Soal Jawab: Lawatan Erdogan ke Britain

Terjemahan

Soalan: Erdogan tiba di London pada hari Ahad 13/5/2018 untuk lawatan tiga hari.  Dalam lawatan itu, Erdogan telah bertemu dengan Ratu Elizabeth dan Perdana Menteri Theresa May. Lawatan Erdogan diadakan beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Perundangan di Turki pada 24 Jun. Ia sudah diketahui bahawa hubungan Erdogan dengan Britain tegang sejak kegagalan rampasan kuasa. Jadi, mengapa lawatan ini dilakukan dan apakah matlamatnya? Adakah lawatan tersebut bakal mencapai  matlamatnya?

Jawapan: Untuk menjelaskan matlamat lawatan itu, kami mengulas perkara berikut:

  • Ia sudah diketahui bahawa Erdogan cuba untuk mengukuhkan kekuasaannya melalui sistem presiden dengan meletakkan kekuasaan di tangan presiden ketika negara di bawah perintah darurat. Perintah darurat di Turki menyaksikan penangkapan seramai 160,000 orang dan jumlah yang hampir sama daripada kalangan pegawai pemerintahan juga telah dipecat secara rawak dalam kebanyakan kes. Sejak kegagalan rampasan kuasa terhadap pemerintahannya pada tahun 2016, ribuan penentang termasuk para pegawai kerajaan, peguam, pegawai polis dan ahli akademik telah dipecat; yang kebanyakannya setia kepada Britain.

Walaubagaimana pun, setelah bertolak dari Istanbul ke London pada hari Ahad, (Erdogan menggambarkan United Kingdom sebagai “rakan strategik dan sekutu,”), dan mengatakan bahawa beliau akan membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa bersama Theresa May pada hari selasa, dan akan turut membincangkan perkembangan terkini di Cyprus dengan Turki dan Britain bertindak sebagai penjaminnya, serta membincangkan “rancangan tindakan bersama” di Timur Tengah. Erdogan juga menegaskan bahawa lawatannya juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan perdagangan antara Turki dan Britain. “Kami mahu meneruskan hubungan ekonomi tanpa sebarang gangguan setelah Britain meninggalkan Kesatuan Eropah” katanya . 13/05/2018 http://www.elfagr.com)

  • Dapat difahami daripada kenyataannya bahawa beliau telah berbincang dengan Theresa May tentang isu-isu serantau dan antarabangsa, perkembangan terkini di Cyprus dan rancangan tindakan di Timur Tengah, serta peningkatan perdagangan antara Turki dan Britain. Dalam sidang akhbar di lapangan terbang Ataturk Istanbul sebelum berlepas, ketika mengulas mengenai rancangan tindakan di Timur Tengah, Erdogan menjelaskan bahawa Theresa May tidak akan berbincang dengannya tentang isu-isu antarabangsa, dan tumpuan perbincangan antara kedua-dua belah pihak sekitar isu-isu ekonomi dan peningkatan perdagangan antara kedua negara. Dakwaan ini adalah tidak benar kerana pada hakikatnya, urusan ekonomi dan perdagangan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua buah negara memerlukan suasana kestabilan politik antara kedua buah negara.  Perkara ini tidak wujud terutamanya setelah kegagalan rampasan kuasa di Turki pada 2016. Buktinya adalah, Erdogan tidak menandatangani sebarang projek ekonomi yang signifikan ketika lawatan itu. Isu Cypus masih lagi kekal. Ia masih boleh diperbincangkan kerana kedua buah negara tersebut ialah penjamin perdamaian dan keselamatan di pulau itu, tetapi ia berlaku jika terdapat ketegangan di pulau itu yang pada ketika ini tidak wujud. Hal ini bermakna, alasan yang digunakan oleh Erdogan sebagai matlamat lawatannya tidak memiliki bukti sebaliknya hanyalah satu cara untuk memesongkan perhatian daripada sebab yang sebenar.
  • Sebab sebenar yang boleh diketahui ialah dengan mengkaji hakikat peristiwa-peristiwa sejak kegagalan rampasan kuasa dan mengaitkan peristiwa-peristiwa itu dengan hakikat bahawa lawatan itu dilakukan sebelum pilihan raya, dan kemudian menunjukkan matlamat sebenar lawatan Erdogan ke Britain:
  • Mengenai hakikat peristiwa-peristiwa itu, apa yang jelas ialah rampasan kuasa yang gagal itu telah dikendalikan oleh agen-agen Britain di Turki. Erdogan telah mengambil langkah-langkah keras terhadap agen—agen Britain khasnya dalam tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam soalan. Ini menyebabkan Britain sangat marah kepada Erdogan.
  • Mengenai hakikat lawatan itu yang terjadi sebelum pilihan raya dan kaitannya antara mereka, Britain telah membantu parti-parti pembangkang Turki yang setia kepada Britain yang dipimpin oleh Parti Rakyat Republik membentuk suatu pakatan yang luar biasa terhadap Erdogan untuk meraih keputusan majoriti dalam parlimen dan ia meneruskan taktik yang biasa dilakukan dalam kes-kes seperti itu iaitu untuk bergerak dalam pilihan raya parlimen sebagai sekutu dalam usaha untuk menyebabkan pilihan raya presiden dijalankan ke peringkat kedua. Semua ini dilakukan bagi tujuan menunjukkan bahawa Erdogan telah hilang sokongan majoriti daripada orang ramai sebagaimana yang beliau dakwa, serta menggoncang imejnya walaupun jika beliau menang sekalipun kemudian. Inilah yang ditakuti oleh Erdogan.

Maka lawatan itu bertujuan untuk mengambil hati Britain sebelum pilihan raya Turki pada 24 Jun. Itulah punca kenapa Erdogan cuba meyakinkan Britain dengan cara memberi konsesi seperti mengeluarkan agen-agen Britain daripada penjara dan memuji Britain sebagai sekutu strategik sepertimana dalam kenyataannya, serta untuk memujuk Britain dengan menghentikan kempen “pembersihan” besar-besaran yang dilakukan oleh Erdogan terhadap agen-agen Britain sebagai pertukaran untuk mengendurkan konfrontasi agen-agen Britain dalam kempen pilihan raya itu. Inilah sebab yang mungkin sekali terjadi di sebalik lawatan Erdogan ke Britain.

===============

10 Ramadan 1439 AH
26/5/2018 CE