SN408 – Di Sebalik Ancaman, Intimidasi, Tangkapan, Seksaan Dan Pembunuhan, Khilafah Yang Syarie Pasti Akan Tegak Bi Iznillah

PDF

SN keluaran 28 November 2014

[SN408] Sejak runtuhnya Daulah Khilafah pada tahun 1924 di Turki, sehinggalah ke tahun 1953, hampir tidak terdengar suara dan usaha untuk memperjuangkan tegaknya kembali institusi politik agung umat Islam ini. Kemudian muncullah al-‘Allamah al-Qadhi Syeikh Taqiyuddin al-Nabhani (w. 1977) yang menubuhkan sebuah parti politik Islam, HizbutTahrir, di al-Quds, Palestin, bertujuan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah. Beliau adalah salah seorang ulama, mujtahid mutlak dan cucu kepada al-‘Allamah al-Qadhi Syeikh Yusuf al-Nabhani, seorang qadhi dan ulama terkemuka pada penghujung zaman Khilafah Uthmaniyyah. Idea untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah pada awalnya dianggap sebagai mimpi, bahkan pendukungnya dianggap sebagai gila tetapi dalam masa yang sama mendapat tentangan yang hebat oleh penguasa ketika itu. Namun, dengan izin dan pertolongan Allah SWT, berkat perjuangan Syeikh Taqiyuddin al-Nabhani bersama HizbutTahrir dan kaum Muslimin lainnya, usaha tersebut kini telah diterima luas oleh pelbagai kalangan dan telah merebak ke seluruh dunia. Hal ini tidak lain, kerana Khilafah merupakan sebuah kewajipan dan tidak boleh dipisahkan daripada Islam, yang membuatkan kaum Muslimin yang telah lama mengabaikannya, kembali memperjuangkannya.Di sebalik pelbagai halangan dan rintangan berpuluh tahun lamanya, HizbutTahrir terus berusaha menegakkan Khilafah mengikuti jalan kenabian dan usaha mulia ini semakin di terima dari semasa ke semasa. Kini istilah “Khilafah” sudah terdengar hampir setiap saat dan di setiap tempat. Gambaran Khilafah pun sudah semakin jelas dan semakin difahami oleh umat Islam. Kerana itu, ketika ada usaha memalsukan Khilafah, umat Islam segera menyedari dan menolaknya. Sudah berapa banyak pengisytiharan Khilafah yang dilakukan oleh beberapa kelompok di seluruh dunia dan mutakhir yang masyhur ialah ISIS, namun umat Islam menolak setiap pengisytiharan itu satu per satu dan tidak terpengaruh dengan pengisytiharan-pengisytiharan kosong tersebut, kecuali sedikit sahaja. Semua ini menjadi bukti, bahawa umat Islam telah semakin memahami konsep Khilafah yang sebenar yang akan berdiri di atas manhaj kenabian. Mereka dapat membezakan mana Khilafah yang benar menurut syarak dan mana yang palsu. Kerana itu, kita melihat umat Islam ketika ini tidak lagi mudah tertipu dengan pelbagai dakwaan tentang Khilafah. Semoga Allah SWT terus menunjuk umat ini ke jalan yang benar.

Setelah kesedaran umat tentang Khilafah Rasyidah‘ala minhaj nubuwwah semakin kuat, kaum kuffar Barat berusaha keras untuk mengaburkan dan memburuk-burukkannya, termasuk melakukannya melalui tangan kaum Muslimin sendiri. Mereka menggunakan ejen mereka khususnya dari kalangan penguasa Muslim yang khianat untuk memerangi para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah secara syarie ini. Pelbagai usaha dilakukan sama ada dalam bentuk propaganda mahupun undang-undang, pemantauan, intimidasi, penangkapan, penyeksaan, malah hingga ke tahap pembunuhan dilakukan ke atas para pengembang dakwah yang menyeru kepada Khilafah. Segala bentuk kejahatan ini dilakukan oleh mereka yang memegang kekuasaan tanpa menghiraukan lagi dosa pembunuhan sesama Muslim yang amat besar di sisi Allah SWT. Mereka berharap dengan semua bentuk kekejaman itu dapat menghentikan usaha para pejuang yang ikhlas ini. Apa yang mereka lakukan ini hanyalah mengulangi kejahatan dan kekejaman para penguasa yang terdahulu dari mereka, tanpa mereka mengambil pengajaran daripadanya sedikit pun.

Sesungguhnya inilah apa yang dialami oleh para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah untuk menegakkan agamaNya. Rasulullah sebagai penutup para Nabi dan Rasul, juga tidak terkecuali, malah lebih berat, diperangi oleh kaumnya. Begitu jugalah dengan para sahabat dan hampir kesemua pejuang kebenaran di sepanjang zaman yang tidak putus-putus ditimpa kezaliman para penguasa. Namun, penangkapan, pemukulan, ancaman kematian, intimidasi dan pembunuhan tidak pernah berkesan ke atas mereka sedikit pun, sebaliknya meningkatkan lagi keimanan, keazaman dan usaha mereka dalam menegakkan agama Allah.

