SN383 – LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA: MENGUKUHKAN PENJAJAHAN DAN MENCEMARKAN ISLAM

 
SN keluaran 25 April 2014

 

LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA: MENGUKUHKAN PENJAJAHAN DAN MENCEMARKAN ISLAM
 

[SN383] Nampaknya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terus memekakkan telinga dengan bantahan daripada umat Islam terhadap kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia. Musuh Allah ini dilaporkan akan tiba di Kuala Lumpur pada 26hb April nanti dan selain bermesyuarat dengan Najib, dia turut dijadualkan melawat Masjid Negara dan akan memberi ucapan di University Malaya. Joshua Kurlantzick, seorang fellow di US Council on Foreign Relations menjelaskan, dalam lawatannya ke Malaysia, Obama will “highlight the growing strategic and economic relationship”with Malaysia and its “credentials as a moderate, Muslim-majority state and emerging democracy” (Obama akan “mengangkat isu hubungan strategi dan ekonomi yang semakin meningkat” dengan Malaysia dan juga “kelayakan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim yang moderat dan demokrasi yang semakin menyerlah”). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Mustapa Mohamed mengesahkan bahawa sebahagian dari perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat antara Obama-Najib ialah tentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Sebelum ini telah disahkan juga yang presiden negara penjajah itu akan menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia dalam bidang ekonomi, pendidikan dan ketenteraan.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara penjajah atau dalam istilah fikihnya dikenali sebagai negara kafir harbifi’lan (kafir yang sedang memusuhi/memerangi Islam secara nyata) dan Obama adalah ketua negara kafir harbifi’lan ini. Oleh itu, haram untuk menerima kedatangannya ke tanah umat Islam, haram untuk menandatangani apa jua perjanjian dengannya dan haram untuk menjalin apa jua hubungan dengannya. Satu-satunya hubungan yang ada di antara sebuah Negara Islam dan negara kafir harbif’ilan ialah hubungan perang. Satu-satunya perjanjian yang dibolehkan dengan negara kafir harbifi’lan ialah hudnah (perjanjian gencatan senjata) dan satu-satunya sebab untuk membolehkan kita menerima kedatangankafir harbifi’lanke negara kita ialah jika ia masuk untuk mendengar atau mempelajari Islam. Inilah hukum Islam ke atas kafir harbifi’lan.Sebagai sebuah negara penjajah yang memusuhi Islam, sudah pasti kedatangan Barack Obama ialah untuk mengukuhkan lagi penjajahannya ke atas umat Islam. Begitu juga dengan apa jua perjanjian atau persefahaman yang akan dimeterai, sudah pasti ialah untuk kepentingan mereka serta dalam masa yang sama akan mengukuhkan lagi cengkamannya ke atas umat Islam secara umum dan ke atas pemimpin umat Islam secara khusus.

Kita memang marah dan kesal dengan sikap Perdana Menteri Malaysia yang menerima kunjungan Obama. Kita juga dengan ini melahirkan kemarahan dan kekesalan yang tidak terhingga kepada pihak Masjid Negara (dan Universiti Malaya tidak terkecuali) jika mereka akan menerima lawatanObama ke institusi-institusi tersebut. Khusus bagi Masjid Negara, pihak pengurusan masjid tidak seharusnya menerima lawatan pembunuh umat Islam itu ke masjid. Sama ada mereka ditekan oleh pihak atasan atau melakukannya dengan sukarela, pihak pentadbiran masjid tidak seharusnya tunduk kepada pemimpin yang telah melakukan maksiat. Mereka seharusnya menjalankan tugas menjaga masjid dengan amanah, berani dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Masjid adalah tempat suci dan rumah Allah yang di dalamnya disebut nama-nama Allah dan bukannya tempat untuk dikotori dengan masuknya musuh Allah ke situ untuk kepentingan dan propaganda mereka.

Hukum Orang Kafir Memasuki Masjid Secara Umum

Untuk membenarkan orang kafir, apatah lagi kafir harbifi’lan seperti Obama memasuki, masjid, pihak pentadbiran masjid hendaklah mempunyai nas/hujah yang kukuh yang mereka boleh jawab di hadapan Allah nanti, kenapa mereka membenarkan orang-orang kafir tersebut memasuki rumah Allah yang suci itu. Kami dengan ini mengemukakan hujah tentang hukum orang-orang kafir memasuki masjid dan semoga ia bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Sebelum membahas tentang hukum kafir harbifi’lan masuk masjid, akan dijelaskan tentang pandangan para fukaha’ tentang hukum orang kafir secara umum memasuki masjid.

