SN014 – KEMATIAN POPE JOHN PAUL II : ADAKAH PERLU DITANGISI?

PDF

SN Keluaran 2005
 

SN

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan; ” Bahawasannya Allah salah seorang dari yang tiga” padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain Tuhan Yang Esa. Jika meraka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. [ TMQ Al-Quran, Al-Ma’idah 5:73]

[SN014] KEMATIAN POPE JOHN PAUL II – ADAKAH PERLU DITANGISI

Para pemimpin dunia dan 1.1 billion penganut Kristian Mahzab Katholik seluruh dunia dan sebahagian umat Islam hari ini telah bersedih dengan kematian Pope John Paul II atau nama sebenarnya adalah Karol Josef Wojtyla tepat pada pukul 3.37 pagi 2/04/2005 (waktu Malaysia). Ketua gereja Roman Katolik itu telah disemadikan dalam krip di bawah gereja St. Peter Basilica selepas berlangsungnya upacara pengkebumiannya selama tiga jam yang bermula pada pukul 10 pagi (4 petang waktu Malaysia 7/04/2005). Seluruh dunia merasakan seperti telah kehilangan seorang yang amat berharga dan telah berjasa kepada dunia terutamanya umat Islam.

Di mana hampir semua pemimpin dunia dan pemimpin masyarakat telah menyampaikan rasa sedih dan takziahnya, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz juga merakamkan ucapan takziahnya dan menyatakan satu kehilangan yang ketara kerana Pope John Paul II terkenal sebagai pejuang keamanan dunia dan berharap penggantinya mengambil pendekatan yang sama (Harakahdaily.net 4 April 2005). Ahli Jawatankuasa PAS pusat Dr. Mohd Hatta Ramli menyifatkan perjuangan Pope adalah sealiran dengan Perjuangan PAS iaitu menentang peperangan, kezaliman dan pengguguran euthanasia (mercy killing) (Harakahdaily.net 5 April 2005). Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai pemimpin agama yang amat dikagumi dan dihormati di seluruh dunia kerana kualiti kasih sayang dan kekuatan moralnya yang tinggi kerana telah memperkenalkan persefahaman antara agama (UM April 03 2005). Dan kemudian PM menghantar menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin (Hal Ehwal Keagamaan) dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Perkhidmatan Awam) mewakili kerajaan Malaysia pada masa pengkebumiannya. Begitu juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan bahawa mendiang banyak memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperangan dan keganasan (NSTP April 03 2005). Chandara Muzaffar menyifatkan bahawa dunia akan sentiasa mengingati mendiang dengan sikapnya yang seringkali menentang ”Global Injustice” (NSTP April 03 2005). Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan pemergian John Paul sebagai kehilangan besar bukan saja bagi penganut Roman Katolik tetapi juga dunia kerana mendiang mengambil berat dan berani menyuarakan pandangan terhadap isu antarabangsa, termasuk Palestin (BH April 02 2005). Seterusnya Sheikh Yusof Al-Qaradawi dan Imam Besar Al-Azhar Sheikh Mohammad Syed Tantawi mengucapkan takziah dan menyifatkan sebagai kehilangan besar kepada perjuangan persefahaman antara agama Kristian dan Islam (Islamonline.net April 03 2005) dan mendoakan kepada tuhan agar memberikan belas kasihan kepada Pope dan memberi ganjaran kepadanya terhadap apa yang telah ia lakukan kepada keagamaan dan kemanusian. Begitu juga dengan Hasyim Muzadi, ketua Nahdatul Ulama (salah sebuah pertubuhan dakwah di Indonesia yang mempunyai keahlian seramai 40 juta orang) juga tidak mahu ketinggalan.

Pengerusi Forum Muslim Profesional Dr Mazeni pula mengharapkan agar dailog antara agama yang diusahakan oleh Pope ke arah menghasilkan seperti sikap belas kasihan dan kasih sayang di dalam masyarakat dapat diteruskan (NSTP 02 April 2005). Manakala, Dr Saodah seorang pensyarah menyatakan bahawa Umat Islam merasai nikmat jika Pope baru yang bakal dilantik kelak mempunyai jiwa yang sama dengan John Paul II. (UM April 8 2005).

