Solat Jumaat Depan Capitol Hill Membuktikan Apa?

altSolat Jumaat depan Capitol Hill
 
BERIBU-ribu umat Islam Amerika Syarikat mengadakan solat Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill di Washington kelmarin, bertujuan memberi inspirasi kepada penganut Islam dan juga bukan Islam di negara itu.
Penganjur acara itu, Abdul Malik berkata, umat Islam datang dari seluruh AS, malah ada antaranya dari Britain dan Kanada.

Menurutnya, acara itu bukan suatu bentuk protes, sebaliknya hari untuk bersembahyang, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan doa supaya semua lapisan rakyat Amerika boleh hidup bersama untuk kemajuan sejagat.

Sumber: Mingguan Malaysia: 26/09/09

A Picture Tells A Thousand Words

Pelbagai persepsi boleh timbul apabila kita melihat gambar di atas. Yang pasti, ada yang akan merasa bangga dengan perkembangan Islam dan keadaan baik yang dinikmati oleh umat Islam di AS. Persoalannya, apakah cukup dengan berlangsungnya solat Jumaat di depan Capitol Hill pada hari Jumaat lepas akan dapat memadamkan kejahatan AS kepada umat Islam di seluruh dunia? Apakah ini propaganda yang dirancang dan dimainkan oleh AS untuk terus menipu umat Islam? Yang pastinya kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh AS selama ini kepada umat Islam tidak akan dapat ditutup dan dihapuskan begitu sahaja.

Wahai umat Islam! Apakah kamu lupa dengan kebiadaban AS di Iraq, Afghanistan dan di tempat lainnya. Sudah berapa ramai nyawa umat Islam yang menjadi mangsa korban kejahatan AS dan sekutu-sekutunya. Berapa banyak masjid yang telah dihancurkan oleh tentera AS laknatullah di negara yang dijajah oleh mereka. Wahai umat Islam! Amat malang sebenarnya bagi umat Islam yang terleka dengan tipu muslihat yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam.  Fahami dan kenalilah AS dengan pandangan ideologi Islam dan pasti kamu akan mengetahui siapa AS sebenarnya. Bau busuk bangkai Kapitalisme tidak akan dapat ditutup dan dihilangkan dengan sekeping gambar!!