SN087 – PASUKAN PENGAMAN PBB : “MENGAMANKAN SIAPA?

PDF

SN Keluaran 2006


Logo SN



[SN087] Bumi Lebanon kembali sepi dari bedilan dan pengeboman pasukan tentera Israel. Berita dan akhbar pun sudah hilang kepanasannya di dalam mengulas tragedi di Lebanon, seolah-olah tiada apa-apa yang telah berlaku di sana. Tetapi, di sebalik kesepian ini, timbul pula kekecohan lain yang masih belum berkesudahan. Setelah puas menyaksikan pembunuhan dan kerosakan di Lebanon, sekarang pemimpin dunia Islam mula menunjukkan ’taring’ masing-masing untuk membantu negara tersebut. Pertubuhan kufur PBB pun, yang selama ini sengaja mengizinkan pembantaian di Lebanon, sekarang muncul sebagai ’wira’. Setelah segala-galanya musnah, maka seperti biasa PBB akan menentukan dan menghantar misi pengaman bagi diletakkan di wilayah yang bergolak itu. Setakat ini tentera ltali sudah dihantar, Perancis sudah menambahkan anggota bagi meningkatkan keupayaan asas Pasukan Tentera Sementera PBB di Lebanon (UNIFIL) sebelum disokong pasukan sokongan yang dijangka berjumlah 15,000 tentera. Indonesia pula dilapor telah diterima untuk menyertai misi pengaman tersebut [UM 05/09/06].

Menurut Datuk Seri Syed Hamid Albar, misi tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, dimulai pasukan utama sebelum dibantu pasukan-pasukan sokongan. Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka menyatakan Malaysia akan menghantar kira-kira 1,000 tentera pengaman ke Lebanon. Syed Hamid menegaskan, rekod cemerlang pasukan tentera Malaysia di bawah panji PBB sebelum ini iaitu di Somalia, Bosnia dan Timor Leste tidak boleh diketepikan oleh PBB. ‘‘Saya berharap Israel tidak akan mengambil sikap menentang kemasukan tentera Malaysia dalam pasukan pengaman kerana jika ini berlaku ia memberi gambaran kepada dunia Islam bahawa seolah-olah Israel menentukan segalanya untuk keamanan di situ (Lebanon)…..‘‘Keamanan mesti melibatkan kedua-dua belah pihak. Setakat ini Lebanon dan PBB tiada halangan. Saya berharap Israel juga mempunyai sikap yang sama…..‘‘Tetapi sehingga kini Malaysia masih belum menerima arahan yang memerlukan pasukan kita untuk ke sana,” jelasnya [UM 04/09/06].

Sedikit Mengenai Kejahatan Yahudi

Umat Islam adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Umat Islam adalah umat yang mulia berbanding umat yang lain. Tetapi kemuliaan itu telah diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dosa dan kezaliman yang dilakukan oleh umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, Yahudi adalah satu bangsa yang dila’nat oleh Allah dan merupakan satu bangsa yang amat hina. Bangsa Yahudi telah dikutuk oleh Allah sejak dulu. Mereka menolak ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa, padahal Nabi Musalah yang telah menyelamatkan mereka dari kezaliman Fir’aun.

Mereka juga telah membunuh Nabi-nabi sesudah Nabi Musa seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga cuba membunuh Nabi Isa tetapi Allah telah lebih awal mengangkatnya ke langit. Kaum terla’nat ini juga telah beberapa kali cuba membunuh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah. Mereka juga berusaha membongkar makam Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Manusia paling hina di muka bumi ini telah menceroboh Palestin, menghalau dan membunuh umat Islam dengan kejam, tanpa henti. Sekarang, Lebanon pula menjadi mangsa kejahatan mereka. Benarlah peringatan Allah kepada kita tentang mereka,

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik…. [TMQ Al-Ma’idah(5):82].

