Suara Khilafah Kembali Menggegar Pusat Peradaban Kapitalis Dunia
Ramai kaum Muslimin dari pelbagai negara memberikan sokongan dan doa agar acara tersebut berjalan dengan jayanya, sepertimana yang terungkap dalam komen-komen pengunjung di dalam laman web rasmi HTA.
Tahun lalu, HTA telah mengumumkan kewujudannya di Amerika Syarikat melalui konferens yang diadakan di Hilton, Oak Lawn, Illinois [baca: Jelang Konferensi Khilafah di Amerika: Dukungan Atas HTA Boleh Jadi Mengejutkan ].
Konferens tersebut telah mendapat liputan dalam pelbagai media tempatan dan antarabanagsa. Di samping itu juga terdapat usaha sekelompok kecil masyarakat yang anti-Islam yang cuba untuk menggagalkan program tersebut. Apa yang menghairankan, mereka mengaku sebagai pembela kebebasan, tetapi berusaha untuk menghalang kebebasan kaum Muslimin untuk mengadakan konferens.
Menurut Gruen Madeleine, yang sentiasa membuat liputan berkenaan aktiviti-aktiviti HTA, mengatakan bahawa Hizbut Tahrir (HT) telah berada dalam lebih daripada 45 buah negara di seluruh dunia dan berusaha untuk mendirikan negara Islam. Apabila pemerintahan ini telah tertegak, HT akan menyebarkan Islam ke seluruh dunia.
Maklumat lanjut tentang Konferens Khilafah di Amerika ini dapat dilayari melalui http://www.hizb-america.org/khilafah-conference-2010.
Sumber : www.syabab.com