan Anak-anak dengan Syariah dan Khilafah dan diselang-seli dengan sahutan takbir oleh para peserta lain. Terdapat pengunjung dan peniaga yang mendengar dan menyaksikan seruan tersebut dengan tenang sehingga tamat walaupun ramai yang berlalu begitu sahaja. Para peserta seterusnya melakukan edaran risalah kepada para pengunjung dan peniaga yang ada di sepanjang pasar tersebut.
Kesemua peserta perhimpunan berarak beramai-ramai dalam aktiviti edaran ini. Ada yang mengedar, ada yang memegang sepanduk dan ada yang memegang liwa’ dan rayah. Perarakan ini telah mendapat perhatian dan respon positif daripada pengunjung pasar apabila mereka mula bertanyakan pelbagai soalan kepada para peserta.
Pada 15 Mac 2014, Sabtu, MHTM Cawangan Perak, Perlis, Kedah dan Penang pula telah bergabung dan berhimpun di tapak Pasar Malam, Ipoh untuk mengadakan seruan.
Puan Hayati selaku penyampai seruan dengan lantang menyatakan umat Islam di pelbagai belahan dunia sedang mengalami penderitaan dan kezaliman akibat sistem kufur yang diterapkan ke atas mereka. Adalah tidak wajar umat Islam berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan membiarkan saudara seaqidah mereka diperlakukan sedemikian rupa. Beliau menyeru umat Islam khususnya muslimah agar sedar dan bangkit dari sikap sedemikian dan berjuanglah bersama MHTM untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan menerapkan sistem-sistem Islam dalam bingkai Khilafah Islamiyah.
Alhamdulillah seruan yang disampaikan ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Sebahagian pengunjung pasar dilihat berhenti sebentar untuk mendengar seruan yang disampaikan. MHTM juga mengedar risalah Nahdatul Fikriyah dan Sautun Nahdhah kepada orang ramai yang mengupas isu-isu semasa umat Islam beserta penyelesaiannya. Rata-rata orang ramai menyambut dengan baik risalah yang diedarkan dan ada juga yang bertanya lanjut berkaitan risalah yang diterima.
MHTM akan terus mendekati masyarakat untuk menyedarkan mereka akan kewajipan untuk menegakkan Khilafah Islamiah. Sambutlah seruan kami dan berjuanglah bersama-sama kami untuk meraih kemuliaan di dunia dan akhirat InsyaAllah. Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasul apabila Dia menyerukan kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna” [TMQ Al-Anfal (8):24]
Jutaan terima Kasih diucapkan kepada pengunjung serta masyarakat setempat atas kerjasama yang diberikan sepanjang aktiviti edaran dan seruan diadakan. Besarlah harapan kami agar pelbagai program dan aktiviti yang diadakan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT. Teruskan memberi sokongan dengan mengujungi tapak pameran dan menyertai pelbagai aktiviti anjuran MHTM bagi menjayakan Kempen Kebangkitan Khilafah ini. Kepada Allah kita berdoa dan berharap dan kepadaNya jualah kita memohon pertolongan.
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Johor
Perak
Perak
Perak