Kejahatan kaum Yahudi ini tidak pernah terhenti. Semasa pemerintahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah, kaum hina ini telah beberapa kali membuat kacau di dalam negara, termasuk berkomplot untuk memerangi dan membunuh Rasulullah. Gangguan Yahudi Bani Qainuqa’ ke atas kaum Muslimin telah menyebabkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memerangi mereka. Bani Qainuqa’ dikepung selama 15 hari berturut-turut sehingga mereka menyerah kalah. Sebagai hukumannya, Rasulullah telah menghalau mereka keluar dari Madinah dan mereka diusir hingga ke Wadi Qura’. Kaum kafir ini kemudian berjalan sehingga sampai ke Adzra’at, di perbatasan Syam. Mereka kemudian tunduk kepada Daulah Islam. Begitu juga dengan kisah Yahudi Bani Nadhir yang cuba membunuh Rasulullah yang berkesudahan dengan diperangi oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka dikepung dan kemudian diusir dari Madinah. Orang-orang Yahudi ini keluar dari kota Madinah dengan penuh kehinaan hasil dari kebiadaban yang mereka lakukan sendiri. Sebahagian mereka singgah di Khaibar sementara yang lain menuju ke Adzra’at.

Kejahatan Yahudi Bani Quraizhah lebih dahsyat. Mereka telah berkomplot dan bersatu dengan pasukan Ahzab untuk memerangi Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka jelas-jelas telah melanggar Piagam Madinah yang telah disepakati dengan Rasulullah. Oleh itu, setelah pasukan Ahzab tewas dengan pertolongan Allah, maka Rasulullah terus menghantar pasukan untuk menyelesaikan urusan dengan kaum kafir terkutuk ini. Mereka dikepung selama 25 hari siang dan malam sehingga lumpuhlah pertahanan mereka. Dipendekkan cerita, Nabi kemudian mengutus Saad Bin Muadz untuk menghukum mereka. Kemudian Saad menjatuhkan hukuman kepada mereka yakni yang menyertai perang dan membunuh, dibunuh. Harta-harta mereka pula dibahagikan sebagai ghanimah (harta rampasan perang), dan kaum wanita mereka ditawan. Ketika Rasulullah mendengar berita ini, baginda bersabda, ”Sungguh engkau menjatuhkan hukum pada mereka dengan hukum Allah dari atas tujuh langit”. [Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Ad-Daulah Al-Islamiyyah]

Kebiadaban orang-orang Yahudi juga tercatit dalam sejarah melalui peristiwa pembakaran Baitul Maqdis pada 21 Ogos 1969. Bukan setakat membakar, mereka malah mengadakan pesta di dalamnya dan perzinaan. Mereka turut mengotori, memusnah dan membuang najis di dalamnya. Kesucian dan kemurnian Masjidil Aqsa telah benar-benar dinodai oleh manusia durjana ini. Sebelum Islam membuka kota suci ini, ia diperintah oleh kerajaan Rom (Byzantium) dan orang-orang Kristian pada waktu itu hanya menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat pembuangan sampah. Mereka lakukan hal itu kerana terlalu bencikan orang-orang Yahudi yang menganggap tempat tersebut adalah Haikal (Nabi) Sulaiman.

Ketika Khalifah Umar Al-Khattab membuka Baitul Maqdis dari tangan Rom, beliau r.a. yang mengetahui kesucian kota ini, telah memungut sampah-sampah dengan serbannya sendiri. Beliau telah membersihkan batu besar ’Sakhrah’, tempat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dimi’rajkan. Kesucian kota ini kemudiannya terus dijaga oleh khalifah-khalifah sesudah beliau, sehinggalah Yahudi berjaya merampasnya semula dari tangan kaum Muslimin, hasil dari makar penjajah dan pengkhianatan pemimpin kaum Muslimin sendiri! Wahai kaum Muslimin! Bandingkanlah dengan hati yang jernih apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah, para sahabat dan pemimpin mulia dari kalangan umat Islam dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin kaum Muslimin sekarang di dalam menangani kejahatan Yahudi ini!

