Soal Jawab: Serangan Entiti Yahudi ke Atas Iran dan Dampaknya

 

Soal Jawab Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah (Amir Hizbut Tahrir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Serangan Entiti Yahudi ke Atas Iran dan Dampaknya

(Terjemahan)

Soalan:

Pada 27/6/2025, Al-Arabiya menerbitkan berita di laman sesawangnya: [Empat sumber yang dipercayai mengatakan bahawa pemerintahan Presiden Donald Trump membincangkan mengenai kemungkinan membantu Iran untuk mendapatkan hingga $30 bilion bagi membangun program nuklear untuk keperluan tenaga sivil. Sumber tersebut menambah bahawa perbincangan ini diteruskan lagi minggu ini setelah tercapainya kesepakatan gencatan senjata. Pejabat pentadbiran Trump mengesahkan bahawa beberapa usulan telah diajukan, yang berupa usulan awal dan usulan ke hadapan, dengan satu syarat tetap yang tidak boleh dirunding, iaitu “penghentian sepenuhnya pengayaan uranium Iran”].

Trump juga telah mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata yang diusulkannya antara Iran dan entiti Yahudi [Netanyahu menyatakan bahawa dia menyetujui usulan Trump. Reuters juga mengutip bahawa seorang pegawai kanan Iran mengatakan yang Tehran telah bersetuju dengan gencatan senjata, yang dimediasi oleh Qatar berdasarkan usulan Amerika – Al-Jazeera, 24/6/2025].

Semua ini terjadi setelah pasukan tentera Trump menyerang fasiliti nuklear Iran pada 22/6/2025, dan setelah entiti Yahudi melancarkan serangan mendadak yang berskala besar terhadap Iran sejak 13/6/2025. Pertanyaannya di sini ialah: Mengapakah entiti Yahudi melakukan serangan mendadak ini, padahal mereka tidak akan melakukannya tanpa arahan Amerika? Bukankah Iran berputar dalam orbit Amerika, jadi kenapakah Amerika menyerang fasiliti nuklear Iran? Terima kasih.


Jawapan:

Agar jawapannya menjadi jelas, kami akan huraikan poin-poin berikut:

1. Ya, program nuklear Iran dianggap sebagai ancaman besar bagi entiti Yahudi, sehingga mereka ingin menghapuskannya dengan apa cara sekali pun. Atas dasar itu, mereka menyambut baik penarikan diri Presiden Trump pada tahun 2018 dari kesepakatan nuklear yang dimasuki (dengan Iran) pada 2015. Posisi entiti Yahudi amat jelas: mereka hanya menerima model Libya, iaitu pembongkaran total program nuklear Iran. Untuk tujuan ini, mereka telah meningkatkan aktiviti risikan di dalam negara Iran. Pada hari pertama serangan, telah terungkap adanya jaringan agen di dalam Iran yang memantau dan bekerjasama dengan badan risikan Yahudi, Mossad, demi sedikit imbalan. Mereka mengimport komponen-komponen drone, memasangnya di bengkel-bengkel kecil di dalam Iran, dan meluncurkannya ke sasaran-sasaran yang merangkumi rumah-rumah pemimpin rejim Iran. Senario ini sama seperti apa yang dilakukan entiti Yahudi terhadap para pemimpin kelompok Iran di Lebanon dengan membunuh mereka!

2. Posisi Amerika adalah sebagai pendukung utama entiti Yahudi, bahkan menjadi penggerak utama di belakang Yahudi terhadap program nuklear Iran. Untuk tujuan ini, Trump menawarkan dua pendekatan – solusi rundingan dan solusi militer. Pada April 2025, Amerika dan Iran menghala ke Muscat, Oman untuk berunding. Pentadbiran Trump memuji apa yang berlaku kerana besarnya konsesi yang ditawarkan dalam rundingan nuklear tersebut, seolah-olah kesepakatan nuklear baru, sudah di depan mata. Trump menetapkan tempoh dua bulan untuk memuktamadkan kesepakatan ini. Pegawai entiti Yahudi bertemu hampir setiap kali dengan wakil Amerika untuk rantau tersebut, yang juga adalah perunding utama dengan Iran, Witkoff, sebelum dia (Witkoff) mengadakan pertemuan dengan wakil Iran. Ini bertujuan untuk dia (pegawai entiti Yahudi) itu mendapat tahu mengenai perkembangan rundingan dengan Iran, daripada wakil Amerika tersebut.

