SN507 – Ucapan Amir HT Sempena Masuknya Bulan Zulhijjah 1438H

PDF

SN Keluaran 10 Zulhijjah 1438H/1 September 2017

SN507 - Ucapan Amir HT Sempena Masuknya Bulan Zulhijjah 1438H

[Berikut ialah (terjemahan) ucapan Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha’ Bin Khalil Abu al-Rasytah sempena masuknya bulan Zulhijjah 1438 H, yang ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin]

Bismillahirrahmanirrahim

Demi fajar dan malam yang sepuluh” [TMQ al-Fajr (89):1-2]

Kepada para pengembang dakwah yang soleh, jujur lagi baik, walaupun kami tidak mensucikan seorang pun di hadapan Allah SWT…Kepada pengunjung laman yang berpegang teguh dengan kebenaran dan kebaikan yang dibawanya, dengan izin Allah…Kepada semua Muslim yang cintakan Allah SWT dan RasulNya SAW. Kepada semuanya, aku menyapa kalian dengan sapaan Islam, Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Seperti yang kalian maklum, kami biasanya mengucapkan tahniah kepada kalian pada pagi hari raya, tetapi Imam telah membaca dalam solat Subuh ayat suci, “Demi fajar dan malam yang sepuluh” [TMQ al-Fajar (89):1-2], lalu aku memutuskan untuk berbicara kepada kalian pada hari pertama daripada sepuluh hari yang diberkati oleh Allah ini yang Dia telah bersumpah padanya. Rasulullah SAW juga telah menjadikan perbuatan baik (pada sepuluh hari pertama ini) lebih dikasihi oleh Allah daripada waktu-waktu yang lain. Imam Ahmad mengeluarkan di dalam Musnadnya, dari Said bin Jubair dari Ibn Abbas yang berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari di mana amal soleh pada waktu itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari dari bulan Zulhijjah’. Mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, tidak juga (lebih dicintai daripada) jihad fi sabilillah?.’ ‘Baginda menjawab, ‘Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apa pun (iaitu dia mati syahid).”

Ini adalah hari-hari besar pada permulaan bulan suci Zulhijjah yang diakhiri dengan Hari Korban atau Eidul Adha, yang aku memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar menjadikannya baik dan berkat buat Islam dan umatnya. Aku berdoa agar Allah SWT menerima ibadah kita, dan sepuluh malam pertama ini adalah penuh dengan kebaikan bagi mereka yang menyaksikannya dengan benar dan menunaikan hak-haknya. Ini kerana ia merupakan hari-hari kebenaran, keikhlasan dan kedekatan dengan Allah SWT dengan amalan soleh dan termakbulnya doa, Insya Allah.

Saudara dan saudari yang dimuliakan! Sebahagian syabab menyatakan bahawa gangguan ke atas kita (Hizbut Tahrir) semakin meningkat sama ada di peringkat antarabangsa, serantau dan tempatan…Ya, ini benar, tetapi ia bukanlah satu punca keputusasaan atau kesedihan, sebaliknya merupakan satu petanda (akan munculnya) kelegaan. Ini kerana, meningkatnya gangguan adalah isyarat kepada kehilangannya sebagaimana meningkatnya kegelapan malam adalah isyarat kepada munculnya fajar as-sadiq…Oleh itu (kita menyaksikan bagaimana) kafir Quraisy melawan dakwah Nabi SAW dan menghalangnya secara terang-terangan dengan pelbagai cara melalui peningkatan pelbagai bentuk gangguan ke atas Rasulullah SAW. Mereka memboikot Nabi SAW dan para sahabat baginda di tengah-tengah manusia dan menyeksa mereka hingga ke tahap darah membasahi kaki Rasul SAW…Mereka memfitnah Rasul SAW, menuduh baginda sebagai tukang sihir, gila dan pendusta, “Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta” [TMQ al-Kahf (18):5].

Gangguan terus ditingkatkan oleh kafir Quraisy sehingga mereka berpakat untuk membunuh Rasulullah SAW. Mereka mengejar baginda SAW hingga ke Gua Tsur di mana baginda SAW dan sahabat karibnya, Abu Bakar RA, bersembunyi. Kafir Quraisy berdiri di pintu gua dengan jarak yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW…Hal ini hanya berlaku selang beberapa hari sahaja sebelum Rasulullah SAW berjaya mendirikan Negara Islam di Madinah al-Munawwarah, sebuah negara yang kemudiannya diteguhkan struktur-strukturnya sehingga menerangi dunia dan menyebarkan kebenaran, “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal” [TMQ al-Zumar (39):21].

Jadi, begitulah juga dengan dakwah yang kita pikul (pada hari ini) yang mengikuti jalan Rasulullah SAW. Hizbut Tahrir yang memimpin dakwah ini, para syabab dan pimpinannya terdedah kepada pelbagai gangguan dan penyeksaan sehingga ada yang syahid, hasil daripada konspirasi orang-orang yang berkomplot, intipan orang-orang yang zalim dan kebencian orang-orang yang membenci:

Hizbut Tahrir telah dilarang dan dihalang di banyak negara kaum Muslimin. Bahkan di negara-negara yang terbuka kepada pelbagai jenis parti sekalipun seperti Indonesia, telah mengharamkan Hizbut Tahrir. Begitu juga dengan negara-negara yang membuka pintu kepada semua jenis parti, termasuk kepada parti yang jelek sekalipun, seperti Tunisia, telah mengharamkan Hizbut Tahrir…Apakah sebabnya? Ia adalah kerana kalimatul haq (kebenaran) yang dibawa oleh Hizbut Tahrir.

