SN229 – YA ALLAH! DEMI RAMADHAN YANG MULIA INI, ENGKAU HANCURKANLAH …

SN Keluaran 27 Ogos 2010
 
alt

YA ALLAH! DEMI RAMADHAN YANG MULIA INI, ENGKAU HANCURKANLAH PEMIMPIN YANG JAHAT DAN BERILAH KEMENANGAN KEPADA PEJUANG AGAMAMU
 

 

[SN229] Tatkala kita diuji oleh Allah SWT dengan sedikit kelaparan dan dahaga di bulan Ramadhan yang mulia ini, sedarkah bahawa sebahagian dari saudara-saudara kita di seluruh dunia menerima ujian yang jauh lebih hebat dari kita? Di Pakistan sebagai contoh, banjir besar yang melanda negara itu telah meranapkan ribuan rumah, tanaman, kenderaan dan harta-benda lainnya. Ribuan nyawa juga telah terkorban dan jutaan yang lain sedang menanggung pelbagai penderitaan akibat kekurangan air bersih serta makanan, ubat-ubatan, wabak penyakit dan pelbagai lagi. Namun para pemimpin Pakistan masih berada dalam keadaan serba mewah, malah mereka kini sedang bertelagah sesama sendiri untuk mengagihkan dana bantuan dari luar yang mencecah USD500 juta, sedangkan dalam masa yang sama ratusan ribu rakyatnya masih tidak menerima sebarang bantuan. Sungguh, derita umat ini tidak pernah berhenti, malah bertambah parah dari hari ke hari akibat tindakan para pemimpin mereka yang rakus dan penuh kejahatan.

Di samping Pakistan, begitulah juga dengan para pemimpin umat Islam di negara-negara bergolak lainnya seperti Palestin, Iraq, Kashmir, Afghanistan dan lain-lain. Para pemimpin yang ada hanyalah hamba kepada Amerika, ketundukan dan kepatuhan mereka hanyalah kepada Amerika, malah mereka hidup hanyalah untuk berkhidmat kepada kuffar Amerika dan untuk memuaskan hawa nafsu syaitan mereka. Para pemimpin jahat ini sudah tidak lagi takutkan Allah seolah-olah mereka tidak akan berjumpa denganNya suatu hari nanti. Selain itu, umat Islam yang tinggal di negara yang nampak ‘aman’ pun, hakikatnya tidak ada lagi keamanan di situ kerana kejahatan dan kezaliman melampau para pemimpin yang memerintah. Umat Islam, khususnya para pengembang dakwah yang tinggal di Mesir, Arab Saudi, Turki, Algeria, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain sudah tidak lagi dapat hidup dengan aman di negara sendiri di bawah pemerintahan para pemimpin yang mengaku beragama Islam. Sudah berapa ramai para pejuang agama Allah yang ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa dengan kejam sehingga ada yang syahid di dalamnya. Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Tidak lain hanya kerana mereka memuhasabah pemerintah yang zalim ini agar menerapkan Islam, maka ‘balasan’ bagi mereka adalah penjara dan seksaan.