3. Pentadbiran Trump mengguna pakai pandangan garis keras dari beberapa pemimpin Amerika, yang sejalan dengan entiti Yahudi. Hal ini kebetulan dengan munculnya pandangan garis keras di Eropah, yang merasa kesal kerana Amerika berunding dengan Iran secara eksklusif, yang bererti Amerika akan mendapatkan habuan terbesar dari setiap kesepakatan dengan Iran. Lebih-lebih lagi kerana Iran “menggoda” pentadbiran Trump dengan prospek pelaburan sebanyak ratusan bilion dolar untuk perusahaan Amerika di Iran dalam sektor minyak dan gas, penerbangan dan lain-lain.

Pandangan garis keras ini memuncak dengan laporan garis keras dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mengumumkan pada Khamis 12/06/2025 bahawa Iran telah melanggar kewajipannya dalam bidang non-proliferasi (ketidakbolehan percambahan) senjata nuklear: [Badan pemantau nuklear PBB, IAEA, telah mengecam Iran kerana melanggar kewajipan non-proliferasi-nya buat kali pertama dalam tempoh hampir dua dekad, kata sumber diplomatik – Deutsche Welle, 12/6/2025].

Sebelum ini, pemimpin tertinggi Iran telah menolak dari menghentikan pengayaan uranium: [Khamenei berkata: “Kerana rundingan sedang berjalan, saya ingin memperingatkan pihak lawan, pihak Amerika, yang terlibat dalam rundingan tidak langsung ini, seharusnya tidak bercakap yang bukan-bukan…mengatakan hal seperti “kami tidak akan mengizinkan Iran untuk mengayakan uranium” adalah lari dari landasan. Iran tidak menunggu izin dari orang ini atau itu.” Pada hari Ahad, Witkoff, utusan Trump ke Timur Tengah, berkata bahawa Washington tidak akan menerima peningkatan ke tahap apa pun pengayaan uranium, dalam kesepakatan yang berpotensi dengan Tehran. Witkoff menambah, dalam wawancara dengan ABC News: “Kami tidak akan mengizinkan walau satu persen pun peningkatan keupayaan pengayaan uranium. Semuanya mesti bermula dari sudut pendirian kami dengan kesepakatan yang tidak mencakupi usaha pengayaan” – Iran International, 20/5/2025].

4. Dengan keengganan Iran untuk menghentikan pengayaan uranium dan desakan Amerika untuk menghentikannya, rundingan Amerika-Iran menemui jalan buntu, biar pun tiada pengumuman bahawa rundingan telah berakhir. Namun, setelah laporan IAEA diterbitkan pada 12/6/2025, entiti Yahudi segera melaksanakan agenda yang telah diatur bersama Amerika dan melancarkan serangan mendadak pada 13/6/2025 ke atas fasiliti nuklear Iran di Natanz, pusat pengayaan uranium terbesar Iran yang memiliki 14,000 centrifuges.

Amerika dan entiti Yahudi juga melakukan serangkaian pembunuhan terhadap pemimpin militer dan pemimpin Pengawal Revolusi Iran, serta santis nuklear Iran, dan menyerang platform peluncuran peluru berpandu Iran. Netanyahu mendakwa bahawa Iran telah menyambung penyelidikan dan pembangunan (R&D) senjata nuklear, yang mana hal ini telah dijadikan justifikasi untuk entiti Yahudi menyerang Iran (RT, 14/06/2025). Dakwaan ini telah dinafikan oleh banyak kenyataan dari Iran yang menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk menghasilkan senjata nuklear, malah bersedia menerima pengawasan antarabangsa untuk memastikan ciri-ciri keselamatan program nuklear mereka.

Namun, apa yang pasti ialah, entiti Yahudi sebenarnya menunggu lampu hijau dari Amerika untuk melancarkan serangan ini, dan ketika mereka melihat jendela kesempatan telah terbuka dengan lampu hijau tersebut, mereka terus memulai serangan.

