SN217 – MALAYSIA OH MALAYSIA!
[SN217] Sejak dibentangkan di Parlimen pada 17 Mac yang lepas oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu Malaysia-Israel melayang-layang ke sana ke mari. Dua puak politikus negara yang sedang bertelagah masing-masing mengeluarkan hujah membukti dan menafikan antara satu sama lain. Bermula dengan dakwaan Anwar bahawa konsep ‘1Malaysia’ diilhamkan atas nasihat firma perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang memiliki kesamaan dengan konsep ‘One Israel’ untuk memulih semula kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM Malaysia ke-enam sekaligus keyakinan rakyat Malaysia kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Kemudian timbul pula serang balas terhadap dakwaan itu yang mengaitkan hubungan Anwar dengan beberapa individu penting dalam Apco termasuk bekas ahli Kongres Amerika Syarikat, Stephen J. Solarz, Sergio Marchi dan Lalit Mansingh.
Muttakhir, isu yang membabitkan hubungan dengan Israel (Zionis) adalah dakwaan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung slogan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ‘PAS4All’ dikatakan meniru ‘Israel4All’. Dalam perkembangan terbabit, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan bahawa slogan itu hampir menyamai slogan dan logo yang dikatakan menggalakkan industri pelancongan Israel, namun Mahfuz menegaskan ia bukan suatu usaha ciplak bahkan mempunyai perbezaan di antara keduanya [UM 23/04/10]. Begitulah senario politik jatuh-menjatuh yang dapat kita saksikan sejak lebih sepurnama yang lalu di bumi Malaysia ini. Apabila dikaitkan dengan Israel, masing-masing pihak terus gelabah dan melatah dan cuba menafikannya sedaya mungkin. Masing-masing nampaknya begitu takut dikutuk rakyat dek ‘badi’ yang sentiasa terlekat dengan bangsa terlaknat itu. Memanglah suatu yang amat mengaibkan bahkan boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin Islam apabila ia dipalitkan dengan negara haram jadah itu. Persoalannya, benarkah dan sejauh manakah keterkaitan Malaysia dengan Israel?
Malaysia-Israel: Kembar Tak Seiras?
Sejak dahulu lagi, Yahudi adalah bangsa yang terkenal jahat dan khianat. Mereka telah beberapa kali mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasulullah sehingga mereka dihalau oleh Rasul SAW dari bumi Madinah dan sekitarnya. Bangsa terlaknat ini seterusnya membawa diri beramai-ramai ke Utara (Syam). Khalifah Umar Al-Khattab ra juga pernah menghalau makhluk terkutuk ini dari bumi Syam yang menyebabkan mereka merempat di serata dunia. Di mana sahaja mereka bertempat tinggal, mereka akan menimbulkan kekacauan sehingga mereka terus dihalau dan dihalau. Akhirnya muncullah seorang tokoh dan pemikir mereka yang bernama Theodore Herzl (1860-1904) yang berhasrat ingin menubuhkan sebuah negara bagi bangsa terhalau ini, lalu dia memilih Palestin sebagai sasaran. Dialah pengasas kepada gerakan Zionis dan usaha si Yahudi ini telah mendapat perhatian dan pembelaan serta pertolongan padu dari British si Nasrani. Ringkasnya, Britishlah negara yang telah membidani kelahiran Israel setelah mereka menghadiahkan ‘kemerdekaan’ kepada negara haram itu di bawah mandat PBB tepatnya pada 14 Mei 1948. Sejak lahir sehinggalah Israel ‘membesar’, Britishlah yang mengasuh dan menjaga anak haram ini, yang kini ‘dijaga’ pula oleh Amerika Syarikat.
Umum mengetahui bahawa Malaysia berada di bawah penjajahan British selama lebih 150 tahun sejak mula kemasukan negara kuffar itu ke Tanah Melayu pada 1796. Secara rasminya perundangan kufur British mula bertapak di bumi kita ini dengan pengenalan ‘the Royal Charter of Justice’ pada tahun 1807 dan sejak itu hingga kini, tunjang kepada sistem pemerintahan dan undang-undang di Malaysia adalah berasaskan dari apa yang telah ditanam dan diajar oleh kuffar penjajah ini. British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 setelah golongan kuffar itu meyakini bahawa pemimpin Tanah Melayu pada waktu itu hinggalah kepada generasi-generasi selepasnya akan terus berpegang teguh dengan sistem dan undang-undang kufur yang mereka bawa. Jika pada tahun 1948 British telah berjaya melahirkan Israel dengan ‘baik’ mengikut acuannya, pada 1957 pula British telah berjaya melahirkan Malaysia (Tanah Melayu) mengikut acuan yang sama. Tidak berhenti setakat ‘melahirkan’ Malaysia, British turut menganugerahkan pula sebuah sistem pemerintahan untuk di‘imani’ oleh pemimpin dan rakyat negara ini yakni sebuah pemerintahan yang bergelar demokrasi! Inilah pemerintahan yang ‘diredhai’ oleh kaum Nasrani dan Yahudi tersebut! Justeru, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Israel dan Malaysia adalah ibarat dua kembar yang lahir dari ‘rahim’ yang sama, walaupun tidak seiras.