Sesungguhnya kalian wahai saudaraku, kalian mengetahui akan hakikat kejahatan penguasa yang menangkap dan memenjarakan para pengembang dakwah ini. Namun lebih ramai dari kalian memilih untuk berpeluk tubuh dan berdiam diri menyaksikan ini semua. Demi Allah! Sesungguhnya haram untuk kalian berdiam diri menyaksikan kezaliman penguasa. Kalian hendaklah bangkit dan berjuang menghadapi mereka dan kalian wajib menukar rejim yang jahat yang tidak menerapkan Islam ini kepada sebuah Daulah Khilafah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Sesungguhnya kewajipan ini terpikul di bahu kalian dan kalian berkuasa melakukan perubahan jika kalian mahu. Pilihan ada di tangan kalian sama ada untuk meraih kemuliaan dengan berjuang menegakkan agama Allah, atau terus kekal hina dalam noda dan dosa kerana berdiam diri dengan segala kekufuran dan kejahatan yang berlaku sekarang akibat tidak diterapkan hukum Islam oleh para pemimpin sekular yang ada. Hizbut Tahrir tidak dapat merubah keadaan kalian, namun kami senantiasa mengingatkan kalian agar berubah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan kalian kecuali kalian sendirilah yang merubahnya. Kepada Allah kami memohon agar diberi kekuatan kepada kami di dalam perjuangan kami menegakkan agamaNya ini dan kepada Allah kami memohon agar diberi kekuatan kepada setiap pejuang agamaNya, khususnya dalam menghadapi para penguasa yang zalim hari ini. Dalam usaha kami menyedarkan umat Islam untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang dizalimi oleh penguasa di seluruh dunia, kami dengan ini memaparkan salah satu warkah yang kami terima dari pejuang Khilafah yang berada di Tajikistan dan kami menyeru kepada kalian wahai kaum Muslimin! Bangkitlah dari lena kalian dan bersegeralah menuju medan perjuangan demi menegakkan agama Allah dan seterusnya membebaskan saudara-saudara kita yang menderita di seluruh dunia.

Hizbut Tahrir Adalah Parti Politik Dan Para Syabab Yang Ditangkap Oleh Pemerintah Tajikistan Adalah Tahanan Politik

Bismillahirahmanirrahim

Sesungguhnya Hizbut Tahrir adalah parti politik yang ditegakkan atas firman Allah SWT,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang munkar. Dan merekalah orang-orang yang beruntung” [TMQ Ali Imran (3):104].

Matlamat Hizbut Tahrir adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah Islamiyyah Ar-Rasyidah ‘Ala Minhaj Nubuwwah. Hizb telah menetapkan thariqah (jalan) dalam perjuangannya iaitu dengan mengikuti thariqah Rasulullah SAW dalam meraih kekuasaan dan Hizb tidak akan menyimpang daripadanya walau sedikit pun. Aktiviti-aktiviti Hizb hanya terhad kepada melakukan penggulatan pemikiran dan perjuangan politik dan ia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal (kekerasan) kerana aktiviti kekerasan adalah menyalahi thariqah Rasulullah SAW dalam meraih pemerintahan.

Hizbut Tahrir merupakan parti politik internasional yang bergerak di hampir 50 buah negara. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sejak Hizb ditubuhkan  pada tahun 1953 merupakan bukti nyata bahawa Hizb tidak sedikit pun keluar daripada thariqahnya. Hizbut Tahrir di Tajikistan juga mengikuti thariqah tersebut dan akan terus menerus melakukan penggulatan pemikiran dan perjuangan politik sehinggalah sampai kepada matlamatnya. Hizbut Tahrir di Tajikistan ingin mengingatkan bahawa Hizb adalah parti politik dan para syabab (pemuda)nya yang ditangkap oleh pemerintah Tajikistan adalah tahanan politik. Mereka ditangkap dan diseksa hanya kerana mereka berpegang teguh kepada akidah Islam mereka. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Hizb di Tajikistan sejak 15 tahun yang lalu (yang tidak pernah terlibat dengan kekerasan) merupakan bukti yang jelas terhadap apa yang kami perkatakan.

Disebabkan kejahatan rejim pemerintahan Tajikistan, mereka telah memperlakukan para syabab Hizb yang ikhlas ini, yang juga merupakan putera-putera umat dan putera bumi ini dengan mengenakan penindasan serta seksaan yang kejam sejak tahun 1999 sehinggalah sekarang. Presiden Rahmanov dan konco-konconya didukung secara langsung ataupun tidak langsung oleh para ulama yang telah menjual agama mereka dengan dunia ini. Media-media di dalam dan di luar negara seperti Radio Azadi, BBC, akhbar Al-Millah dan lain-lain serta organisasi yang disebut sebagai pemelihara hak asasi manusia (HAM) seperti ‘Organisasi HAM’ dan ‘Wakil PBB’ di Tajikistan, kesemuanya telah membantu orang-orang yang zalim itu dalam melakukan jenayah melalui sikap mereka yang berdiam diri dan tidak mengambil peduli.