Sautun Nahdah kali ini akan membahaskan pandangan dan pemikiran yang dibawa oleh bekas Ketua Paderi Kristian Katolik ke seluruh dunia serta meninjau beberapa pandangan ulama-ulama besar di dalam hal berkaitan mengucapkan Takziah atas kematian orang kafir.
Takziah ke atas orang Kafir?

Segelintir umat Islam cuba menjawab teka teki siapakah pengganti Pope, tetapi yang pasti, penggantinya akan membuka lembaran baru dengan usaha menambah bilangan penganut Kristian akan tetap diteruskan. Di mana sebelumnya Pope telah berjaya menambahkan bilangan penganut kristian Roman Katolik dari 757 juta kepada 1.1 billion (Berita Minggu April 10 2005). Ini bermakna Pope dulunya adalah ketua “think tank” ke arah memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Kematian Pope John Paul II seolah-olah satu tragedi sehingga masyarakat dunia dan umat Islam merasakan kehilangannya. Beratus-ratus pemimpin Barat dan Islam serta masyarakat dunia menangisi dan telah menghadiri pengkebumiannya. Bukan itu sahaja, keluarga dan kerabat Pope telah menerima ucapan takziah dari setiap pelusuk dunia termasuklah orang Islam sendiri. Persoalan yang timbul adalah, adakah mengucapkan takziah kepada orang kafir itu dibenarkan dalam Islam?

Menurut Wahbah al-Zuhaili (Fiqh Perundangan Islam Jilid II m/s 565), mengatakan takziah adalah menghiburkan hati keluarga si mati, mendorong agar bersabar dengan pahala yang dijanjikan, menggalakkan mereka supaya menerima qada’ dan qadar Allah, dan mendoakan bagi si mati yang Islam. Ucapan takziah boleh dilakukan selama tiga hari dan tiga malam. Selepas tempoh itu ianya menjadi makruh kecuali bagi orang-orang yang tidak dapat hadir ketika hari kematian, ia bertujuan agar kesedihan tersebut tidak berterusan. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud;

“Tidak harus bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung ke atas simati lebih daripada tiga hari kecuali atas suaminya 14 hari”

Menurut pendapat ulama Imam Malik, perbuatan mengulangi takziah adalah makruh. Pendapat ulama Syafie dan Hanbali pula menyatakan bahawa mengucapkan takziah dan tanpa melakukan apa-apa adalah makruh kerana sikap ini hanya mengekalkan kesedihan. Manakala mendoakan dan beristigfar untuk suatu kematian adalah haram jika yang mati adalah kafir.

Tidak ada ungkapan khas untuk mengucapkan takziah. Di samping itu juga pendapat ulama Hanbali mengharamkan mengucapkan ucapan takziah ke atas keluarga orang kafir yang mati. Pengucapan sedemikian adalah dianggap telah memperbesarkannya sebagaimana memulakan ucapan salam ke atasnya. (Fiqh Perundangan Islam Jilid II m/s 567)

Mengucapkan takziah kepada orang kafir agar dapat menghiburkan keluarganya dan meminta mereka bersabar dengan pahala yang dijanjikan adalah sesuatu yang pelik dan ia tidak sepatutnya dilakukan. Apatah lagi ada sebilangan umat Islam cuba mendoakan kesejahteraannya.

Kematian Pope John Paul II telah mendapat simpati dari segenap pelusuk dunia, tetapi kematian umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di mana pun jua akibat buah tangan kafir Barat, langsung tidak mendapat belas kasihan dari ulama Islam sedikitpun. Ini bertentangan dengan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam hadis Rasulullah saw bahawa nilai setitik darah umat Islam jauh lebih utama daripada Kaabah dan sekelilingnya.

Warisan Pope?

Antara perjuangan Pope yang menjadi ikutan para pemikir Islam dan bukan Islam ialah dialog antara agama, kesatuan agama dan pluralisme. Pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah muncul sejak tahun 1932 lagi. Gagasan dialog antara agama adalah gagasan yang sangat keji dan terlalu asing bagi umat Islam. Ia sebenarnya adalah suatu bentuk pemikiran keji yang dibawa oleh Barat yang mana sebelumnya tidak pernah muncul di dalam dunia Islam. Gagasan ini bertujuan untuk mencari “titik persefahaman” antara agama atau cuba membentuk agama baru. Propaganda Barat ini mahukan umat Islam dipesongkan dan di bentuk supaya bersetuju bahawa semua agama sebagai agama yang “baik”.