Pertama:Orang kafir boleh masuk masjid, bahkan Masjid al-Haram sekalipun. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi. Hujahnya adalahkerana Nabi SAW pernah menerima delegasi Tsaqif di masjid baginda, sementara mereka masih kafir. Hujah lain adalah‘kenajisan’ mereka sesungguhnya bukanlah najis fizik, melainkan terletak pada keyakinan mereka sehingga sifat kenajisan itu tidak boleh mencemari masjid. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. Kerana itu, janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini”[TMQ at-Taubah (9):28].Mereka menyatakan bahawa maksudnya adalah, “Jika mereka masuk dengan sombong, untuk menguasai atau telanjang (tidak menutup aurat) sebagaimana tradisi mereka pada zaman Jahiliyah.” Jika tidak, maka tidak ada larangan untuk mereka memasukinya (Ibn ‘Abidin, Raddu al-Mukhtar ‘ala ad-Dur al-Mukhtar, Dar al-Fikr, Beirut, 1995, VI/ 691).

Kedua: Mereka boleh masuk masjid dengan izin kaum Muslimin, kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid yang ada di Tanah Haram. Ini pendapat mazhab as-Syafie (Abu Zakariyya an-Nawawi, Raudhatu at-Thaliban wa ‘Umdatu al-Muftin, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., I/281).Dalam salah satu riwayat juga dinyatakan, bahawa Imam Ahmad berpendapat sama. Sebahagian mazhab Hanbali juga sependapat dengan pandangan ini. Ibn Qudamah, dalam kitabnya, Al-Mughni, berpendapat, “Adapun masjid di Tanah Halal, mereka tidak boleh memasukinya, kecuali dengan izin kaum Muslimin….Jika mereka diizinkan untuk memasukinya maka menurut mazhab yang sahih dibolehkan. Sebab, Nabi SAW pernah didatangi delegasi penduduk Thaif (Bani Tsaqif). Baginda pun mempersilakan mereka singgah di masjid, sebelum mereka masuk Islam.”

Said bin al-Musayyab berkata, “Abu Sufyan pernah masuk Masjid Nabawi saat masih musyrik. ‘Umair bin Wahab juga pernah masuk Masjid Nabawi saat Nabi ada di sana dan dia hendak menyerang baginda, kemudian Allah menganugerahkan Islam kepadanya”(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni ‘ala Mukhtashar al-Khiraqi, XIII/202).

Ketiga: mereka tidak boleh sama sekali masuk masjid. Ini adalah pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain. Alasannya, sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, kerana Abu Musa al-Asy’ari pernah menemui Umar, selaku Khalifah pada waktu itu, dengan membawa surat. Umar berkata kepada Abu Musa, “Panggil orang yang menulisnya, untuk membacakannya.” Abu Musa menjawab, “Dia tidak boleh masuk masjid.” Umar bertanya, “Mengapa?” Abu Musa menjawab, “Kerana dia Kristian.” Ini menjadi hujah dalam kalangan sahabat dan mereka sepakat. Selain itu, juga dengan alasan, bahawahadas junub, haid dan nifas sahaja sudah dilarang untuk tinggal di masjid, maka hadas syirik tentu lebih tidak boleh lagi (Ibn Qudamah al-Maqdisi, Ibid, XIII/202)

Al-Qurthubi juga menisbatkan pendapat terakhir ini kepada pendapat penduduk Madinah:“Berdasarkan hukum itulah, Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, ketika menjadi Khalifah, menulis surat kepada para pegawainya di daerah…..Pendapat tersebut diperkuat dengan firmanNya, “Di rumah-rumah (Allah) itu, Allah mengizinkannya untuk diagungkan dan disebut namaNya” [TMQ an-Nur (24):36]. Masuknya kaum kafir ke sana bertentangan dengan usaha mengagungkan rumah Allah. Dalam Sahih Muslim dan lain-lain juga dinyatakan, “Bahawa masjid-masjid ini tidak boleh ada sedikitpun kencing dan kotoran…” Padahal orang kafir tidak terhindar dari semuanya itu. Baginda Nabi SAW juga bersabda, “Masjid tidak dihalalkan untuk orang yang haid dan junub.” Orang kafir itu termasuk dalam kategori junub. Allah juga berfirman, “Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis” [TMQ at-Taubah (9):28]. Allah menyebut mereka najis, apakah zat (fizikal)nya yang najis ataukah ia (kafir) dijauhkan dari jalan hukum Allah, mana-mana sahaja dari keduanya, hukum menjauhkan mereka dari masjid tetap wajib, kerana ‘illat-nya adalah najis dan faktanya ada pada diri mereka, sementara kesucian itu ada di masjid..” [Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkami al-Quran, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, VIII/103).

