Soal Jawab: Mus’ab Ibn Umair dan Mencari Nusra

Dikarang oleh Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah

Soalan daripada Jihad Jihad:

Assalam Alaikum,

Mohon maaf. Apakah bukti yang menunjukkan Mus’ab Ibn Umair cuba mendapatkan Nusrah sedangkan dia hanya menyampaikan da’wah di Madinah? Saya berharap supaya saya mendapat  jawapan yang memuaskan.

Soalan daripada Atiya Al-Jabbarin:

Amir kami dan Sheikh Abu Yaseen:

Assalam Alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh

Dalam jawapan terhadap soalan tentang (Mereka yang Meninggalkan dan Tertundanya Kemenangan) tentang perkara Mendapatkan Nusrah  (…atau adakah Mus’ab mencari nusrah lebih baik daripada Rasulullah ﷺ?) Dan ia menyatakan (…Rasulullah ﷺ banyak kali mencari Nusrah tetapi dia gagal sedangkan beliau melakukan yang terbaik … sedangkan usaha Mus’ab (ra) tercapai…)

Yang mulia Sheikh, kami memohon anda memberi kami bukti bahawa Mus’ab Ibn Umair (ra) cuba mendapatkan Nusra daripada penduduk Madinah kerana berdasarkan apa yang kami tahu menurut buku Seerah dan juga buku Negara Islam oleh Sheikh Taqiuddin An-Nabhani  (semoga Allah merahmatinya ) adalah Mus’ab Ibn Umair berada di Madinah untuk menyeru orang ramai kepada Islam, dan berdasarkan apa yang kami baca kami tidak mendapati beliau mencari Nusrah untuk Deen. Barak Allah feek dan semoga kami bersatu dengan anda di dalam Negara Islam tidak lama lagi.

Saudara anda, Atiya Al-Jabbarin-Palestin


Jawapan:

Wa Alaikum Assalam Wa Rahmatullah Wa Barakatuh

Kedua-dua soalan anda adalah sama, dan berikut adalah jawapannya:

1- Saya bingung dengan soalan ini: anda mahu bukti bahawa Mus’ab mencari Nusra di Madinah ketika beliau memikul da’wah di Madinah, sebagaimana yang dipertanyakan oleh Jihad! Atau menyeru orang ramai kepada Islam sebagaimana yang dipertanyakan oleh Atiya! Adakah ini maksudnya! Bukankah Mencari Nusrah adalah bahagian daripada memikul da’wah? Bukankah mencari Nusrah adalah bahagian daripada dakwah kepada Islam?

Pemikul dakwah menyeru orang ramai kepada Islam, dan ini merangkumi orang awam dan juga mereka yang memiliki kekuasaan dan memberi perlindungan. Usaha Mus’ab dengan orang ramai adalah menyampaikan seruan kepada mereka tetapi usaha beliau terhadap mereka yang memiliki kekuatan dan perlindungan adalah menyampaikan da’wah dan mencari Nusrah.  Setelah Rasulullah ﷺ diperintahkan oleh Allah, Al-Qawi Al-Aziz, untuk mencari Nusrah, beliau mendekati ketua-ketua kabilah dari kalangan mereka yang memiliki kekuasaan dan perlindungan, dan dia ﷺ akan menyeru ketua kabilah kepada Islam, jika seruannya disambut, Dia  ﷺ akan memohon Nusrah (bantuan) daripadanya. Jika ketua kabilah itu bukan daripada mereka yang mempunyai kekuasaan dan perlindungan, dan adalah daripada kalangan orang awam, atau kabilahnya kecil dan tidak memiliki kekuasaan dan perlindungan, Rasululllah ﷺ akan mengajaknya kepada Islam dan tidak meminta Nusrah daripada mereka.

2- Demikianlah tugas Mus’an Ibn Umair (ra); beliau menyeru penduduk Madinah kepada Islam dan mengajar al-Quran hinggalah Islam tersebar dan Mus’ab memaklumkan kepada Rasulullah ﷺ bahawa Islam telah memasuki setiap rumah dan sebilangan orang daripada setiap keluarga telah memeluk Islam iaitu terdapat ramai orang yang memeluk Islam. Tetapi orang yang memiliki kekuasaan dan perlindungan adalah sedikit iaitu 73 orang lelaki dan dua orang wanita. Apabila Mus’ab berjaya memperolehi bantuan, beliau kembali menemui Rasulullah ﷺ dan mencadangkan kepada Rasulullah SAW bahawa orang yang memiliki kekuasaan sepatutnya menemuinya supaya Rasulullah SAW boleh menyatakan syarat-syarat (Nusrah) kerana mereka telah bersedia.