5. Tidak mungkin bagi siapa pun yang waras untuk membayangkan bahawa entiti Yahudi akan melakukan serangan seperti ini tanpa lampu hijau dari Amerika. Hal ini sama sekali tidak mungkin. [Duta Besar Amerika ke Israel, Mike Huckabee, berkata pada hari Khamis bahawa, “Israel tidak mungkin menyerang Iran tanpa lampu hijau dari Amerika Syarikat – Arab48, 12/6/2025].

Setelah panggilan telefon selama 40 minit antara Trump dan Netanyahu, [Seorang pegawai Israel mendedahkan kepada Times of Israel pada hari Jumaat bahawa Tel Aviv dan Washington telah melakukan “kempen tipu daya media dan keselamatan yang meluas” dengan penyertaan aktif Donald Trump, bertujuan untuk meyakinkan Iran bahawa serangan terhadap fasiliti nuklearnya tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Pegawai itu menjelaskan bahawa media Israel menerima kebocoran maklumat selama tempoh tersebut yang mendakwa bahawa Trump telah memperingatkan Netanyahu untuk tidak menyerang Iran, dengan menyebut bahawa kebocoran tersebut sebagai “sebahagian daripada operasi tipu daya” – Al-Jazeera Net, 13/6/2025].

Selain itu, Amerika telah pun membekalkan entiti Yahudi dengan senjata khas sebelum serangan, yang digunakan oleh entiti Yahudi dalam serangan tersebut: [Laporan media mendedahkan yang Amerika Syarikat secara diam-diam telah menghantar sekitar 300 peluru berpandu jenis AGM-114 Hellfire ke Israel pada hari Selasa lalu, menurut pegawai Amerika. Menurut Jerusalem Post, dua pegawai Amerika memaklumkan bahawa Washington telah pun mengetahui rancangan Israel untuk menyerang sasaran nuklear dan militer Iran pada fajar hari Jumaat. Pegawai yang sama juga melaporkan bahawa sistem pertahanan udara Amerika telah membantu memintas lebih daripada 150 peluru berpandu balistik Iran yang diluncurkan sebagai tindak balas terhadap serangan entiti Yahudi tersebut. Seorang pegawai kanan pertahanan Amerika menyatakan bahawa peluru berpandu Hellfire “sangat berguna bagi Israel,” dengan mencatat bahawa angkatan udara Israel telah menggunakan lebih dari 100 pesawat untuk menyerang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran, saintis nuklear dan pusat kawalan di sekitar Isfahan dan Tehran – RT, 14/6/2025].

6. Pentadbiran Trump telah memperdaya Iran – yang sedang dalam proses rundingan dengannya – bagi memastikan serangan entiti Yahudi efektif serta memberi kesan kejutan dan intimidasi. Kenyataan dari Amerika menunjukkan hal ini, iaitu bahawa Amerika mahu serangan entiti Yahudi ini menjadi pendorong bagi Iran untuk memberikan konsesi dalam rundingan nuklear.

Ini bererti bahawa serangan tersebut adalah salah satu alat rundingan Amerika. Hal ini diperkuat oleh pembelaan secara terbuka Amerika terhadap serangan entiti Yahudi, yang Amerika menyebutnya sebagai mempertahankan diri. Amerika juga menyebut bahawa pembekalan senjata kepada entiti Yahudi, operasi pesawat dan sistem pertahanan udara Amerika, semua itu dilakukan bagi menangkis tindak balas Iran.

Semua ini merupakan serangan separuh-langsung Amerika. Salah satu kenyataan Amerika adalah kenyataan Trump kepada wartawan pada hari Ahad, semasa menuju ke Sidang Kemuncak G7 di Kanada, dia berkata, [“Beberapa pertempuran tidak dapat dielakkan sebelum mencapai kesepakatan”…Dalam wawancara dengan ABC, Trump menggambarkan kemungkinan intervensi Amerika Syarikat bagi mendukung Israel dalam menghapuskan program nuklear Iran” – Arab48, 16/6/2025].