Keempat: Mereka dilarang masuk ke masjid kecuali untuk aktiviti yang bersifat darurat. Ini adalah pendapat mazhab Maliki. As-Sawi, dalam Hasyiyah as-Sawi, menyatakan, “Keterangan: Orang kafir juga dilarang masuk masjid sekalipun diizinkan oleh orang Islam, kecuali kerana ada aktiviti yang bersifat darurat..” (As-Sawi, Hasyiyah as-Sawi ‘ala as-Syarh as-Saghir, I/160).Al-Khurasyi menyatakan, “Orang kafir, baik lelakimahupun wanita, haram masuk masjid jika tidak diizinkan oleh orang Islam. Bahkan jika diizinkan sekalipun tetap tidak boleh, kecuali terpaksa, seperti untuk membina masjidtatkala tidak ada seorang Muslim pun yang boleh atau orang kafir tersebut lebih dipercayaipembinaannya”(Al-Khurasyi, Manhu al-Jalil Syarah Mukhtashar Khalil, Dar Sadir, I/71.)

Berdasarkan pendapat-pendapat mazhab di atas, boleh disimpulkan bahawa hukum memasuki Masjid al-Haram jelas berbeza dengan masjid-masjid yang lain. Orang kafir, baik Ahli Kitab, (Yahudi dan Nasrani)mahupun musyrik, baik yang menjadi AhluDzimmah(warganegara Daulah Islam) mahupun AhluHarb(bukan warganegara), haram masuk ke Masjid al-Haram. Mengenai hujah mazhab Hanafi, baik tentang masuknya orang kafir ke Masjid Nabawi mahupun penarikan hukum dari Surat at-Taubah: 28 untuk membolehkan kafir masuk ke Masjid al-Haram, ia jelas tidak tepat.Adapun masjid-masjid lain, selain Masjid al-Haram dan masjid di Tanah Haram lainnya, hukumnya adalah berbeza.

Secara umum, pendapat fukaha’ menyatakan bahawa kaum kafir, baik Ahli Kitab mahupun musyrik, boleh masuk masjid (baik dengan syarat ada izin dari kaum Muslimin atau kepentingan yang mendesak) sesungguhnya boleh dikembalikan pada satu hal, iaitu pendapat Ketua Negara (Khalifah).Dengan demikian, tindakan Nabi SAW menerima Abu Sufyan dari Makkah dan delegasi Bani Tsaqif dari Thaif di Masjid Nabawi, mengikat Tsumamah saat menjadi tawanan Perang Badar, juga di Masjid Nabawi dan membiarkan Umair bin Wahab masuk ke masjid saat baginda ada di dalam masjid, jelas tidak bertentangan dengan keputusan Umar. Ini kerana, masing-masing adalah Ketua Negara pada zamannya dan masing-masing berhak memutuskan apa yang mereka anggap tepat dan tidak. Hal ini termasuk dalam solahiyyah (bidangkuasa) Ketua Negara.

Selain itu, kita juga dapat memahami berdasarkan fakta bahawa pada waktu Nabi SAW membuat keputusan seperti itu pada zaman baginda, cahaya Islam belum selebar pada zaman Umar. Dengan berada di masjid, orang-orang kafir itu boleh menyaksikan langsung cahaya Islam dari dekat. Tambahan lagi, masjid pada zaman Nabi SAW juga tidak hanya difungsikan untuk ibadah, tetapi juga aktiviti administrasi, politik dan pemerintahan. Pada zaman Umar, saat cahaya Islam telah tersebar meluas dan pendekatan kepada orang kafir dengan mengizinkan mereka masuk masjid tersebut sudah tidak diperlukan lagi. Ini dari satu sisi. Di sisi lain, Umar sendiri adalah seorang yang sangat mengagungkan dan memuliakan masjid sehingga dijaga betul agar tidak ternoda oleh kotoran sedikit pun. Kesimpulannya, hukum bagi orang-orang kafir secara umum memasuki masjid adalah terpulang kepada Ketua Negara yang akan bertindak mengikut kepentingan Islam dan kaum Muslimin. Solahiyyah ada pada merekadan ketetapan serta pandangan merekalah yang akan diambil kira dalam membenarkan atau tidak membenarkan orang-orang kafir memasuki masjid.

