Setahun Pemerintahan Presiden Trump: Sebuah kejayaan atau kegagalan?
Rakyat Amerika berpecah, dan pada ulang tahun pertama kepimpinan Donald Trump, kerajaan Amerika Syarikat telah secara rasmi ditutup kerana kegagalan untuk bersetuju dengan bajet baru bersama Kongres, yang bermakna 750,000 kakitangan kerajaan akan tinggal di rumah (tidak bekerja) tanpa gaji. Trump menamakan dirinya sebagai pembuat usahasama yang hebat, yang akan ‘menjadikan Amerika kembali hebat’ (Make America Great Again- motto Trump semasa kempen pilihanraya presiden yang lalu), dan setelah setahun Trump di tampuk pemerintahan, maka sudah tiba masanya untuk kita menilai apa yang telah dicapai olehnya. Linda Sanchez memberi penilaian dengan berkata : “Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu melaksanakan fungsi kerajaan yang paling asas seperti memastikan lampu berfungsi… Bagaimana kami boleh mempercayai mereka bagi menghadapi banyak lagi cabaran mendatang yang akan dihadapi oleh negara ini?” Tweet dari Trump : “Ini adalah Ulang Tahun pertama saya selaku Presiden dan Demokrat mahu memberikan saya sebuah hadiah yang baik”. Itulah yang berlaku dimana Demokrat akan menyalahkan Trump, dan Trump pula akan menyalahkan mereka! Trump yang sering menggunakan bahasa berbaur perkauman telah menyinggung orang kulit hitam, orang Amerika Latin, orang Mexico, dan orang asli Amerika serta umat Islam turut menjadi sasaran dalam pentadbirannya, yang melaksanakan larangan perjalanan bagi umat Islam dari beberapa negara untuk memasuki AS. Demonstrasi besar-besaran untuk menentangnya pada hari pengangkatannya serta hari-hari berikutnya, telah mencetuskan keganasan dan meragut nyawa. Trump dibelenggu beberapa skandal dan penghinaan dari pelbagai sudut, dan kebanyakan orang Amerika tidak percaya dengan apa yang diperkatakan olehnya.
Trump akan menyerang sesiapa sahaja yang menentangnya, memperlekehkan badan kehakiman negaranya, badan perisikan dan pihak media. Dia juga memalukan dan memperlekehkan anggota-anggota Parti Republikan serta kakitangannya dan anggota kabinet dalam beberapa acara , manakala puluhan pengamal perubatan secara terbuka mempersoalkan kesihatan mentalnya.
Walau bagaimanapun, Trump telah menunaikan beberapa janji dalam kempen pilihanrayanya, seperti menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Accords) dan mendapatkan potongan cukai yang besar untuk syarikat-syarikat AS. Pengunduran Trump dari perjanjian-perjanjian antarabangsa akhirnya boleh menjejaskan kepimpinan AS di pentas dunia yang sudah semakin multi polar. China memperluaskan pengaruh mereka dalam sektor ekonomi dan politik setelah AS semakin merudum dari sudut kepimpinan moral dalam apa yang diperkatakan sebagai “dunia bebas” dengan meletakkan kepentingan AS sebagai yang pertama (“Putting America First”). AS memang senantiasa meletakkan kepentinga AS sebagai yang utama, namun Trump telah membuka topeng AS dengan tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa seperti yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Presiden-presiden sebelum Trump juga telah melakukan hal yang sama , tetapi tidak seangkuh Trump melakukannya ; Sekutu-sekutu dan musuh-musuh AS, secara sama rata juga terdedah dengan perkataan kasar Trump serta retorik ugutannya.
Pemimpin-pemimpin dunia dinilai berpandukan realiti politik semasa dan bukannya daripada retorik-retorik yang di sampaikan , tetapi Trump cuba untuk menenteramkan orang-orang yang mengundinya, juga kepada pemimpin dunia lain tetapi tidak dapat mengekang dari pendapat umum yang sakit hati dengan keangkuhan AS. Trump menimbulkan konflik dengan Korea Utara bagi menakutkan China, namun demikian China terus berkembang dalam sektor ekonomi dan politik, manakala Korea Utara telah berjaya mencapai kemajuan yang besar dalam kebolehan peluru berpandu dan nuklear. Trump mengancam negara-negara lain dengan kekerasan termasuklah negara Mexico, Venezuela dan Iran, tetapi tidak ada sama sekali daripada negara-negara tersebut yang tunduk atau jatuh dengan ancaman AS sebagaimana tunduknya beberapa pemimpin dari dunia Arab.
Pada bulan Mei tahun lalu, semasa lawatan rasmi Trump ke Arab Saudi, satu perjanjian besar yang bernilai $380 bilion telah diuar-uarkan secara umum. Penasihat ekonomi White House Gary Cohn, berkata pada penghujung lawatan Presiden Trump itu : “Presiden telah berjaya membuat beberapa perjanjian hebat yang julung kali dilakukan oleh pentadbiran AS”.
Nilai wang yang terlibat dalam perjanjian tersebut boleh memufliskan Arab Saudi, yang mana Arab Saudi sedang bersusah payah untuk membayar perjanjian persenjataan yang tidak berguna bernilai sebanyal $112 bilion yang telah dipersetujui pada tahun 2012 semasa pentadbiran Obama. Kongres bersetuju untuk menyokong perjanjian itu selepas menjamin negara haram entiti Yahudi akan dibekalkan persenjataan yang lebih canggih. Inii merupakan sikap biasa Presiden Trump, biarpun perjanjian tersebut hanyalah bohongan semata! Bahkan ia adalah perjanjian yang kebanyakannya adalah perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang tidak mengikat.
Walau bagaimanapun, Arab Saudi telah meningkatkan perkhidmatannya kepada Amerika Syarikat dan juga membeli senjata baru untuk membunuh lebih ramai kaum muslimin di Yaman dan menyertai entiti haram Yahudi dalam inisiatif yang tidak dinyatakan, yang akan menumpahkan lebih banyak darah kaum Muslim serta membazirkan pelbagai sumber dalam “konflik” yang di ada-adakan dengan Iran. Dan ia akhirnya diuar-uarkan sebagai satu perjanjian yang digelar “Perjanjian Abad Ini” yang merangkumi pengiktirafan Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota bagi entiti haram Yahudi dan ia merupakan satu penghinaan mendalam kepada Pihak Berkuasa Palestin. Setelah setahun pentadbirannya, Trump telah memecahbelahkan negaranya sendiri, mengasingkan US dari sekutu-sekutunya, gagal untuk menghentikan pengaruh China di peringkat antarabangsa, melemahkan institusi antarabangsa yang sebelum ini AS bergantung kepadanya, dan mengetatkan belenggu rantai dileher para penguasa umat Islam. Trump telah membuka topeng hegemoni AS, dan dengan cara demikian, ia telah menjadikan zaman kehancurannya semakin dekat. Ditulis untuk Suratkhabar Ar-Rayah- Edisi 166
Terjemahan dari : http://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/al-raya-newspaper/14669.html