Sebuah Pengkhianatan

Sejak Salahuddin Al Ayubi berhasil membebaskan kota suci Baitul Maqdis dari tangan orang-orang Salibiyyin (Kristian), umat Islam tetap mempertahankan bumi itu selama lebih dari 8 abad (585-1377H). Hanya pada tahun 1967M barulah tanah suci ini jatuh ke tangan kaum Yahudi terkutuk itu. Satu tragedi yang begitu menyayat hati menjadi sejarah hitam kepada kita bagaimana kaum Yahudi berhasil merampas Baitul Maqdis tanpa sebarang peperangan dan perlawanan sedikit pun dari kaum Muslimin. Semoga Allah membalas pengkhianatan mereka (pemimpin kaum Muslimin ketika itu) dengan balasan yang sekeras-kerasnya!!

Hussein Bin Thalal Bin Abdullah Al Hasyimi atau lebih dikenali sebagai Raja Hussein Jordan, sememangnya diketahui umum sebagai seorang agen British. Kesetiaan keluarga Hasyimi kepada British yang begitu teguh benar-benar menyenangkan hati British. Setelah yakin bahawa keturunan Hasyimi akan ‘menyembahnya’, maka British yang telah menguasai Jordan selepas Perang Dunia I telah menyerahkan Jordan kepada Raja Abdullah pada tahun 1946 untuk dijadikan sebuah kerajaan (negara beraja). Dengan itu, bertambahlah kasih sayang dan kerjasama di antara kedua-dua tuan dan hamba ini. Baitul Maqdis pada waktu itu berada di bawah kekuasaan Jordan. Di bawah pemerintahan Raja Husseinlah kota suci umat Islam ini telah jatuh ke tangan Yahudi. Raja Hussein telah melakukan satu ’penipuan perang’ di mana dia telah memperalatkan seluruh media massa untuk memberitakan bahawa terdapat ’sebuah peperangan’ sedang berlaku dengan puak Yahudi. Siaran radio pada waktu itu menyebutkan beberapa banyak pesawat Israel telah jatuh ditembak oleh tentera Jordan, walhal tidak ada satu pun pesawat tempur Israel yang jatuh, kerana memang saat itu tidak ada sebarang peperangan pun.

Raja Hussein seterusnya menghantar 300 kereta kebal ke Tebing Barat dan mengarahkan mereka berpengkalan di sana. Pasukan tersebut berangkat dan setelah tiba mereka menunggu perintah dari panglima perang yang ketika itu dipegang sendiri oleh Raja Hussein. Namun perintah untuk berperang melawan Israel tidak pernah tiba kerana memang hal ini disengajakan oleh si pengkhianat tadi. Sebenarnya, mereka hanya diumpan untuk dijadikan korban oleh Raja Hussein. Akhirnya, seluruh kereta kebal dan pasukan tersebut dibinasakan oleh Israel. Begitu juga dengan pasukan tentera simpanan yang berada di Ghaur (dekat Tebing Timur Sungai Jordan) yang diarahkan untuk menunggu perintah (yang tak pernah muncul). Akhirnya mereka juga dibantai oleh Israel.

Di kota Al Khalil, berkali-kali penduduk di sana meminta bekalan senjata untuk mempertahankan wilayah Tebing Barat dan sekitarnya, tetapi tidak dilayan. Akhirnya pada 7 Jun 1967 mereka mendatangi kediaman Gubenor wilayah ini, tetapi mendapat jawaban bahawa tentera kerajaan sudah cukup kuat untuk mengatasi permasalahan ini. Setelah terus-terusan di desak, Gubenor wilayah Al Khalil memecahkan rahsia bahawa sesungguhnya kota mereka telah diserahkan kepada Israel melalui satu perjanjian rahsia pada tanggal 6 Jun 1967. Akhirnya pada 7 Jun 1967, Israel dengan mudah memasuki Al Khalil tanpa apa-apa pertempuran. Bagi mereka yang telah mengetahui pengkhianatan Raja Hussein, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan atau memberontak kerana angkatan bersenjata berada di tangan Raja Hussein yang zalim itu.