Seperti kebanyakan negara-bangsa lain di dunia yang mengamalkan demokrasi, Israel mengamalkan konsep pemerintahan demokrasi berparlimen (parliamentary democracy). Negara haram yang majoriti penduduk berbangsa Yahudi itu turut mengamalkan konsep Trias Politica di mana wujudnya tiga bidang kuasa berasingan iaitu Legislatif, Eksekutif dan Judikatif. Badan legislatif Israel dikenali sebagai Knesset yang berkuasa untuk menggubal undang-undang, menasihati para pemimpin dan jentera pentadbiran serta memiliki hak memecat Presiden mahupun Pengawas Negara (State Comptroller). Kedudukan Knesset adalah sama seperti dewan-dewan legislatif negara demokrasi berparlimen lainnya termasuk Malaysia di mana di situlah undang-undang dibahaskan, digubal dan dipinda sesuka hati asalkan mendapat kelulusan majoriti. Knesset diwakili oleh 120 orang wakil yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya yang dijalankan lebih kurang empat tahun sekali. Setiap wakil mewakili parti politik membentuk badan legislatif. Cuba kita tepuk dada dan tanya iman, apakah konsep pemerintahan di atas berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia? Dan persoalan seterusnya untuk difikirkan dengan mendalam dan penuh keimanan, apakah jika parti pembangkang yang memerintah Malaysia, maka sistem tersebut akan berubah?
Dari sudut ekonomi, Israel, sebagaimana sekutunya Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpaksikan ekonomi Kapitalisme. Dalam sistem ekonomi Kapitalis, dua polisi asas kepada perekonomian adalah wang (monetary policy) dan fiskal (fiscal policy). Monetary policy adalah mekanisma yang menjadi pengawal kepada kadar riba sama ada ingin ditinggi atau direndahkan, mengawal inflasi melalui penetapan kadar pinjaman asas (Base Lending Rate, BLR) dan merupakan mekanisme ribawi yang utama bagi mengawal pengedaran wang dalam pasaran. Riba (interest/faedah) menjadi asas kepada polisi ini di mana tanpa riba, maka seolah-olah tiadalah ekonomi Kapitalis. Manakala polisi fiskal pula berdiri atas pasar modal. Ia berkait rapat dengan pendapatan negara melalui pungutan cukai serta pasaran saham yang bersifat spekulatif. Ini bermakna polisi fiskal dalam ekonomi kapitalisme adalah mekanisma percukaian dan perjudian. Pertumbuhan ekonomi Kapitalis hanya diukur dengan angka-angka tanpa melihat masalah manusia secara individu. Jika baiklah angka-angka tersebut, maka baiklah taraf perekonomian negara tersebut dan sebaliknya. Inilah ukuran Kapitalis. Contohnya, menurut perangkaan tahun 2009 yang dikeluarkan oleh International Monetary Fund (IMF), Israel menduduki tempat ke-49 dalam senarai GDP dunia dengan memperoleh USD194,825 juta dengan pendapatan perkapita USD26,797. Manakala Malaysia menduduki tangga ke-41 dengan memperolehi GDP sebanyak USD191,463 juta dengan pendapatan perkapita USD6,897. Untuk mencapai kesejahteraan ekonomi, maka setiap negara mesti berlumba-lumba untuk menaikkan GDP atau pendapatan per kapita masing-masing. Inilah yang penting bagi negara Kapitalis -menaikkan angka- walaupun hakikatnya masih ramai individu rakyat yang miskin dan menderita dalam negara tersebut.
Tanpa perlu menjerumuskan diri dengan angka-angka ekonomi di atas, orang yang mempunyai pemikiran yang sederhana sekalipun boleh mengetahui bahawa sistem ekonomi yang diamalkan oleh Israel adalah sama sahaja dengan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia yakni sistem ekonomi Kapitalis. Apa yang berbeza hanyalah dari aspek statistik, nombor-nombor dan peratusan-peratusannya sahaja, namun dari segi ‘ajaran’nya sama sahaja yakni dicedok dari ajaran si kafir Adam Smith, David Ricardo dan kawan-kawan seangkatan mereka. Riba, judi, arak, saham, pelacuran dan sebagainya adalah amalan biasa yang ‘sah’ dalam sebuah negara kufur Kapitalis yang boleh meningkatkan jumlah GDP masing-masing. Jadi, ada bezakah sistem ekonomi Malaysia dan Israel? Hanya orang yang buta hatinya sahaja yang akan menafikan persamaan di antara keduanya.
Benarkah Malaysia Tak Masuk Lubang Biawak?
Dalam pada masing-masing pihak cuba menafikan tuduhan pihak lawan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan Israel, satu perkara yang pasti yang tidak boleh dinafikan semua pihak adalah firman Allah bahawa,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha (senang) kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].
