Sheikh Kontroversi Sudah Dipanggil Menemui Tuhannya

altSheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia

KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.  Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.  Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya. Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.  Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.  Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.  Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

Sumber : Utusan Malaysia, 11/03/10

Sheikh Kontroversi Sudah Dipanggil Menemui Tuhannya
 
Sheikh yang banyak menimbulkan kontroversi telah dipanggil menemui Tuhannya. Tahun lalu, Tantawi memunculkan kontroversi ketika dia melarang para pelajar Muslimah mengenakan tudung wajah penuh atau niqab ketika memasuki kelas dan asrama di Universiti Al-Azhar. Dia juga termasuk di antara ulama yang mendukung fatwa Majma’ Buhuts Al-Islami Al-Azhar yang membenarkan mendirikan dinding pemisah di antara Mesir dan Gaza, di saat kaum Muslim di Gaza terpenjara oleh sekatan yang dilakukan oleh Israel laknatullah. Firman Allah SWT:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat”.
[TMQ Al Mulk (67) : 2].

Selepas ini siapa pula yang menjadi pilihan pemimpin sekular Mesir untuk menggantikan Tantawi?