Gagasan ini dicetuskan oleh Perancis semasa mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan ulama al-Azhar di Kaherah, bertujuan membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Gagasan ini diteruskan dengan direalisasikan dengan Persidangan Paris 1933 yang dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari berbagai universiti dari Barat. Persidangan antara agama sedunia telah berlangsung pada tahun 1936 dan merupakan persidangan terakhir sebelum perang dunia II, dan selepas itu Barat mula sibuk mengadakan persidangan yang serupa sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1964, Paus Paulus VI menulis sebuah risalah yang menyerukan dialog antara agama. Selanjutnya pada tahun 1969, Bandaraya Vatican telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk: Alasan Dialog Antara Kaum Muslim dan Kaum Kristian. Sepanjang dasawarsa 70-an dan 80-an lagi telah diadakan lebih daripada 13 pertemuan dan persidangan untuk dialog antara agama dan peradaban sedunia. Tidak ketinggalan juga umat Islam sendiri menjadi jaguh dialog antara agama di tempat mereka sendiri.

Justifikasi Dialog Antara Agama.

Pada mulanya, para peserta persidangan agama mencadangkan agar membendung aktiviti “kekufuran” dan atheism yang wujud dalam negara Kesatuan Soviet pada masa itu yang berideologikan komunisme. Di samping itu juga, sikap mereka yang ingin membela “orang yang beriman” di muka bumi (konsep Unity of Faith) serta memandang kebenaran yang bersifat relatif dan nisbi. Di mana tidak boleh mana-mana individu mendakwakan bahawa agama mereka adalah yang paling benar. Kebenaran bagi meraka mestilah datang dari suara majoriti dengan menggunakan kaedah demokrasi.

Apabila telah dibentuk justifikasi-justifikasi, maka timbul beberapa cadangan ke arah kesama-rataan agama dalam banyak dialog dan persidangan sedunia. Di mana antaranya ialah:

• Memberi definisi dan dimensi baru kepada beberapa istilah antaranya kufur, atheis, syirik, iman, Islam, moderat, ekstrem, terorisme dan fundamentalisme. Akhirnya istilah tersebut tidak akan menjadi faktor pemecah belah kepada penganut agama yang berbeza.
• Mencari titik persamaan atau titik pertemuan antara Islam, Kristian dan Yahudi yang meliputi aspek akidah, moral dan budaya. Bertujuan mewujudkan kesatuan agama (unity of faith), kerana pada dasarnya ahli kitab adalah orang yang beriman yang menyembah Allah.
• Mencipta piagam yang serupa dengan hak asasi manusia. Bertujuan agar dapat hidup harmoni dan memantapkan perdamaian antara sesama agama yang berbeza. Ini dapat dilakukan dengan menghilangkan keyakinan batas-batas prinsip agama masing-masing dan menghapuskan sikap permusuhan dalam budaya bangsa dan politik negara.
• Melakukan pembinaan semula terhadap sejarah dan kurikulum pendidikan dengan menghapuskan perkara yang membangkitkan kemarahan. Serta pembahasan akidah dan ibadah juga perlu diubah.
• Memerlukan pemahaman yang sama terhadap beberapa perkataan yang berbeza seperti keadilan, perdamaian, wanita, hak asasi manusia, demokrasi, etika kerja, pluralisme, kebebasan, masyarakat madani dan lain-lain lagi.

Orang-orang kafir memang tidak berupaya menjauhkan kaum muslimin dari akidah mereka. Oleh yang demikian mereka memerlukan missionaries dan orientalis, dengan mengeluarkan artikel dan jurnal kebudayaan dengan memanipulasikan politik, ideologi dan media. Walaubagaimanapun, semua ini gagal. Tindakan mereka ini telah digambarkan oleh Allah dalam Al Quran yang berbunyi:

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kalian sampai mereka dapat mengembalikan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu” (TQS al-Baqarah (2):217)

Jadi mereka pun menggunakan institusi sah di negara mereka dan di negara umat Islam seperti universiti dan pusat pendidikan, dewan gereja dunia dan menjalin kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam. Oleh itu, penggunaan istilah dan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna tidak jelas seperti reformasi, globalisasi, civilasation, universal knowledge dan etika, keharmonian, toleransi, kesederhanan dan membuang fanatisme dan ektrimisme untuk menipu umat Islam.