Hukum Kafir Harbi Fi’lan Memasuki Masjid

Adapun bagi kaum kafir harbifi’lan, telah disebutkan di atas bahawa mereka tidak dibenarkan (haram) memasuki negeri kaum Muslimin. Jika memasuki negeri sahaja sudah tidak dibenarkan, apatah lagi jika ingin memasuki masjid. Pengecualian dibenarkan jika mereka ingin melakukan perjanjian gencatan senjata (perjanjian damai sementara) atau mereka masuk untuk mendengar Kalamullah atau mempelajari Islam. Jika mereka diizinkan masuk ke negeri kaum Muslimin dengan al-aman (jaminan keamanan) untuk mempelajari Islam, lalu masuk ke masjid untuk mendengarkan ajaran Islam, maka hal ini dibolehkan. Tidak kiralah sama ada yang masuk itu merupakan ketua mereka atau bukan.

Namun, jika mereka datang dan masuk ke negeri kaum Muslimin bukan untuk mempelajari Islam, lalu masuk ke masjid hanya untuk tujuan melawat atau melihat keindahan dan kebesarannya, maka hal ini tidak dibenarkan (haram). Apatah lagi jika kemasukannya ke masjid itu hanya merupakan usaha atau muslihat untuk mengelabui mata umat Islam agar menganggap mereka sebagai seorang yang baik dan tidak memusuhi Islam serta sebenarnya dalam usaha untuk mengukuhkan lagi penjajahannya terhadap negeri umat Islam, maka hukumnya tetaplah haram. Allah SWT berfirman, “Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat [TMQ al-Baqarah (2):114].

Khatimah

Wahai mereka yang memegang amanah! Apakah kalian ingin mengambil izzah (kemuliaan/keagungan) dengan lawatan Obama, si kafir harbifi’lanmusuh Allah itu? Sedangkan Allah SWT berfirman,“Apakah mereka mencari izzah di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semuaizzah itu di sisi Allah”[TMQ an-Nisa’ (4):139]. Ya mungkin Malaysia akan mendapat nama, penghormatan dan akan lebih dikenali dengan lawatan Obama. Ya mungkin ‘darjat’ Najib selaku Perdana Menteri Malaysia akan menjadi lebih tinggi. Ya  mungkin Universiti Malaya akan lebih tersohor dan tarafnya akan lebih meningkat. Ya mungkin nama Masjid Negara akan lebih dikenali. Namun, semua ‘kemuliaan’ itu hanyalah dapat diraih di sisi manusia sahaja dan di sisi Allah ia menjadi suatu kehinaan. Ini kerana, Obama adalah musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kaum Mukminin. Kita tidak dapat menerima perbuatan pemimpin yang menerima kemasukan musuh Allah ke negeri kita. Kita juga tidak dapat menerima sikap pihak pentadbiran Masjid Negara yang sanggup mencemari kesucian masjid dengan kaki Obama. Bagaimana mungkin tangan Obama yang masih berlumuran dengan darah kaum Muslimin itu dibenarkan memasuki masjid kaum Muslimin? Bagaimana mungkin Obama yang merupakan musuh Allah itu dibenarkan masuk ke rumah Allah? Bagaimana mungkin Obama yang merupakan musuh Islam itu dibenarkan masuk ke tempat suci Islam? Sungguh, kebenaran yang telah diberikan oleh pemimpin Malaysia untuk Obama memasuki Malaysia dan memasuki Masjid Negara akan mengukuhkan lagi penjajahan kuffar Barat ke atas umat Islam dan mencemarkan Islam dengan najis-najis demokrasi, fahaman moderat, hak asasi manusia, perjanjian persefahaman dan lain-lain yang dibawa oleh Obama bersamanya!!!