SN433 – Perkahwinan Sejenis: Buah Busuk Demokrasi

PDF

SN keluaran 10 Julai 2015

PERKAHWINAN SEJENIS: BUAH BUSUK DEMOKRASI

[SN433] Pada 26 Jun 2015, Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) telah mensahkan perkahwinan sama jenis di seluruh Amerika, satu keputusan yang disokong penuh oleh Presiden Barack Obama. Golongan LGBT di AS khasnya dan di seluruh dunia amnya telah menyambut keputusan ini dengan penuh gembira dan mengibarkan bendera pelangi yang menjadi lambang bagi golongan tersebut. Keputusan ini bukanlah suatu yang baru kerana pada kurun ke-21 ini, negara pertama yang menjadikan perkahwinan sejenis sebagai suatu yang sah adalah Belanda, yang kemudian diikuti oleh beberapa buah negara Eropah lainnya. Iceland telah menjadikan perkahwinan sejenis sebagai sah di sisi undang-undang pada tahun 2010, di mana Perdana Menterinya sendiri (seorang wanita) telah berkahwin dengan pasangan lesbiannya. Tidak ada negara dari Afrika dan Asia yang menjadikan perkahwinan sejenis sah di sisi undang-undang melainkan Afrika Selatan. Dengan keputusan mahkamah ini, AS merupakan negara terbaru yang menjadikan perkahwinan sejenis sebagai suatu yang sah di sisi undang-undang. Selain golongan LGBT, para pendukung hak asasi manusia turut mengalu-alu dan meraikan keputusan Mahkamah Agung negara pengganas nombor satu dunia itu.

Dari segi sejarah, perkahwinan sejenis dikatakan telah wujud di zaman empayar Rom di Eropah tatkala mereka merupakan penyembah berhala, di mana seorang Maharaja Rom bernama Nero berkahwin dengan pasangan sejenisnya, iaitu seorang lelaki. Apabila empayar Rom menerima Kristian sebagai agama rasmi negara, Maharaja Rom pada waktu itu telah meluluskan undang-undang hukuman mati kepada pelaku homoseksual sama ada yang berkahwin ataupun tidak. Dari dulu hingga sekarang, gereja sebenarnya tidak pernah lepas dari perilaku homoseksual dan jenayah seks yang lain, hasil dari penyelewengan ajaran yang dibawa mereka sendiri yang tidak membenarkan fathers dan sisters mereka berkahwin. Malaysia pernah dikejutkan dengan kes seorang paderi Kristian, Ngeo Boon Lin yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya, seorang lelaki, Phineas Newborn di Amerika Syarikat dan mengadakan resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2012. Setahun sebelumnya, seorang pelajar lelaki Malaysia yang menuntut di University College Dublin di Ireland, tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli, berkahwin dalam satu upacara dengan pasangan sejenisnya, Jonathan, di Dublin.

Hak Asasi Manusia Dan Perkahwinan Sejenis

Perkahwinan sesama jenis disahkan atas alasan menghindarkan diskriminasi dan memberi hak sama rata kepada kaum LGBT, sebagaimana hak ke atas pasangan suami isteri. Realitinya, kaum LGBT dan para pendukung aktiviti jijik ini kebanyakannya terdiri daripada golongan liberal tegar yang memperjuangkan hak asasi manusia (HAM) dan kebebasan (freedom). Mereka adalah golongan yang tidak berpegang kepada agama, sebaliknya menjadikan akal sebagai Tuhan dan hidup hanya untuk memenuhi hawa nafsu. Selain menuntut hak sama rata, sebahagian mereka berhujah bahawa aktiviti seks menyimpang yang mereka lakukan tidak memudaratkan orang lain dan dilakukan suka sama suka, jadi, kenapa orang lain perlu masuk campur atau menentang mereka dan banyak lagi hujah dangkal lainnya. Walhal, sudah terbukti yang pelaku homoseksual menjadi faktor utama penyebaran virus HIV/AIDS dalam masyarakat. Di Perancis, sebuah penyelidikan dari ‘Lembaga Nasional Perancis Untuk Urusan Pengawasan Kesihatan Masyarakat’ mendapati bahawa penyebaran HIV/AIDS di kalangan pelaku homoseksual meningkat 200 kali jika dibandingkan dari kalangan heteroseksual.

Sebenarnya AS sendiri sebagai negara demokrasi liberal, sudah sekian lama memperjuangkan hak golongan LGBT, sama ada melalui perkahwinan ataupun tidak. Jabatan Luar Negeri AS sejak 2009, telah mengarahkan agar mendukung penuh agenda HAM yang komprehensif, yakni agenda khas yang meliputi perlindungan terhadap kaum LGBT. Jabatan Luar Negeri AS juga telah menggunakan segala hubungan diplomatik dan pelbagai langkah untuk mendorong dihapuskan kekerasan dan diskriminasi terhadap kaum LGBT di seluruh dunia. Presiden Barack Obama sendiri telah mencabut peraturan yang melarang golongan homoseksual daripada menjadi anggota tentera AS, atas alasan persamaan hak dan penghapusan diskriminasi. Kononnya AS ingin menghapuskan diskriminasi, walhal sejak dulu hingga kini, bangsa kulit hitam di AS masih didiskriminasi dengan dahsyat, walaupun presidennya sendiri berkulit hitam! Itu belum lagi mengambil kira kaum Muslimin yang tinggal di AS yang bukan sahaja saban hari menjadi mangsa diskriminasi, malah sentiasa berhadapan dengan sikap prejudis dan ancaman dari warga dan kerajaan AS!