Adapun syabab (para pemuda) Hizbut Tahrir, penjara-penjara rejim yang zalim berbicara mengenai status mereka. Mereka berada di penjara-penjara sempit dan diseksa, dan di (negara di mana) penjara yang lebih luas, mereka sedang dikejar. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Adapun mengenai pimpinan Hizbut Tahrir, Amir (ketua)nya yang pertama (Syeikh Taqiyuddin al-Nabhani rahimahullah) telah difitnah oleh para pemfitnah dan pengintip dengan pembohongan dan penipuan yang cukup nyata dan mereka berkata begitu dan begini…Manakala Amir Hizbut Tahrir yang kedua (Syeikh Abdul Qadim Zallum rahimahullah), mereka tidak hanya memfitnahnya, tetapi telah menuduhnya melanggar fikrah dan thariqah parti…Adapun hamba Allah yang fakir, Amir ketiga Hizbut Tahrir, mereka (para pemfitnah dan pengintip) tidak hanya membatasi diri untuk memfitnah atau menuduhnya melanggar fikrah parti, tetapi telah menyebarkan khabar angin tentang kematiannya, dengan sangkaan bahawa mereka dapat memadamkan kemarahan mereka! Mereka benar-benar bodoh, kerana mereka mempunyai hati yang tidak memahami. Ini kerana, jika mereka faham, mereka akan mengetahui bahawa kematian Amir Hizbut Tahrir bukannya bermaksud kematian Hizbut Tahrir. Bahkan Atha’ akan diganti dengan Atha’ yang lebih kuat dan lebih tegas, yang akan mengatakan kepada mereka dengan kata-kata daripada Yang Maha Kuasa, “Dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati” [TMQ Ali-Imran (3):119].

Sesungguhnya dakwah ini adalah milik Allah. Ia tidak akan terancam oleh konspirasi orang-orang yang berkomplot, intipan orang-orang yang zalim dan kebencian orang-orang yang membenci mahu pun oleh fitnah orang-orang yang memfitnah. Dakwah ini malah akan terus meningkat dan semakin meningkat dan akan memperluaskan cahayanya ke angkasa, dengan izin Allah, sehingga janji Allah SWT dan khabar gembira daripada Rasulullah SAW terealisasi dalam tiga bentuknya:

Al-mulk al-jabriy (pemerintahan yang memaksa) ini akan jatuh ke dalam jurang yang dalam dan akan muncul Khilafah di atas jalan kenabian. Rasulullah SAW bersabda, “Kemudian akan ada mulkan jabriyattan selama mana Allah menghendakinya, kemudian Allah akan menghapuskannya apabila Dia menghendakinya. Kemudian akan muncul Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian Rasulullah diam” [HR Imam Ahmad dari Huzaifah ibn al-Yaman]…Dunia akan bercahaya dan Allah akan menetapkan al-haq (kebenaran) dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang yang kafir…

Kita akan menghapuskan entiti Yahudi. Imam Muslim menuturkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi dan membunuh mereka”…Dalam lafaz yang lain, baginda SAW bersabda, “Yahudi akan memerangi kalian, namun kalian akan mengalahkan mereka.” Kita akan memasuki Palestin, tanah yang diberkati, sebagai pembebas, dan bersolat di Masjid al-Aqsa dengan azan yang dikumandangkan oleh sahabat kita di Iraq, yang menghantar satu mesej bahawa dia berdoa kepada Allah untuk menjadi mu’azin pertama di al-Aqsa setelah pembebasannya.

Kita juga akan membuka Rom dengan izin Allah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dan al-Hakim juga, dan disahihkan serta disepakati oleh al-Zahabi, dari Abu Qabil yang berkata, “Ketika kami sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-As, beliau ditanya, ‘Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?’. Kemudian beliau (Abdullah) berkata, ‘Ketika kami sedang menulis di sekitar Rasulullah SAW, baginda ditanya, ‘Di antara dua kota ini yang manakah akan dibuka lebih dulu, Konstantinopel atau Rom?’ Baginda SAW menjawab, ‘Kota Heraklius akan dibuka lebih dahulu, iaitu Konstantinopel”. Konstantinopel telah pun dibuka dan Rom akan dibuka, Insya Allah, dan hajat sahabat kita di bumi Palestin akan dipenuhi. Sahabat tersebut menghantar surat bahawa beliau memohon kepada Allah agar memberinya sebidang tanah di bumi Rom. (Semoga) ia akan menjadi seperti sirah dari Tamim al-Dari RA (akan dapat direalisasikan)…

Oleh yang demikian, tidak akan tinggal satu rumah pun baik yang terbuat daripada tanah liat mahupun bulu yang tidak dimasuki oleh Islam dengan kemuliaan yang menjadikannya mulia atau penghinaan yang menjadikannya hina. Kemuliaan yang Allah berikan kepada Islam dan penghinaan yang Dia timpakan ke atas kekufuran. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dari Tamim al-Dari yang berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Agama Islam ini pasti akan menjangkau semua tempat yang terjangkau oleh siang dan malam, dan Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun di kota mahupun desa, kecuali Allah memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang menjadikannya mulia atau dengan kehinaan yang menjadikannya hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghinakan kekufuran..” Baihaqi mengeluarkan hadis yang sama di dalam Sunan al-Kubra dan al-Hakim di dalam Mustadrak.