7. Amerika menggunakan perang sebagai alat untuk menundukkan Iran, sebagaimana dalam kenyataan Trump sebelum ini bahawa, [“Beberapa pertempuran tidak dapat dielakkan sebelum mencapai kesepakatan”]. Hal ini disahkan lagi oleh kenyataan Trump yang menyebut bahawa [“Serangan Israel ke atas Iran adalah ‘cemerlang’”] dan Presiden AS itu kemudian berkata, [“Ia (Iran) telah diberi kesempatan, tetapi ia tidak memanfaatkannya, oleh itu ia menerima pukulan yang sangat keras, dan masih ada banyak lagi (pukulan) di masa hadapan” – ABC Amerika, 13/6/2025].

Trump juga berkata, [“Pihak Iran ingin berunding, tetapi mereka sepatutnya melakukannya sebelumnya. Saya memberi mereka masa 60 hari, jadi saya ada 60 hari dan mereka ada 60 hari, dan pada hari ke-61, saya katakan yang kita tidak lagi punya apa-apa kesepakatan” – CNN Amerika, 16/6/2025].

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Amerika mengizinkan entiti Yahudi untuk melancarkan serangan ini, bahkan mengarahkannya untuk berbuat demikian. Trump menulis di platform Truth Social: [“Iran seharusnya menandatangani ‘kesepakatan tentang program nuklearnya’ yang saya minta mereka tanda tangani…” Trump menambah, “Ringkasnya, Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear. Saya telah menyatakan hal ini berulang kali” – RT, 16/6/2025].

Seorang pegawai entiti Yahudi menjelaskan penyertaan Amerika dalam mengebom Fordow, tapak berkubu bawah tanah Iran, [Bahawa Amerika Syarikat mungkin ikut serta dalam operasi militer melawan Iran, dengan mencatat bahawa Trump, selama perbualan dengan Netanyahu, menunjukkan bahawa dia akan ikut serta jika perlu – Al-Arabiya, 15/6/2025].

8. Inilah yang benar-benar terjadi. Trump mengumumkan pada awal pagi Ahad 22/6/2025 bahawa, [Sasaran tiga fasiliti nuklear Iran telah mengesahkan keberhasilan serangan Amerika. Trump menyebut sasaran tapak nuklear Fordow, Natanz, dan Isfahan, sambil mengajak Iran untuk membuat perdamaian dan menamatkan perang. Menteri Pertahanan Amerika, Bert Hegseth, mengesahkan bahawa serangan Amerika telah menamatkan cita-cita nuklear Iran – BBC, 22/6/2025].

Kemudian, [CNN mendedahkan pada Isnin malam bahawa Iran menyerang pangkalan Al-Udeid Amerika di Qatar dengan peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana, memberi petunjuk bahawa pesawat militer Amerika yang ditempatkan di pangkalan udara tersebut telah pun dialihkan pada akhir minggu sebelumnya. Reuters juga melaporkan bahawa: “Iran telah memberitahu Amerika Syarikat beberapa jam sebelumnya mengenai serangan yang akan dilancarkannya terhadap Qatar, dan Iran juga telah memberi tahu Doha” – Sky News Arabia, 23/6/2025].

Pada hari Isnin, Trump berkata, [“Saya ingin berterima kasih kepada Iran kerana telah memberitahu kami lebih awal, sehingga tidak ada korban jiwa” – Sky News, 24/6/2025].

9. Setelah serangan Amerika dan entiti Yahudi serta tindak balas Iran, kerugian material sangatlah besar, di samping korban jiwa: [Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran mengatakan bahawa serangan Israel telah menyebabkan 610 orang syahid dan 4,746 lainnya cedera sejak awal tercetusnya konflik…Menurut Kementerian Kesihatan Israel, jumlah korban di pihaknya sejak 13 Jun meningkat kepada 28 orang – BBC News, 25/6/2025].

Selepas serangan ini, Trump, sebagaimana dia telah memulakan perang dengan mendorong entiti Yahudi untuk menyerang Iran, lalu dia sendiri terlibat di dalamnya, kini mengumumkan pula gencatan senjata, yang dipersetujui oleh entiti Yahudi dan juga Iran, seakan-akan Trump-lah yang sebenarnya mengendalikan perang antara kedua-dua belah pihak, dan dialah yang menamatkannya!