Persoalan sekarang yang perlu kita jawab adalah, adakah wujud golongan ini yakni golongan (dari umat Islam) yang sangat disenangi oleh Yahudi dan Nasrani? Yang pasti, kaum Yahudi dan Nasrani amat menyenangi pemimpin dan juga umat Islam yang sepemikiran dengan mereka atau yang mengikut telunjuk mereka. Perdana Menteri Malaysia adalah antara orang yang amat disenangi oleh Amerika sehingga mendapat ‘keistimewaan’ luarbiasa apabila dijemput dan dapat berbincang empat mata serta berjabat tangan dengan Obama semasa Sidang Kemuncak Nuklear baru-baru ini. Mana-mana pemimpin atau gerakan Islam yang memperjuangkan demokrasi adalah golongan yang sangat-sangat disenangi oleh Amerika dan Isreal, malah kedua negara syaitan ini sangat mendokong siapa sahaja yang berjuang atas tiket demokrasi. Sebaliknya, kedua-dua negara ini dan banyak lagi negara kuffar lainnya sangat marah, membenci dan memerangi para pejuang yang ingin menegakkan Daulah Khilafah. Buktinya ada di hadapan mata. Justeru, kita sesungguhnya dapat mengenali siapakah pengikut Yahudi dan Nasara dengan mengenali ‘siapakah’ orang/gerakan yang disenangi oleh kedua golongan sesat dan dimurkai Allah ini!
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?’ Nabi SAW menjawab, ‘Siapa lagi kalau bukan mereka” [HR Muslim].
Dalam hadis ini, Rasulullah telah memberi gambaran yang jelas bahawa akan ada sebahagian dari umat Islam yang akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Mengikut ‘jejak langkah’ di sini bermaksud mengikut betul-betul apa yang telah dilakukan oleh kedua golongan kuffar tersebut, sehingga Rasulullah menegaskan lagi bahawa jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, pasti ada umat Islam yang mengikutinya.
Sesungguhnya kita telah menyaksikan pada hari ini bahawa apa yang disabdakan oleh Junjungan kita lebih 1300 tahun dahulu itu telah menjadi kenyataan. Sebahagian dari umat Islam telah dan sedang mengikuti cara hidup Yahudi dan Nasrani. Umat Islam telah hancur kehidupan sosial dan kekeluargaan mereka kerana mengikuti Yahudi dan Nasrani. Umat Islam telah mengikuti sistem pemerintahan (demokrasi) dan undang-undang Yahudi dan Nasrani. Sistem ekonomi Kapitalisme yang diamalkan oleh umat Islam adalah berasal dari mereka. Konsep pergaulan bebas, hiburan, liberalisme, pluralisme, hak asasi manusia, feminisme, sekularisme dan banyak lagi, kesemua konsep kufur ini telah diterimapakai dan diamalkan oleh umat Islam. Ringkasnya, mabda’ (ideologi) atau cara hidup yang digunapakai oleh umat Islam pada hari ini adalah yang disadur dari dua kumpulan manusia kufur ini dan bukan lagi bersumber dari wahyu. Kaum Yahudi dan Nasrani merupakan kaum yang mengubah ketentuan wahyu dan inilah yang kini diikuti oleh pemimpin dan sebahagian umat Islam!
Seperti yang dinyatakan di atas, secara nyatanya Malaysia tidak berbeza dengan Israel yang termasuk dalam kategori negara sekular yang menjadikan agama terpisah dari urusan politik dan negara. Urusan agama tidak boleh dicampur, malah tidak dibenarkan untuk dicampur dengan urusan pemerintahan. Undang-undang digubal oleh manusia, tidak kira di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen, dan kesemua undang-undang yang digubal itu bertentangan dengan wahyu! Baik ahli Dewan Undang Negeri mahupun ahli Parlimen, telah memposisikan diri mereka sebagai ‘Pembuat Undang-undang’, satu posisi yang sesungguhnya hanyalah milik Allah SWT semata-mata! Sampai bilakah pemimpin dan sebahagian dari umat Islam ini akan terus merubah ketentuan wahyu sebagaimana Yahudi dan Nasrani telah merubahnya?
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Apalah ertinya menuduh dan mengaitkan si polan dan si polan dengan Israel tetapi pada masa yang sama orang yang mengatakannya ibarat mengata dulang paku serpih. Kaum Muslimin seluruhnya wajib keluar dari keadaan ini. Memperjuangkan cara hidup, sistem pemerintahan, ekonomi, undang-undang, hadharah (peradaban) dan sebagainya yang datangnya dari Barat, secara jelas akan menjadikan seorang Muslim itu mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani sebagaimana yang Rasulullah telah sebutkan dalam hadis baginda. Mewujudkan hubungan fizikal dengan negara Israel atau syarikat dari Israel atau sejenisnya memanglah suatu yang amat keji. Namun ada yang lebih keji dan jijik dari itu, iaitu apabila umat Islam itu mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani satu per satu sehinggalah umat Islam itu terperangkap dan menjadi sebahagian dari mereka. Saudaraku, takutlah akan firman Allah apabila Dia menyeru kalian,
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana sebahagian mereka menjadi teman rapat kepada sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):51].
Na’uzubillah min zalik.