3- Saya memetik apa yang dinyatakan dalam buku Negara Islam tentang perkara ini:

(…ketika datang musim haji tiba Mush’ab kembali ke Makkah dan menceritakan kepada Rasulullah tentang khabar umat Islam, kekuatan mereka serta berita-berita Islam dan perkembangan penyebarannya. Dia menggambarkan kepada Rasul mengenai masyarakat Madinah bahawa tidak ada pembicaraan (di tengah-tengah masyarakat) kecuali berkaitan dengan diri Rasulullah SAW dan tidak ada tajuk perbahasan apa pun di Madinah kecuali Islam. Mus’ab memaklumkan kepada Rasulullah SAW tentang kekuatan umat Islam di Madinah memberikan pengaruh yang melahirkan kemampuan Islam untuk mengalahkan segala hal. Tahun itu sebahagian umat Islam akan datang. Mereka adalah orang-orang yang amat tebal keimanannya, bersedia mengembangkan risalah Allah dan mempertahankan agama-Nya.

Nabi saw amat gembira mendengarkan khabar-khabar berita yang dibawa oleh Mus’ab hingga beliau berfikir panjang mengenai perkembangan persoalan ini dan beliau membandingkan antara masyarakat Makkah dan Madinah. Di Makkah, beliau telah menghabiskan waktu berterusan selama 12 tahun untuk mengajak penduduk Makkah kepada Allah, berusaha keras menyebarkan da’wah, tidak pernah meninggalkan kesempatan sedikit pun kecuali mencurahkan segenap kemampuannya untuk dakwah dan menanggung semua jenis penganiayaan.

Tetapi masyarakat tetap jumud dan dakwah tidak menemui jalan apa pun untuk menuju ke sana. Hati penduduk Makkah keras seperti batu, jiwa mereka bebal dan akal mereka beku. Mereka hanya mahu mengikuti (sistem) yang lama. Masyarakat Makkah keras seperti batu dan amat lemah penerimaannya terhadap dakwah. Sebab jiwa mereka telah dikuasai berhala kemusyrikan yang mana Makkah merupakan pusatnya. Ada pun bagi masyarakat Madinah, seiring dengan perjalanan Islam, beberapa orang dari kabilah Khazraj masuk Islam, kemudian terjadi bai’at 12 orang lelaki, diikuti usaha Mus’ab ibn Umayr selama setahun. Semua itu sudah cukup untuk mewujudkan suasana Islami di Madinah dan memberi jalan untuk orang Madinah memeluk agama Islam dengan kadar yang sangat tinggi .)  

4- Seperti mana yang anda boleh lihat, sebelum mengirim orang-orang yang memiliki kekuatan dan perlindungan kepada Rasulullah ﷺ, Mus’ab menemui Rasulullah saw dan memaklumkan tentang penyebaran Islam kepada Rasulullah ﷺ di Madinah dan mereka termasuk orang-orang yang memiliki kekuatan dan perlindungan untuk menemuinya ﷺ pada musim berikutnya, supaya Rasulullah SAW boleh meletakkan syarat-syarat kepada mereka. Rasulullah ﷺ amat gembira dengan apa yang dimaklumkan oleh Mus’ab kepadanya, dan beliau menyetujuinya dan bersetuju untuk menemui mereka pada musim berikutnya. Demikianlah apa yang berlaku, mereka datang pada musim berikutnya iaitu musim ke-12 Bi’tha (misi Rasulullah SAW) dan bai’at A’qaba yang kedua berlaku .