[Trump mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata yang diusulkannya antara Iran dan entiti Yahudi…Netanyahu berkata bahawa dia bersetuju dengan usulan Trump…Reuters memetik seorang pegawai kanan Iran yang berkata bahawa Tehran menyetujui gencatan senjata melalui perantaraan Qatar dan usulan Amerika – Al-Jazeera, 24/6/2025].

Ini bererti bahawa perang yang dimulakan dan dihentikan oleh Trump ini adalah untuk mencapai tujuannya iaitu melenyapkan keberkesanan nuklear dan peluru berpandu Iran. [Dalam wawancaranya dengan wartawan sebelum berangkat ke Sidang Kemuncak NATO di The Hague, Trump berkata, “Kemampuan nuklear Iran telah berakhir dan mereka tidak akan pernah membangun kembali program nuklear mereka.” Trump menambah, “Israel tidak akan menyerang Iran…dan gencatan senjata dilaksanakan” – Al-Jazeera, 24/6/2025].

10. Mengenai Iran yang berada dalam orbit Amerika, ya benar Iran adalah negara yang berputar dalam orbit Amerika, ia berusaha mencapai kepentingannya dengan memenuhi kepentingan Amerika. Kerana itulah Iran membantu Amerika dalam penjajahan Afghanistan dan Iraq serta memperkuat pendudukan Amerika di kedua-dua negara tersebut. Iran juga ikut campur di Syria untuk melindungi agen Amerika, Bashar al-Assad, dan ia melakukan hal yang sama di Yemen dan Lebanon. Iran ingin mencapai kepentingannya di negara-negara ini dan berusaha menjadi kekuatan besar di rantau tersebut, meskipun dengan berputar dalam orbit Amerika!

Namun, Iran lupa bahawa jika Amerika melihat bahawa kepentingannya dengan negara orbit tersebut telah berakhir dan Amerika ingin mengurangkan peranan serta kekuatan negara tersebut, Amerika akan menekan negara tersebut secara diplomatik, dan jika perlu, secara militer, seperti yang terjadi pada Iran dalam serangan terbaru ini.

Melalui serangan yang diperintahkan oleh Amerika dan dilaksanakan oleh entiti Yahudi ini, dan dengan bantuan Amerika, mereka berjaya menghabisi kepemimpinan militer Iran, terutama bahagian nuklear. Mereka juga berjaya menghabisi para penasihat Iran yang baru-baru ini cuba untuk memiliki suara dalam berurusan dengan entiti Yahudi, yang bertentangan dengan keinginan Amerika. Amerika tidak peduli dengan negara-negara ini kerana mereka tahu yang akhirnya, negara-negara ini akan menerima solusi yang diberi olehnya Amerika!

11. Inilah apa yang mulai tampak secara terbuka dalam agenda Amerika setelah gencatan senjata iaitu untuk menghapuskan program senjata militer nuklear Iran: [Empat sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump membincangkan kemungkinan membantu Iran untuk mendapatkan hingga $30 bilion untuk membangun program nuklear untuk keperluan sivil, meringankan sekatan, dan membebaskan bilion dolar dana Iran yang disekat – semua ini merupakan sebahagian daripada usaha intensif untuk mengembalikan Tehran ke meja rundingan, menurut CNN Amerika. Sumber tersebut melaporkan bahawa pemain utama dari Amerika Syarikat dan Timur Tengah telah mengadakan perbincangan dengan pihak Iran di belakang tabir. Perbincangan tetap berlangsung biar pun di saat Iran dan ‘Israel’ berada di tengah-tengah kancah peperangan pada dua minggu terakhir. Sumber tersebut menambah, perbincangan terus berlanjut pada minggu ini setelah tercapainya kesepakatan gencatan senjata…Pegawai pentadbiran Trump mengesahkan yang beberapa usulan telah diajukan, baik usulan awal mahu pun usulan ke hadapan, dengan satu syarat tetap yang tidak boleh dirunding, iaitu “penamatan sepenuhnya pengayaan uranium Iran” – Al-Arabiya, 27/6/2025].