Wahai kaum Muslimin! Itu hanyalah sebahagian dari kisah pengkhianatan Raja Hussein Jordan, yang tak sepatutnya dilupakan oleh kita. Tebing Barat diserahkan ke tangan Israel tanpa sedas tembakan pun, tanpa satu letusan senjata pun dan tanpa apa-apa pertentangan kecil sekalipun. Tidak ada perang, tidak ada pertempuran, yang ada hanyalah sebuah pengkhianatan oleh seorang pemimpin kaum Muslimin. Raja Hussein telah menyerahkan Tebing Barat Sungai Jordan (yang di dalamnya terdapat Masjidil Aqsa) ke tangan Yahudi la’natullah! Dari sini, sehingga sekarang musuh Allah ini masih menguasai tanah yang diberkati itu. Tanah yang dahulunya dimasuki oleh kaum Muslimin dengan titisan keringat dan darah, tanah yang dibuka dengan air mata kegembiraan oleh tentera Islam pimpinan Abu Ubaidah Al Jarrah, tanah yang dikembalikan kesuciannya oleh tentera Salahuddin Al Ayubi dengan darah-darah para syuhada’.

Pasukan Pengaman – Satu Lagi Pengkhianatan?

Sejak penghijrahan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke Madinah, bangsa Yahudi merupakan satu bangsa yang terusir dan tiada tempat tinggal, apatah lagi sebuah negara. Bangsa yang dila’nat oleh Allah ini sentiasa membuat kerosakan di muka bumi di dalam usaha mereka mencari tempat tinggal. Mereka akhirnya berjaya menemui tempat kediaman mereka semata-mata kerana pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pemimpin kaum Muslimin sendiri. Rentetan dari pengkhianatan ini, wujudlah sebuah negara haram yang dikenali sebagai Israel, yang kemudiannya disahkan pula oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kufur melalui Resolusi 181 tahun 1948. Bermula dari sini, mereka memperolehi kekuatan dan mula memerangi kaum Muslimin habis-habisan. ’Bantuan’ yang diberikan oleh para pengkhianat dari kalangan pemimpin kaum Muslimin telah memudahkan lagi urusan mereka.

Terbaru, kebaculan dan pengkhianatan para pemimpin kaum Muslimin sekali lagi terlihat dengan serangan selama 34 hari yang telah dilakukan ke atas Lebanon. Tidak ada satu negara umat Islam pun yang menghulurkan walau sekecil bantuan sekalipun untuk menyelamatkan Lebanon. Setelah serangan dihentikan, maka barulah muncul ’hero-hero’ dari kalangan pemimpin kaum Muslimin yang pergi melawat (dan melancong) ke Lebanon bagi (kononnya) menyaksikan penderitaan rakyat Lebanon. Hero-hero ini menyeru dan melaungkan kepada dunia dengan pelbagai ’kata-kata hebat’ bagi menunujukkan ’semangat kepahlawanan’ mereka. Masing-masing berebut untuk menunjukkan kepada kaum Muslimin bahawa merekalah penyelamat umat Islam. ”Negara-negara Islam mempunyai kewajipan untuk menyumbangkan anggota tentera dalam pasukan pengaman di Lebanon…..Kita tidak boleh melupakan kewajipan sejarah kita. Kita tidak boleh mengetepikan keperluan untuk melindungi keamanan yang sedia ada….., Negara-negara Islam tidak boleh mendiamkan diri, sebaliknya perlu menyumbangkan pasukan tentera bagi mengurangkan ketidakstabilan dan menghentikan pertempuran di rantau itu”. Inilah di antara kata-kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan [UM 05/09/06]. Dalam pada itu, Qatar juga turut berikrar akan menyumbangkan antara 200 hingga 300 orang askar untuk pasukan pengaman PBB di Lebanon. Dengan ikrar itu, Qatar muncul sebagai negara Arab pertama untuk menyumbangkan askar untuk pasukan pengaman Lebanon [UM 05/09/06].