Begitulah juga dengan para anggota HizbutTahrir di beberapa belahan dunia, termasuk di Malaysia yang turut diuji oleh Allah dengan hal yang sama. Namun, Insya Allah, hal tersebut tidak pernah menambah kepada HizbutTahrir kecuali kesabaran, kekuatan dan sokongan. Seluruh penguasa dan pasukan keselamatan di tempat HizbutTahrir beraktiviti mengetahui akan hal ini, namun malangnya mereka tetap meneruskan kezaliman mereka, seolah-olah mereka tidak melihat bukti akan hal ini dan seolah-olah mereka tidak tahu betapa besarnya azab Allah ke atas mereka nanti! Apa yang dilakukan oleh para anggota HizbutTahrir di seluruh dunia merupakan satu perkara yang mulia dan terbesar yang dilakukan di jalan Allah, kerana menegakkan agama Allah dan memuhasabah pemerintah dengan kalimatulhaq (ucapan yang benar) merupakan usaha yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul dan para pengikut mereka.

Para diktator dan rejim di seluruh dunia yang terus melakukan kejahatan ke atas anggota HizbutTahrir dan para pejuang di jalan kebenaran, harus sedar bahawa Allah SWT menangguhkan mereka, tetapi tidak pernah melalaikan mereka sedikit pun dari kemusnahan dan dari azabNya. Mereka sepatutnya melihat kepada para diktator dan rejim di sekeliling mereka yang terdahulu dari mereka, betapa diktator dan rejim itu lebih kuat daripada mereka darihal kekuasaan, penindasan, penyeksaan dan pembunuhan, lalu Allah SWT menangguhkan mereka beberapa ketika dan setelah itu Allah SWT merentap kekuasaan dan nyawa mereka dalam sekelip mata dan tiada apa yang tersisa dari mereka kecuali kehancuran dan penyesalan di dunia dan akhirat. Amat rugilah mereka dan amat berbahagialah orang-orang yang mengambil pengajaran. Firman Allah,

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbeliak,  mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong” [TMQ Ibrahim (14):42-43].

Justeru, HizbutTahrir mengingatkan para penguasa dan kakitangan mereka bahawa siapa sahaja yangmenghalangi usaha menegakkan agama Allah dan menakut-nakutkan manusia dari jalan Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan dan neraka adalah kesudahannya. Allah SWT berfirman,

“Orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok, mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh” [TMQ Ibrahim (14):3].

Kami dengan ini mengingatkan kepada saudara-saudara kita yang masih mempunyai keimanan dan keikhlasan agar tidak memegang cambuk bagi sang pemimpin yang zalim kerana kalian sendiri akan menjadi zalim dan ke atas kalian akan berlaku sabda Nabi SAW,

“Ada dua golongan dalam api neraka yang aku tidak lihat: orang-orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukuli manusia…” [HR Muslim].

Betapa besar pun halangannya, Insya Allah, HizbutTahrir akan terus istiqamah mengembang dakwah dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwah. Siapapun yang menyukai atau membenci, membantu atau menghalangi, kami tidak akan berhenti oleh ancaman atau intimidasi. Kami menyerahkan urusan kami dan urusan kalian kepada Allah dan kami yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan akan tiba dan ia sangatlah dekat,

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Nur (24):55].

—-————————————————————————————

[Berikut adalah terjemahan surat dari Maktab I’lamiy al-Markaziy (Pejabat Media Pusat) HizbutTahrir mengenai pembunuhan oleh ISIS ke atas anggota HizbutTahrir, Abu Bakar Mustafa Khayal]

“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)” [TMQ al-Ahzab (33):23].

Tanzhim al-Baghdadi (ISIS) pada hari ini, Selasa, pertengahan sepuluh hari terakhir bulan Muharram, mengundang keluarga seorang lelaki yang bersih lagi takwa, Abu Bakar Mustafa Khayal…ISIS memberitahu keluarga Abu Bakar Mustafa Khayal bahawa ISIS telah melaksanakan hukuman ke atas putera mereka dan meminta keluarganya untuk datang mengambil barangannya…ISIS telah membunuh jiwa yang bersih, bukan kerana apa, melainkan kerana ia mengatakan kalimatulhaq (ucapan yang benar). ISIS telah membunuhnya tanpa merasa malu kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Namun, kerana (takut) merasa malu kepada manusia sekiranya barangan milik orang yang dibunuh dijumpai (ada) padanya, lantas ISIS memulangkan barangan tersebut kepada keluarga orang itu… Sungguh ISIS tidak takut kepada Allah dalam menumpahkan darah orang yang tidak berdosa, padahal Rasulullah SAW bersabda,

“Sungguh, lenyapnya dunia lebih ringan di sisi Allah daripada pembunuhan seorang Muslim”

Sebaliknya, ISIS cuma merasa takut kepada Allah pada barangan milik lelaki itu, lalu ISIS mengembalikannya kepada keluarga lelaki tersebut! Benarlah sabda Rasulullah SAW,

“Jika kamu tidak punya rasa malu maka perbuatlahsesukamu” [HR al-Bukhari].