Syabab Hizbut Tahrir yang ikhlas dizalimi, diseksa dan ditahan bertahun-tahun lamanya hanya disebabkan oleh pemikiran dan akidah Islam yang mereka miliki. Yang menghairankan, para hakim, para pendakwaraya, para peguam dan para pembela HAM,  pihak media massa dan masyarakat kesemuanya mengetahui bahawa tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas syabab Hizb hanyalah tuduhan palsu yang tidak berasas dan direka-reka, tetapi mereka hanya berdiam diam tidak melakukan apa-apa. Sejak 10 tahun yang lalu, lebih daripada 300 orang syabab Hizbut Tahrir telah dipenjarakan selama bertahun-tahun dan mereka telah meringkuk dengan tempoh yang lama dalam tahanan. Dalam tempoh tersebut, lebih daripada 10 orang syabab Hizb telah syahid di balik tembok keselamatan dan penjara di negara ini. Dan hari ini, hampir 300 orang syabab Hizb baik lelaki mahupun wanita sedang menghabiskan tempoh tahanan mereka hanya disebabkan oleh pemikiran dan akidah Islam yang mereka perjuangkan. Semoga Allah memberi mereka kesabaran dan ganjaran yang terbaik.

Terhadap Presiden Rahmanov dan konco-konco penjenayahnya, kami ingin memberi amaran bahawa setiap individu, kumpulan atau negara yang memerangi Islam dan para pendakwahnya akan pasti diminta pertanggungjawaban atas tindakan mereka di hadapan Khalifah ar-Rasyidah yang akan datang dengan izin Allah serta akan diberi balasan yang setimpal sesuai dengan ketentuan syarak. Sesungguhnya Rasul SAW (ketika Fathul Makkah) pernah memerintahkan agar dibunuh orang-orang seperti ini, meskipun mereka bergantung pada kain kelambu Ka’bah. Malah, pada Hari Pembalasan (Kiamat), mereka akan menerima seksaan yang teramat pedih. Hendaklah mereka menghentikan kejahatan dan jenayah mereka sebelum terlambat, dan mohonlah keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Mudah-mudahan ada salah seorang daripada orang-orang yang mereka zalimi itu sudi memberi keselamatan ke atas diri mereka di hari Kiamat kelak.

Di bawah ini adalah senarai (nama) syabab Hizbut Tahrir yang sedang menderita di dalam penjara Tajikistan. Kami paparkan agar umat Islam mengetahui siapakah wira mereka, agar mereka bangkit dan bertindak ke atas orang-orang yang zalim tersebut. Kami ingin mengingatkan kepada si Presiden dan rakan-rakan penjahatnya itu agar mereka tahu bahawa segala seksaan dan tahanan yang dikenakan itu tidak akan sekali-kali menghapus atau memutuskan usaha dakwah anggota-anggota Hizb. Sudah berapa ramai anggota Hizb yang meringkuk bertahun-tahun lamanya dalam penjara kerana ditangkap berkali-kali, namun mereka tetap teguh meneruskan usaha dakwah mereka bersama Hizb.

Wahai kaum Muslimin! Kami paparkan nama-nama ini kepada kalian agar di hadapan Allah kelak, kalian tidak memiliki hujah kenapa kalian berdiam diri terhadap penguasa-penguasa yang zalim. Kami ingin mengingatkan putera-putera Islam yang ikhlas terhadap sabda Rasul SAW,

“Dan (hendaklah) kalian mencegah tangan orang yang zalim, dan kalian meluruskannya atas kebenaran dan kekal di atas kebenaran, atau Allah menjadikan hati sebahagian daripada kalian bermusuhan dengan sebahagian yang lain. Kemudian Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka (orang-orang yang zalim itu)”.

