Setelah OIC terbukti gagal, apa lagi harapan yang ada?

Persidangan tergempar OIC yang berlangsung di Riyadh baru-baru ini bagi mencari solusi konflik Palestin ternyata telah gagal. Kegagalan ini tidak menghairankan sedikit pun dan ia bukanlah kegagalan kali ke-10 OIC.

Sejak penubuhannya pada tahun 1969 hingga kini, mungkin sudah ratusan persidangan yang diadakan untuk membahas masalah Palestin, yang pada hakikatnya tidak pernah berhasil. Sebabnya hanya satu – kerana ia merupakan persidangan para pengkhianat, dan sudah pasti ia tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali pengkhianatan demi pengkhianatan!

Jika negara-negara OIC itu benar-benar ingin menyelesaikan konflik Palestin, mereka dapat melakukannya dengan cukup mudah dan tanpa melalui peperangan pun. Cukup dengan hanya menyekat eksport minyak ke entiti haram Yahudi itu, maka sudah barang pasti akan menyebabkan Yahudi menggelupur. Apa lagi jika tentera digerakkan!

Malangnya, OIC terdiri daripada negara-negara yang tunduk kepada Amerika dan Yahudi. Jadi bagaimana mungkin umat Islam boleh berharap pada para penguasa di negara-negara ini, yang hakikatnya merupakan penjaga Yahudi dan pencium kaki Amerika!

Justeru, umat Islam seharusnya sedar bahawa OIC bukanlah satu badan yang boleh diharap, malah telah terbukti merupakan badan pengkhianat umat, pengkhianat Allah dan Rasul-Nya.

Satu-satunya harapan bagi umat Islam untuk membebaskan Palestin dan menyelamatkan saudara-saudara mereka yang sedang dibunuh dengan kejam oleh kaum Yahudi la’natullah, ialah dengan berusaha menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah.

Inilah satu-satunya Daulah Islam yang akan mengajar kebiadaban Yahudi dan akan membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati. Selama wujudnya Khilafah dahulu, Palestin tidak pernah jatuh ke tangan Yahudi walaupun kaum terlaknat itu sudah berusaha untuk mendapatkannya. Namun ia dipertahankan habis-habisan oleh Sang Khalifah.

Sultan Abdul Hamid II dengan tegas mempertahankan tanah Palestin dengan kata-kata beliau yang sangat terkenal, “Aku sekali-kali tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanah ini kepada Yahudi kerana ia bukan milikku tetapi milik umat Islam yang telah membukanya dengan darah dan nyawa mereka. Tertusuknya pisau ke dadaku ini lebih ringan bagiku dari aku menyaksikan tanah Palestin terlepas daripada Khilafah. Namun, jika Khilafah telah runtuh satu hari nanti, Yahudi boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma..”

Ternyata kata-kata Sultan Abdul Hamid menjadi kenyataan apabila kaum terlaknat itu berjaya merampas tanah Palestin setelah runtuhnya Khilafah, kerana sudah tidak ada seorang pemimpin Muslim pun lagi yang mempertahankannya!

Justeru, untuk mengambil kembali tanah Palestin sekali gus menyelamatkan kaum Muslimin yang sedang dibantai oleh kaum Yahudi, tidak boleh tidak, dan satu-satunya harapan yang tinggal ialah dengan kita berusaha mendirikan semula Khilafah, lalu membaiah seorang Khalifah yang akan menyayangi dan mempertahankan Palestin sebagaimana Sutan Abdul Hamid menyayangi dan mempertahankannya, malah lebih lagi. Inilah satu-satunya harapan yang ada.

Hizbut Tahrir berusaha sejak tahun 1953 untuk mendirikan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang insya Allah kemunculannya untuk kali yang kedua sudah semakin hampir. Dengan kerjasama dan sokongan daripada lebih ramai umat Islam, maka insya Allah usaha ini akan lebih mudah dan kita akan dapat menyaksikan fajar Khilafah sedikit masa lagi dengan izin Allah.

Wallahu a’lam.