12. Akhirnya, musibah umat ini terletak pada penguasanya. Iran telah diancam dengan serangan, tetapi ia tidak memulakan serangan demi mempertahankan diri, padahal memulakan serangan adalah cara pertahanan terbaik untuk melawan Yahudi. Sebaliknya, Iran tetap diam hingggalah fasilitinya diserang, dan saintisnya dibunuh, barulah Iran mula membalas.

Hal yang sama terjadi dengan serangan Amerika. Kemudian Trump mengumumkan gencatan senjata, yang disetujui oleh entiti Yahudi dan juga Iran. Setelah itu, Amerika mengadakan perbincangan dan mengajukan usulan, dan menyatakan yang “penghapusan sepenuhnya pengayaan uranium Iran” adalah syarat tetap yang tidak boleh dirunding!

Kami dengan ini memberi peringatan bahawa perang ini tidak boleh membawa kepada perdamaian dengan entiti Yahudi atau pelucutan senjata Iran.

Adapun para penguasa lain di negeri-negeri Muslim, terutama yang berada di sekitar entiti Yahudi, pesawat musuh melintas di atas kepala mereka, menyerang negeri Muslim, dan kembali dengan aman tanpa ditembak dengan sebutir peluru pun!

Mereka berada di bawah kendali Amerika…cuba mewajarkan sikap diam mereka, menganggap suci batas-batas sempadan negara mereka, lupa atau berpura-pura lupa bahawa negeri-negeri Muslim adalah negeri yang satu, baik yang berada di kejauhan dunia mahupun yang dekat! Perdamaian orang-orang beriman adalah satu, dan perang mereka adalah satu. Tidak seyogia perbezaan mazhab memisahkan mereka selama mereka adalah Muslim.

Penguasa-penguasa ini berada dalam kehancuran kerana mereka mengira bahawa dengan tunduk kepada Amerika, mereka akan selamat, tanpa menyedari bahawa Amerika akan menyingkirkan mereka satu per satu dan melucuti senjata mereka yang dapat mengancam entiti Yahudi. Hal ini seperti mana berlaku di Syria ketika penguasa itu mengizinkan entiti Yahudi menghancurkan fasiliti militernya, dan kini hal yang sama berlaku di Iran. Sungguh, para penguasa ini akan mewarisi kehinaan di dunia dan akhirat:

﴿سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِنْدَ اللهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ﴾

“Orang-orang yang berdosa akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan azab yang keras kerana tipu daya yang mereka lakukan” [Al-An’am (6): 124].

Apakah mereka akan berfikir? Atau apakah mereka:

﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ﴾

“pekak, bisu dan buta, sehingga mereka tidak berfikir?” [Al-Baqarah (2): 171).

Seperti apakah mereka?

Wahai kaum Muslimin! Kalian melihat dan mendengar apa yang dibawa oleh penguasa kalian terhadap kalian, iaitu kehinaan, kerendahan, dan ketundukan kepada kafir penjajah, bahkan ketundukan kepada Yahudi, satu kaum yang telah ditimpakan kehinaan dan kemelaratan, yang menduduki Tanah Yang Diberkati!

Tanpa ragu, sesungguhnya kalian tahu bahawa tidak ada kemuliaan bagi kalian kecuali dengan Islam dan Negara Islam – Khilafah Rasyidah – yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang adil, yang kalian berperang di belakangnya dan dilindungi olehnya. Ini pasti akan terjadi dengan izin Allah melalui tangan orang-orang beriman yang ikhlas, yang dengannya sabda Rasulullah (saw) akan terealisasi:

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ…»

“Kalian pasti akan memerangi Yahudi, dan kalian pasti akan membunuh mereka…”

Dengan demikian, bumi akan bersinar dengan kemenangan dari Allah Yang Maha Kuat, Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Sebagai penutup, Hizbut Tahrir, pelopor yang tidak pernah berdusta kepada pengikutnya, menyeru kalian untuk mendukungnya dan berjuang bersamanya untuk mengembalikan Negara Khilafah Rasyidah, sehingga Islam dan pengikutnya dimuliakan, dan kekafiran serta pengikutnya dihinakan. Itulah kemenangan yang besar:

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ﴾

“Pada hari kemenangan itu, bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah, Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (30): 4-5].

03 Muharam 1447 H

28/06/2025 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer/political-questions/103443.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/qestions/political-questions/27867.html