Kami juga ingin mengingatkan kalian dengan sabda Rasul SAW,

“Jika engkau melihat umatku takut untuk memanggil orang zalim dengan mengatakan kepadanya ‘kamu zalim’, maka sungguh dia (orang yang takut itu) telah terpisah dari mereka (umat Islam)”.

Sesungguhnya syabab (para pemuda) dan syabat (para pemudi) Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah untuk meneladani Rasulullah yang mulia, sepertimana yang dinyatakan di dalam hadis ketika kaum Quraisy ingin menjauhkan Rasulullah dari Baitul Haram, baginda lalu bersabda,

“Demi Allah, aku akan terus bersungguh-sungguh memperjuangkan sesuatu yang dengannya Allah telah mengutusku, sehingga Allah memberi kemenangan atau aku binasa”.

Sesungguhnya kami yakin kepada janji Allah,

“Janji Allah, Allah tidak akan mengingkari janjiNya. Akan tetapi ramai manusia yang tidak mengetahui”
[TMQ ar-Rum (30):6].

“Allah telah menetapkan,’Aku dan Rasul-rasulKu pasti menang’. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa” [TMQ al-Mujadalah (58):21].

Berikut adalah senarai syabab Hizbut Tahrir yang sedang dizalimi dalam penjara Tajikistan ketika ini:-