5- Sekarang kita sekali lagi mengambil petikan daripada buku Negara Islam:

(Maka Rasulullah SAW menunggu kedatangan rombongan haji. Kejadian itu berlaku pada tahun ke-12 setelah diutusnya Rasulullah SAW bertepatan dengan tahun 622M. Rombongan haji yang datang ke Makkah jumlahnya cukup banyak. Mereka terdiri daripada 75 Muslim (73 lelaki dan 2 wanita). Dua orang wanita itu adalah Nusaybah bint Ka’ab Umm ‘Amarah daripada Banu Mazin ibn al-Najjar dan Asma’ bint ‘Amr ibn ‘Adi daripada Banu Salamah, yang juga dikenali sebagai Umm Mani’. Rasulullah SAW menemui mereka secara rahsia …dan mereka bersetuju menemuinya di  al-‘Aqabah pada hari-hari Tashreeq. Beliau berkata kepada mereka, “Jangan kejutkan sesiapa pun atau menunggu sesiapa yang tidak hadir.” Setelah sepertiga malam telah berlalu, mereka bertemu secara rahsia dengan Rasulullah SAW di al-‘Aqabah, dan kedua-dua orang wanita juga bersama mereka…Mereka menunggu kedatangan Rasulullah SAW,  (mereka berkata) Sekarang anda berbicara, wahai Rasulullah SAW, lalu ambillah apa yang engkau suka untuk dirimu dan Tuhanmu,” Rasulullah SAW berbicara setelah membaca dan memberi semangat kepada Islam dan berkata, ,  “Aku mempercayai kalian untuk melindungiku seperti kalian melindungi isteri-isteri dan anak-anak kalian.”

Al-Barra’ menghulurkan tangannya untuk memberikan bai’at kepada Rasulullah SAW sambil berkata “Kami membai’atmu wahai Rasulullah. Demi Allah, kami adalah generasi pahlawan yang memiliki senjata yang diwarisi dari bapa kepada anak” …Mereka berkata bahawa mereka menerima Rasulullah SAW menurut syarat-syarat yang ditetapkan dan kemudian mereka bertanya ,”Wahai Rasulullah SAW, jika kami memenuhi (seruan)mu, maka apakah balasannya bagi kami?” Syurga,” jawab Rasulullah SAW dengan tenang.”) Penutup.

Jelaslah daripada semua yang dinyatakan bahawa:

Rasulullah ﷺ mengirim Mus’ab (ra) bersama-sama 12 orang lelaki setelah bai’at Aqabah pertama pada tahun ke-10 Bi’tha. Beliau (ra) menyeru orang ramai kepada Islam di Madinah termasuk orang yang memiliki kekuasaan dan perlindungan supaya memberi Nusrah kepada Deen Allah. Mus’ab pulang kepada Rasulullah ﷺ pada tahun ke-11 dan melaporkan kepada beliau  ﷺ tentang keadaan di Madinah, penyebaran Islam dan keadaan tentang orang-orang yang memiliki kekuasaan dan perlindungan yang bersedia untuk datang dan menemui beliau ﷺ  pada musim ke-12 berikutnya supaya Rasulullah ﷺ boleh menjelaskan kepada mereka syarat-syarat yang beliau mahukan untuk mencapai kemenangan untuk Deen. Rasulullah ﷺ bersetuju dan mengakui usaha Mus’ab di Madinah, dan Rasulullah SAW sangat berbesar hati dengan hasil-hasil cemerlang yang dicapai dengan izin Allah di sana. Maka pada musim ke-12 berikutnya, 73 lelaki dan 2 wanita datang dan bai’at Aqabah kedua berlaku, diikuti dengan Hijrah dan penegakan Negara Islam. Maka usaha Mus’ab di Madinah adalah tonggak asas dalam tindakan bagi mendapatkan Nusrah. Allah SWT telah menjadikan kemenangan dicapai melalui orang yang memiliki kekuasaan dan dapat memberikan perlindungan yang mana mereka bersedia untuk menyokong Deen Allah. Saya ulangi kepada anda apa yang dikatakan oleh Mus’ab kepada Rasulullah ﷺ:

(Mus’ab memaklumkan kepada Rasulullah SAW tentang kekuatan umat Islam di Madinah dan ia dapat memberikan pengaruh yang menjadikan Islam sebagai pengaruh utama di Madinah. Beliau juga memberitahu Rasulullah bahawa sebahagian orang-orang muslim semakin meningkat keimanannya, dan mereka bersedia untuk mengembangkan risalah Allah dan mempertahankan agama-Nya, yang telah berkembang pesat berbanding sebelumnya). Allah (swt) Maha Penyayang dan menyintai Mus’ab dan menganugerahkannya kemenangan yang agung kepadanya yang seterusnya menghasilkan bai’at Aqabah kedua untuk Rasulullah ﷺ, yang kemudian diikuti dengan Hijrah dan penegakan negara, Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Saya harap ini mencukupi InshaAllah.

Saudaramu,

Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah

18 Dhul Hijjah 1439 H