Kelompok ISIS telah membunuh al-syahid Mustafa kerana ia mengatakan kalimatulhaq di hadapan mereka secara terang-terangan. Beliau juga mengatakan dengan lantang di hadapan ISIS bahawa mereka tidak berada di atas petunjuk. Beliau menasihati ISIS untuk menebus dosa-dosa mereka dengan menanggalkan kejahatan-kejahatan mereka terhadap kaum Muslimin. Maka, hal itu sangat berat bagi ISIS mendengarnya. Kalimat itu bagi ISIS lebih tajam dari mata pedang, lalu mereka membunuhnya. ISIS telah menjual diri mereka dengan kemurkaan Allah SWT, RasulNya SAW dan kaum Mukmin…Sungguh ISIS telah membunuh beliau. ISIS sebelumnya telah membunuh ramai orang dan mereka masih terus membunuh jiwa-jiwa suci seperti halnya yang dilakukan oleh para penguasa zalim. Bahkan kezaliman mereka (ISIS) ini lebih besar lagi. Para penguasa zalim itu membunuh para pengembang dakwah atas nama sekularisme, sementara mereka (ISIS) membunuh para pengembang dakwah atas nama al-Khilafah, dengan memburukkan lagi fahaman terhadap Khilafah…Sehingga Barat, yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), merasa sungguh gembira dengan adanya orang yang memburukkan imej Khilafah untuk mereka (AS) dan membunuh para pendakwah kepada Khilafah dan semua itu dilakukan atas nama Islam, sebagai bentuk permusuhan terhadap Islam.

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].

Dalam pelbagai penerbitan sebelum ini, telah kami sebutkan bagaimana kelompok ISIS membunuh jiwa-jiwa yang suci dan melanggar kehormatan-kehormatan, sehingga kejahatan-kejahatan mereka melampaui manusia dan menimpa pepohonan dan batuan. Kami juga telah menyampaikan kepada ISIS peringatan, sebagai akibat dari pelbagai kejahatan tersebut yang mewariskan kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat…

“Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya” [TMQ al-An’am (6):124].

Sungguh, HizbutTahrirberbelasungkawaatasmu wahai Mustafa, si syahid di atas kalimatulhaq…Selamat untukmu kerana engkau bersama sayyid al-syuhada’ (penghulu para syahid) di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa…Berbahagialah engkau bersama para syuhada’ yang telah mendahuluimu di antara para syuhada kalimatulhaq di penjara orang-orang zalim…Selamat untukmu di mana Allah SWT telah memuliakanmu dengan pahala besar setelah sekian tahun berada di penjara diktator Syam yang kejahatannya terus meningkat…Berbahagialah engkau dengan kemenangan besar di mana kesyahidan menjemputmu di tangan diktator itu yang kejahatan-kejahatannya juga terus meningkat…Berbahagialah engkau kerana darah sucimu akan mengejar kelompok itu hingga membinasakannya seperti halnya darah suci Sa’id bin Jubair yang mengejar penguasa zalim dan membinasakannya…Mungkin, ucapan Sa’id bin Jubair kepada penguasa zalim setelah penguasa zalim itu memerintahkan untuk membunuhnya, adalah sama seperti keadaanmu wahai si syahid kami, Mustafa: “Aku tertawa kerana kelembutan Allah atasmu dan kelancanganmu terhadap Allah…Ya Allah! Jangan Engkau kuasakan penjahat ini terhadap seorangpunsetelahku!” Allah SWT telah mengabulkan doanya sehingga banyak perkara menjadi sukar buat penguasa zalim itu dan dia tidak kekal lama setelah syahidnyaSa’id bin Jubair.

Sungguh HizbutTahrir berbela sungkawa atasmu wahai al-syahid Mustafa. Kami menyerahkanmu kepada Allah dan kami hanya mengatakan apa yang diredai oleh Allah SWT. Kami, wahai Mustafa, amat bersedih atas pemergianmu. Inna lillahi wa innailaihiraji’un (dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada Allah-lah kita pasti kembali).

“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali” [TMQ al-Syu’ara’ (26):227].

Maktab I’lamial-Markaziy
HizbutTahrir
25 Muharam 1436H
18 November 2014M