Wahai kaum Muslimin! Kita semua mengetahui bahawa peperangan sudah berhenti. Kenapa puluhan ribu tentera samada dari negara-negara umat Islam atau negara bukan Islam dihantar pada waktu ini? Kenapa pasukan tentera tidak dihantar di saat peperangan sedang berlangsung? Kenapa pasukan tentera tidak dikerah di saat tentera Israel membedil dan mengebom kaum Muslimin Lebanon? Kenapa tiada bantuan dari pemimpin kaum Muslimin di saat darah umat Islam membasahi bumi Lebanon? Itulah saat yang rakyat Lebanon betul-betul memerlukan pertolongan! Itulah saat yang Allah benar-benar memerintahkan kepada para pemimpin kaum Muslimin untuk membantu saudara-saudara mereka. Itulah saat jihad sepatutnya (wajib) dilancarkan demi untuk menghapuskan musuh Allah dan musuh kita semua, si Yahudi la’natullah! Wahai para pemilik kekuasaan! Kenapa kalian mengkhianati kaum Muslimin dengan membiarkan mereka dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh Yahudi, tanpa mengutus satu pasukan tentera pun ketika itu? Kenapa kalian mengkhianati perintah Allah dan RasulNya?

Sekarang dunia Islam sibuk untuk menghantar pasukan pengaman ke Lebanon. Persoalannya, keamanan siapakah yang akan mereka jaga? Keamanan Lebanon atau keamanan Israel? Kita semua mengetahui bahawa perang sudah tamat (walau bagaimanapun masih terdapat kemungkinan serangan oleh Israel pada bila-bila masa). Israel memang mempunyai motif yang tersendiri dengan perang mereka ke atas Lebanon. Selama ini mereka disibukkan dengan pertempuran/serangan yang tak putus-putus samada oleh Hamas atau Hizbullah. Tidak sedikit dari jumlah tentera mereka yang terkorban serta kemusnahan peralatan dan kenderaan perang yang mereka alami. Justeru dengan perancangan pembunuhan ke atas Rafiq Hariri dan kemudian pengunduran tentera Syria dari Lebanon, seterusnya memberi laluan mudah untuk mereka melumpuhkan Hizbullah, satu-satunya ancaman yang tinggal.

Setelah berpuas hati dapat membantai umat Islam dan melumpuhkan Hizbullah, maka pancing mereka terus mengena dengan PBB mengrimkan pasukan pengamannya. Apa tidaknya, Israel cukup-cukup yakin bahawa pasukan pengaman PBB yang dihantar ’gerenti’ akan dihantar ke sempadan Lebanon (bukan sempadan Israel) dan pasukan inilah yang akan memastikan Hizbullah tidak akan menyerang Israel lagi. Dengan itu, mereka dapat ’hidup’ selesa dan dapat meneruskan agenda mereka dengan lebih efektif tanpa perlu risau akan serangan Hizbullah. Jika berlaku serangan sekalipun, tentu pasukan Hizbullah terpaksa berhadapan dengan pasukan pengaman PBB terlebih dahulu. Israel juga cukup-cukup yakin bahawa jika mereka menyerang Hizbullah/Lebanon sekali lagi, pasukan pengaman ’gerenti’ tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tahu bahawa pasukan pengaman dari negara-negara Eropah akan menyokong mereka dan pasukan pengaman dari negara-negara kaum Muslimin tetap tidak akan campurtangan atau bersatu!