Apa alasannya sekalipun, sesungguhnya kemunculan kelompok LGBT dan pengesahan perkahwinan sesama jenis ini tidak boleh lepas dari idea hak asasi manusia (HAM), liberalisme dan kebebasan (freedom) yang diamalkan dalam sistem demokrasi. Sistem demokrasi memberikan hak kepada manusia untuk menentukan peraturan hidup sendiri dan melakukan apa sahaja atas alasan kebebasan individu atau suka sama suka. Kerana itulah dalam negara demokrasi, pelaku dan penyokong LGBT, walaupun agama mengharamkannya, boleh bergerak bebas tanpa tindakan undang-undang, kerana sistem kufur ini memberikan hak sepenuhnya kepada mereka. Jadi, keputusan mahkamah yang mensahkan perkahwinan sejenis itu sebenarnya tidak lebih daripada ‘cop rasmi’ terhadap segala aktiviti jijik dan terkutuk LGBT yang telah lama mendarah daging di AS khususnya dan mana-mana negara demokrasi amnya.

Dalam sistem demokrasi, manusia hidup tanpa perlu berpegang kepada agama kerana agama tidak diiktiraf sebagai pengatur, malah tidak dibenarkan campur tangan dalam hal kehidupan. Manusia menentukan kehendaknya sendiri, menentukan apa yang baik dan buruk, terpuji dan tercela, mengikut hawa nafsu masing-masing. Melalui idea dan sistem kufur inilah, lahirnya beragam jenis manusia yang berperilaku buruk, termasuklah manusia yang sudah tidak berakal seperti golongan LGBT ini, yang lebih rendah darjatnya dari binatang, yang merasa berhak untuk melakukan apa sahaja, yang binatang sendiri pun tidak pernah melakukannya! Segala kerosakan ini adalah antara bukti bahawa demokrasi dan idea kebebasan yang dikandungnya, tidak lebih daripada sebuah peradaban sampah!

Islam Dan Kaum Muslimin Sebagai Target

LGBT dan perkahwinan sejenis yang disahkan di AS dan negara Barat yang lain, menjadi senjata bagi Barat menyebarluaskan lagi idea HAM dan liberalisme ke seluruh dunia termasuklah dunia Islam dalam usaha mereka menggoncang akidah dan pegangan umat Islam. Melalui gerakan dan penganut fahaman liberal, idea kufur ini ditusukkan ke tubuh umat Islam. Buktinya boleh dilihat di Indonesia dan Malaysia sendiri, selaku negeri majoriti Muslim, di mana gerakan dan pendukung Islam liberal sering diangkat oleh Barat. Selain Jaringan Islam Liberal (JIL), di Indonesia terdapat gerakan LGBT yang khusus seperti Gaya Nusantara dan Arus Pelangi yang memperjuangkan hak golongan terlaknat tersebut. Bantuan dan dukungan AS terhadap gerakan Islam liberal di Indonesia dan Malaysia sudah dapat dilihat secara langsung dan bukan lagi rahsia.

Di Afrika Selatan, Tag Hargey, seorang ilmuan Islam berkelulusan PhD dalam Pengajian Islam dari Universiti Oxford di England, telah membina sebuah masjid bernama Open Mosque di Cape Town pada 2014, yang menerima kesemua jenis pengunjung termasuklah golongan LGBT. Keith Ellison, salah seorang anggota Dewan Perwakilan AS yang beragama Islam, juga merupakan penyokong kepada LGBT dan memperjuangkan hak mereka atas dasar toleransi beragama dan anti-diskriminasi. Terbaru, Cambiarnews.com melaporkan kisah Imam Daayiee Abdullah yang begitu bangga menjadi imam gay pertama di Amerika. Dia dilahirkan di Detroit dan memeluk Islam pada usia 33 semasa belajar di China dan kemudian melanjutkan pengajian ke Mesir, Syria dan Jordan untuk mempelajari Islam. Sebagai seorang homoseksual, dia menyaksikan golongan LGBT dari kalangan Muslim tidak dilayan dengan baik yang menyebabkannya membuat keputusan menjadi imam bagi membantu kumpulan ini dan tugas pertamanya sebagai imam ialah mensolatkan seorang gay Muslim yang meninggal akibat AIDS.

Golongan dan pendukung LGBT ini diangkat dan diketengahkan oleh Barat sebagai tokoh Muslim yang berfikiran terbuka dan sewajarnya diterima oleh seluruh umat Islam kerana memperjuangkan HAM. Kita juga tidak lupa di Malaysia ketika Barack Obama datang, dia telah melakukan perjumpaan tertutup dengan beberapa NGO dan individu yang terkenal memperjuangkan hak asasi manusia dan pendukung LGBT.