1. Shariiova Nasseibah 2. Rahmanova Dellnarah 3. Colmatova Saadat  4. Ohrarov Shohrat 5. Jamshed Ohrarov 6. Abdakadirov Maqsood 7. Zinedine Abdalohabov 8. Abdalkhalqov Ahmadjan 9. Abdalnzerov Mizrab 10. Abdrahimov Ghaffar 11. Abdrahmanov Akmal 12. Abdrahmanov Juma Bai 13. Abdahamidov Saber 14. Aoazov Mansorjan 15. Azimov Murat Devlet 16. Alakbarov Akmal 17. Aliyuv Sharif Allah 18. Alimov Mubeen 19. Ali Sher 20. Onorov Mirzatahir 21. Ohdjan 22. Akhmedov Azam 23. Asrafov Anwar 24. Achorauv Baharuddin 25. Bykov Shams al-Din 26. Berdieov Bakhtiyar 27. Babaiov Islam 28. Babaiov Esmatullah 29. Papakhanov Salam 30. Babajanov Naseem 31. Babaganov Nemat Jan 32. Baitov Shukar Ali 33. Wahabov Azmat 34. Wahidov Mohammed 35. Gafoorov Abdul Malik 36. Ghaziiov Bahram 37. Ghaziiov Ma’roof 38. Davlatov Mohkam 39. Davlatov Hidayat ullah 40. Dadabaiov Naeem Jan 41. Dadabaiov Noureddine 42. Dadabaiov Jamshed 43. Dadabaiov Sheriff Jan 44. Dadakhugyaov Bakhtiyar 45. Zakirov Ghulam Jan 46. Zahidov Ali Jan 47. Zahidov Azeem 48. Ebadllaeov Mohiuddin 49. Ibraheem 50. Ikramov Hasan 51. Ismailov Ahad 52. Ishakov Abdul Rahim 53. Iischof Bahadur 54. Kalanov Ibrahim 55. Karimov Kamil 56. Kinjaov Shaker 57. Kamilov Fadel 58. Qayyumov Kamal al-Din 59. Kadirov Mukhtar 60. Kadirov Nasrallah 61. Kadirov Aalam 62. Rustam Kadirov 63. Kadirov Shakir 64. Karamirezaiov Erkin 65. Kasimov Firqat 66. Quwwatov Abdulrazzaq 67. Kurbanov Akbar 68. Kurbanov Amrullah 69. Kurbanov Daulatyaar 70. Qozibaiov Sultan 71. Kurbanov Aalam 72. Kurbanov Shawkat 73. Qohqarov Azam 74. Qouchmradov Ojqhornbek 75. Lateefov Ahraar 76. Lateefov Bahadur 77. Madamrv Noureddine 78. Mamadaliyuv Farhad 79. Mamadaliyuv Khairallah 80. Mamatov met 81. Ismail Mamedov Baig 82. Mamedov locked Baig 83. Mansurov Raoshan 84. Mansoor Jan 85. Mahmudov Kamal al-Din 86. Mahmudov Hashim Jan 87. Mirzabaiov Saber 88. Mirzakhanov Mirzabahram 89. Meer Bashayov Ilham 90. Mirkalov Ilham 91. Meer Jamal 92. Muradov Khalek 93. Muradov Ilham 94. Muradov Irali 95. Mustafayov Mamoor 96. M Rahimov Jamaluddin 97. Mohammediyov Fakhr uddin 98. Mohammed Qolov Obaidullah 99. Mohammed Rasool 100. Muminov Juma Nazar 101. Nazarov Qahraman 102. Nazirov Ahrar 103. Nazir Jan 104. Najeemov Sahab 105. Nikmatov Dalerkhan 106. Nikmatov Abdul Wahid 107. Nasirov Syed Kamal 108. Normatov Farhad 109. Noorav Taalib 110. Noorov Himmat 111. Aqilov Qahraman 112. Articov Ahmad Jan 113. Ashilov Abdul Lateef 114. Ashilov Abdul Sattar 115. Ashilov Abdul Samad 116. Barbieov Ikram 117. Biermatov Abdullah 118. Balvanov Kamil Jan 119. Razzakov Abdul Mannan 120. Rahimov Khurshid 121. Rahmatov Abdul Ghaffar 122. Rahmatov Hussain Bhai 123. Rahmanov Saleh 124. Rajab Ali 125. Razkov Abdul Rasoul 126. Rustamov Murad Jan 127. Syed Ahmedov Zakir Khan 128. Saidbekov Naseem 129. Said Farrukh Akhtarov 130. Saidov Qasim 131. Salamov Dilshad 132. Salah uddinov Kamal Khan 133. Sanjinov Aadil 134. Sattarov Akram 135. Sattarov Anwar 136. Saliyuv Zakir 137. Saliyuv Sahab 138. Soanicolov Tersenmurad 139. Sultanov Faizullah 140. Sohrab 141. Tajibaiov Shaukat 142. Tordieov Murad 143. Oolgyaov Israel 144. Umarov Mamedhah 145. Umarov Shohrat 146. Omorov Mohammadi 147. Amorov age 148. Aoreenbaov Ibrahim 149. Aouraqov Majeed 150. Usmanov Rahmat ullah 151. Khalqov Sabit 152. Khalqov Shohrat 153. Khalqov Khair 154. Khalqcolov Sattar 155. Khwajayov Bakhtawar 156. Hajimtov Ismail 157. Hakeemov Meer Said 158. Hakeemov Sultan Bey 159. Hakeem Janov Abdulrazzaq 160. Hafeezo Yusuf Jan 161. Haji Bayov Rustam 162. Jalilov Abdul Rauf 163. Jalilov Daulat 164. Jalilov Daulat 165. Jalilov Majeed 166. Jamaluddinov Abdul Malik 167. Jamshed 168. Sharifov Shohrat 169. Shahi mardanov Ziadullah 170. Ilemradov Hmrah 171. Yunusov Abdul Mannan 172. Yunusov Mansour 173. Sabir Yunusov 174. Yusuf Yunusov 175. Yusufov A Wali 176. Yusufov Jan 177. Yousefjanov Shohrat 178. Yahyaiov Noureddine…Dan lain-lain.

Hizbut Tahrir Tajikistan
21 Sya’ban 1431H
2 Ogos 2010M