Wahai kaum Muslimin! Kewajipan kita membantu saudara kita adalah berdasarkan perintah Allah dan RasulNya semata-mata, bukan berdasarkan semangat ’keamanan sejagat’, apatah lagi berdasarkan arahan dari Israel atau PBB. Suatu masa pemimpin kita pernah melahirkan rasa kecewa dengan PBB kerana gagal menjalankan fungsinya (dalam kes Lebanon), tetapi pada masa yang sama mereka bergantung harapan kepada PBB sebagai penyelemat umat Islam!? Apakah kalian tidak sedar bahawa PBB hanyalah sebuah organisasi kafir pembunuh umat Islam yang dikawal sepenuhnya oleh musuh Allah dan musuh kita, Amerika Syarikat dan sekutunya? Kenapakah kalian sanggup bernaung dan merasa bangga berada di bawah naungan PBB? Sungguh hairan dengan pemimpin kaum Muslimin, perintah Allah diketepikan, perintah Rasulullah dilanggari, perintah PBB dipatuhi! Insaflah kalian yang memegang kekuasaan, bertaqwalah kalian kepada Allah dan takutlah kalian akan azabNya yang amat pedih!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Fikirkanlah oleh kalian bahawa adakah penghantaran pasukan pengaman ini merupakan perintah Allah kepada kalian (atau perintah taghut)?. Fikirkanlah oleh kalian tentang hukum menghantar pasukan pengaman yang bernaung di bawah panji-panji PBB! Jika berlaku serangan dan mereka terkorban di sana – apakah mati mereka mati syahid, walhal mereka berada di sana di bawah perintah PBB, bukannya perintah Allah? Mereka mati kerana menjaga keamanan dunia, bukan kerana meninggikan kalimah Allah? Syahidkah mereka? Manakah yang lebih mulia antara menghantar pasukan tentera untuk membebaskan Masjidil Aqsa atau mengamankan Israel? Demi Allah! Para pemimpin umat Islam wajib menghantar pasukan tentera untuk menyelamatkan umat Islam dari kekejaman kaum kuffar, untuk membebaskan tanah-tanah umat Islam yang ditakluki kuffar, untuk menyatukan keseluruhan negeri Islam di bawah satu payung pemerintahan, Daulah Khilafah, bukannya untuk menyelamatkan Israel! Inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada semua umat Islam, khasnya kepada mereka yang memegang kekuasaan!

Wahai kaum Muslimin! Kenapakah para pemimpin umat Islam ini mengiktiraf dan menjaga kewujudan institusi Yahudi la’natullah, walhal mereka ini adalah musuh kita yang nyata. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjanjikan kepada kita bahawa kaum Yahudi akan dihapuskan, mereka akan dibunuh oleh umat Islam sehingga tidak ada yang tersisa. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

”Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, kemudian kaum Muslimin memerangi mereka hingga akhirnya orang-orang Yahudi (lari) berlindung di balik batu dan pepohonan, lalu batu dan pepohonan itu berkata, ’Wahai kaum Muslimin, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi bersembunyi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon gharqad, kerana pohon ini adalah pohon Yahudi”
[HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah ra].

Sesungguhnya janji Rasulullah pasti akan datang. Kehancuran Yahudi pasti akan tiba tidak lama lagi, walau mereka dikelilingi oleh berapa ramai pasukan pengaman PBB sekalipun. Jika pemimpin yang ada sekarang tidak menyahut seruan Allah dan Rasul untuk menghapuskan Yahudi, maka satu-satunya institusi politik umat Islam yang akan melenyapkan mereka dari bumi Allah ini adalah Daulah Khilafah. Khilafah yang akan tegak nanti dengan izin Allah, akan melancarkan jihad ke atas kaum Yahudi la’natullah sehingga bumi Palestin yang mereka rampas itu akan menjadi tempat mereka diazabkan dan Masjidil Aqsa akan kembali ke tangan kaum Muslimin dan akan memancarkan kesucian dan keberkatannya ke seluruh dunia. InsyaAllah.