Justeru, amat ketara bahawa keputusan terbaru Mahkamah Agung AS dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh Obama terhadap perkahwinan sejenis dan puak LGBT ini menjadi modal bagi AS dan Barat untuk terus menjaja idea HAM dan liberalismenya ke dunia Islam. Kononnya merekalah pejuang HAM yang patut dicontohi oleh dunia Islam padahal Barat pada yang sama terus menyerang Islam dan kaum Muslimin dari segenap sudut, baik secara pemikiran mahupun fizikal. Atas nama HAM, mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran serta perkahwinan sejenis tetapi dalam masa yang sama mereka menyerang dan mengharamkan poligami. Atas nama kebebasan, mereka membenarkan orang tidak berpakaian, pornografi dan industri video lucah tetapi dalam masa yang sama mereka melarang niqab (penutup muka) dan tudung. Atas nama demokrasi, mereka menyerang dan membunuh ribuan umat Islam di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Yemen dan lain-lain, tetapi dalam masa yang sama mereka ‘mencipta’ dan mendukung penguasa Muslim yang diktator dan banyak lagi hipokrasi Barat lainnya yang jelas lagi nyata di sisi orang-orang buta sekalipun.

Atas nama kebebasan dan HAM dengan cara berfikir ala binatang ini, tidak mustahil selepas ini AS dan Barat akan mensahkan pula hubungan seks dan perkahwinan sesama adik-beradik, perkahwinan antara bapa dan anak, ibu dan anak, perkahwinan manusia dengan binatang dan seumpamanya yang sudah pun lama wujud di negara kufur tersebut, cuma belum mendapat pengiktirafan rasmi dari mahkamah sahaja!

Hukum Islam

Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha bahawa LGBT hukumnya haram dan lebih buruk lagi apabila hubungan seks songsang ini dilakukan melalui perkahwinan sejenis yang disahkan. Terlaknatlah manusia yang melakukannya dan menyokongnya. Islam memandang perilaku homoseksual sebagai suatu kejahatan yang besar dan amat jijik yang pelakunya wajib dijatuhkan hukuman mati, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Luth (homoseksual) maka bunuhlah keduanya” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah].

Hubungan seks sesama wanita (lesbianisme) juga dikutuk dan diharamkan oleh Islam. Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya” [TMQ al-Nur (24):31]. Ayat ini dan ayat-ayat yang seumpamanya di dalam al-Quran adalah perintah kepada para wanita untuk menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap suami mereka, yang sekali gus bermaksud secara mutlak tidak dihalalkan pandangan, sentuhan, perzinaan, lesbianisme dan sebagainya terhadap kemaluan wanita, selain dari suami. Dari Watsilah bin al-Asqa’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Al-sahaaq (lesbianisme) antara wanita adalah (umpama) zina” [HR Abu Ya’la]. Dalam riwayat lain yang senada, Rasulullah SAW bersabda, “Lesbianisme adalah (bagaikan) zina di antara wanita” [HR Thabrani]. Pelaku lesbianisme ini wajib dikenakan hukuman takzir yang berat oleh negara.

Rasulullah (SAW) juga bersabda, “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki, jangan pula seorang perempuan melihat aurat perempuan. Janganlah seorang lelaki tidur dengan lelaki dalam satu selimut, begitu juga janganlah seorang perempuan tidur dengan perempuan dalam satu selimut” [HR Muslim]. Begitulah, sesungguhnya tidak ada khilaf di dalam Islam bahawa homoseksual dan lesbianisme, baik dilakukan secara perkahwinan mahu pun tidak, tetap haram. Jika perbuatan terkutuk ini berlaku dalam Negara Islam (Khilafah), baik dilakukan oleh Muslim atau non-Muslim, maka kesemuanya wajib dihukum menurut Islam.

Khatimah

Sesungguhnya kehidupan manusia telah banyak dirosakkan oleh sistem demokrasi apabila segala yang haram dari segi syarak, bahaya dan membawa mudarat, menjadi sah dan halal. Kes perkahwinan sejenis yang disahkan di AS ini hanyalah satu dari buah busuk yang lahir dari pohon demokrasi yang penuh duri. Selagi manusia diberi hak untuk membuat undang-undang dan menentukan sendiri kehendak hidupnya menurut hawa dan akal, maka selagi itulah akan lahir kerosakan demi kerosakan yang kita tidak dapat bayangkan. Sesungguhnya tidak ada jalan lain lagi untuk menghilangkan segala kerosakan ini dan mengembalikan manusia ke fitrah penciptaannya kecuali dengan mencabut pohon demokrasi beracun ini dari akarnya dan menggantikannya dengan Islam. Dalam masa yang sama, pelaku dan pendukung LGBT ini wajib dikenakan uqubat (hukuman) sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam yang insya Allah  akan sekaligus menghalang kaum Nabi Luth alaf baru ini daripada terus menyebarkan virus mereka ke dalam masyarakat. Hal ini hanya boleh diwujudkan sekiranya syariah dilaksanakan secara sempurna di bawah naungan Khilafah.