Orang-orang kafir Barat sentiasa memperbaiki berbagai pemikiran yang bersumber dari ideologi kapitalis dan mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Akibatnya sebahagian kaum muslimin dan yang sedihnya pejuang Islam sendiri menyangka ia berasal dari Islam. Pemikiran yang terpesong itu, seringkali menjadi perdebatan adalah demokrasi, kebebasan, plularisme politik dan lain-lain lagi. Sebaliknya perkataan Islam seperti jihad, hudud, poligami disifati sebagai kolot dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih dan maju. Nyata sekali pemikiran seperti itu adalah pemikiran yang dibentuk daripada pemikiran kapitalis. Di mana kapitalis menggunakan fakta sebagai sumber hukum, bukan menundukkannya sebagai objek penerapan hukum. Serta manfaaat seringkali dijadikan sebagai standard untuk mengambil dan menolak sesuatu hukum, dan bukannya halal dan haram.

Orang kafir inginkan semua agama dan peradaban adalah universal melalui dialog ini. Orang kafir juga berkehendakkan orang Islam dapat beritegrasi ke dalam semua aspek budaya Barat. Kerana Islam dianggap agama yang tidak mempunyai peradaban. Dengan begitu dialog antara agama ini hanya ditujukan kepada kaum muslimin, namun peliknya bagaimana ulama Islam boleh menerima begitu sahaja tanpa ada rasa bersalah apabila Islam disama-ratakan dengan agama Budha dan agama lain.

Khatimah

Wahai Kaum Muslimin yang mulia,

Kita diperintahkan melakukan amal perbuatan sesuai dengan hukum Islam, kerana kewajiban ke atas kita untuk menyesuaikan amal perbuatan dengan segala perintah dan larangan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

“…apa yang diberikan Rasul kepadamu maka ambillah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah..” (TQS al-Hasyr : 7)

Maka setiap perbuatan umat Islam mestilah terikat dengan hukum syara’, diharamkan mengambil pandangan dan pemikiran yang datang daripada selain Islam (contohnya Barat). Dialog antara agama dan antara peradaban untuk mencari titik persefahaman dan peradaban baru manusia adalah ilusi dan khalayan semata-mata. Justeru itu, mesti dilakukan pertembungan pemikiran (ash-shira’ al-fikri) di antara agama dan peradaban, bukannya kesefahaman. Akhirnya hak dan batil, kehinaan dan kemuliaan akan dapat diketahui. Allah SWT berfirman

“Buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, sementara yang memberi manfaat kepada manusia akan tetap ada di bumi. (TQS ar-Ra’d (13):17)

Apa yang telah diperjuangkan oleh Pope John Paul II sebenarnya adalah aktiviti memurtadkan umat Islam beramai-ramai. Aktiviti ini adalah aktiviti terancang dan teratur yang disokong dan dibantu dari segala sumber oleh negara-negara kafir Barat dan mereka-merka yang membenci Islam. Oleh yang demikian umat Islam, wajib menyediakan segala persedian yang termampu untuk melakukan pertembungan dan konfrantasi melawan musuh Islam.

“ Dan sediakan akan kamu kekuatan apa sahaja dan dari kuda yang tertambat untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu…. (TQS al-Anfal (8):60)

Daulah Khilafah adalah persedian yang paling signifikan untuk menagkis serangan ini dan dapat mengalahkan segala bentuk serangan orang kafir. Daulah Khilafah akan terjun turut serta ke medan pertarungan baik yang berbentuk fizikal dan jihad (ash-shira’ al-madi’) mahupun pertarungan pemikiran (ash-shira’ al-fikri). Semua ini ditujukan dalam rangka menyebar-luaskan peradaban Islam yang tinggi dan benar serta memusnahkan peradaban kapitalis palsu dan rosak. Wallahu alam.

Wallahua’lam