Orang-orang jahat dan pemfitnah serta orang-orang yang dalam hati mereka ada penyakit atau orang-orang membuat kerosakan di muka bumi, mereka boleh mengatakan yang kita (Hizbut Tahrir) bermimpi…Sesungguhnya orang-orang seperti mereka telah mengatakan hal yang sama sebelum ini. Mereka berkata kepada Rasulullah SAW dan sahabat baginda RA, ‘Agama mereka telah menipu mereka, bagaimana mungkin mereka dapat melihat harta Kaisar dan Kisra!?’ Allah SWT kemudian memenuhi janjiNya biar apa pun niat jahat orang-orang tersebut yang ternyata telah gagal. Kaisar dan Kisra jatuh dan Daulah Islam telah berdiri serta panji Islam ditinggikan. Justeru, dengan izin Allah, hal ini akan berlaku sekali lagi, dan orang-orang yang membenci akan mati dalam kemarahan mereka dan akan diikuti oleh pengintip orang-orang yang zalim dan pengkomplot serta semua orang yang melaungkan kepalsuan. “Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali” [TMQ al-Shu’ara (26):227].

Saudara dan saudari yang dimuliakan! Kami (Hizbut Tahrir) tidak berjuang dalam khayalan. Sebaliknya kami berjuang dan yakin dengan janji Allah, yang (janji itu) bukan hanya untuk para Nabi dan bukan hanya di akhirat, tetapi juga untuk orang-orang beriman di dunia dan akhirat, “Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)” [TMQ al-Ghafir (40):51]. Aku memberi jaminan kepada kalian wahai saudara-saudaraku, bahawa Hizbut Tahrir hampir mencapai matlamatnya berkali-kali sejak penubuhannya sehingga ke hari ini, tetapi (Allah menentukan) “Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (catatan)” [TMQ al-Ra’d (13):38]. Sesungguhnya Allah mempunyai kebijaksanaan yang maha luas…apabila Yang Maha Kuat dan Maha Perkasa menetapkan sesuatu urusan, Dia akan mempermudahkan sebab-sebab (untuk mencapai)nya dan urusan itu tidak akan dilewatkan sedikit pun, “Sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” [TMQ al-Thalaq (65):3].

Sebagai kesimpulan, aku kembali ke tempat di mana aku bermula. Aku melihat bahawa aku sedang berbicara dengan kalian pada hari pertama dari sepuluh hari yang diberkati, yang Allah telah bersumpah padanya. Hari di mana Rasulullah SAW bersabda tentangnya, “Tidak ada hari di mana amal soleh pada waktu itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari dari bulan Zulhijjah…” Ini adalah hari-hari besar pada permulaan bulan suci Zulhijjah yang diakhiri dengan Hari Korban atau Eidul Adha, yang aku memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar menjadikannya baik dan berkat buat Islam dan umatnya. Aku berdoa agar Allah SWT menerima ibadah kita, dan sepuluh malam pertama ini adalah baik bagi mereka yang menyaksikannya dengan benar dan menunaikan hak-haknya. Ini kerana ia merupakan hari-hari kebenaran, keikhlasan dan kedekatan dengan Allah dengan amalan soleh dan termakbulnya doa, Insya Allah…Aku memohon kepada Allah untuk mengembalikan hari-hari itu (hari kemenangan) dan kita berada di bawah naungan rayah al-uqab (panji Rasulullah SAW) di lapangan yang bersih, dengan membawa kebaikan di tangan-tangan kita, keceriaan di lisan-lisan kita, ketenangan di hati-hati kita dan rasa lapang di dada-dada kita. “Dan di hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQ al-Rum (30):4-5].

Sebagai penutup, aku ulangi bahawa dakwah ini adalah milik Allah. Ia tidak akan terancam oleh konspirasi orang-orang yang berkomplot, intipan orang-orang yang zalim dan kebencian orang-orang yang membenci mahu pun oleh fitnah orang-orang yang memfitnah. Sebaliknya dakwah milik Allah ini akan terus gencar dan cahayanya akan menggembirakan orang-orang ikhlas yang menyaksikannya, dan kecerahannya akan mengusir hati orang-orang yang dengki “Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita al-Quran setelah beberapa waktu lagi” [TMQ Sad (38):88].

Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Saudaramu,

Atha’ Bin Khalil Abu al-Rasytah

Amir Hizbut Tahrir

1 Zulhijjah 1438 H (23/08/2017 M)