Syabab Hizbut Tahrir Tampil Secara Langsung Dalam Sebuah Rancangan Televisyen Di Ukraine
Ketua Menteri Dalam Negeri Ukraine, G. Moskal terlebih dahulu menyampaikan ucapannya tentang ancaman “terorisme” di Crimea, Ukraine Selatan. Dia berpendapat bahawa ancaman tersebut berasal dari aliran al-Takfir wal-Hijrah, yang baru-baru ini anggotanya telah ditangkap oleh pihak kerajaan. Namun, pihak kerajaan Ukraine telah menuduh bahawa Hizbut Tahrir juga terlibat dan dianggap mengancam di negara tersebut.
Dalam ucapannya, seorang wakil daripada Hizbut Tahrir, Amzaev Fazil, mengatakan bahawa partinya berideologikan Islam, yakni agama yang diturunkan oleh Al-Khaliq untuk mengatur seluruh urusan umat manusia. Ia menjelaskan bahawa Hizbut Tahrir didirikan sesuai dengan perintah Allah SWT, yang tidak pernah menggunakan cara kekerasan dalam perjuangannya.
Dalam kesempatan itu juga, wakil daripada Hizbut Tahrir menunjukkan dokumen-dokumen yang memaparkan fakta-fakta palsu dan pembohongan G. Moskal dalam peristiwa di Zhuravka, September 2009. Ia berkaitan tuduhan ke atas Hizbut Tahrir tentang rampasan kuasa di Ukraine. Wakil Hizbut Tahrir menyatakan kesanggupannya untuk meneruskan dialog dan diskusi berkaitan isu-isu dan kegiatan Hizbut Tahrir di wilayah Ukraine di hadapan para penonton televisyen Ukraine.
Siaran langsung tersebut diteruskan dengan diskusi hangat dan interaktif berkisar tema yang dipilih. Pada sesi akhir diskusi, seorang syabab (pemuda) Hizbut Tahrir diberi kesempatan untuk berbicara. Amzaev Fazil menegaskan bahawa organisasi At-Takfir wal-Hijra tidak ada kaitannya dengan Hizbut Tahrir. Ia juga menegaskan bahawa Hizbut Tahrir tidak dilarang di negara-negara barat. Abduselyam Selyametov menegaskan bahawa parti tersebut tidak terlibat dalam sebarang tindakan kekerasan. Berkenaan soalan G. Moskal yang bertanya, “Siapakah yang membiayai anda?”, ia menjawab bahawa pembiayaan datangnya dari pembiayaan persendirian, tanpa menerima dana dari luar parti.
Media Jarang Memberi Peluang Kepada Hizbut Tahrir Untuk Tampil Berbicara
Banyak sekali informasi dan berita yang memburukkan Hizbut Tahrir dengan tuduhan ekstrimisme, radikalisme dan terorisme. Propaganda tersebut berlaku terlalu lama. Namun, dengan kuasa Allah SWT, pihak “tertuduh” yakni Hizbut Tahrir akhirnya diberi kesempatan untuk berbicara dalam sebuah rancangan televisyen di negara bekas jajahan Kesatuan Soviet itu.
Di tengah-tengah kehangatan kempen “anti-teroris”, program “Shuster LIVE” adalah program pertama dan satu-satunya program yang memberikan kesempatan kepada Hizbut Tahrir untuk menyuarakan kebenaran. Ia berbeza dengan beberapa media yang bersikap menutup kebenaran dan menyajikan kepalsuan tentang Islam. Inilah yang terjadi hampir di kebanyakan negara umat Islam.
Situasi ini menunjukkan bahawa persoalan tersebut bukan hanya untuk wilayah Krimea, tetapi juga di seluruh wilayah Ukraine. Perkembangan ini sangat menarik untuk diamati bagaimana para legislatif dan eksekutif bersikap ragu-ragu. S. Kunitsyn mengatakan bahawa situasi “sangat merbahaya”, sementara kelompok yang lain seperti wakil dari UBS mengatakan bahawa pihak berkuasa sedang memantau situasi dan buat masa sekarang Ukraine belum diancam oleh sebarang pengganas.
Sebelum ini, sebuah akhbar memberitakan bahawa seramai 30 ribu warga Muslim Krimea yang terletak di Ukraine Selatan berada di bawah pengaruh Hizbut Tahrir. Barangkali inilah sebab yang membuatkan segelintir pihak berasa khuatir. Sokongan terhadap penegakkan Khilafah yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir terus meningkat. Beberapa pihak melakukan pelbagai konspirasi dan tindakan jahat untuk menghentikannya. Namun, kita akan sentiasa ingat dengan firman Allah SWT:
”Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”. [TMQ Al-Anfal (8): 30]
Sokongan kaum Muslimin terhadap penegakkan Khilafah, khususnya di Ukraine semakin jelas dan nyata. Pengaruh Hizbut Tahrir di negara tersebut akan mempercepatkan lagi usaha penegakkan Khilafah yang akan berdiri tidak lama lagi, InsyaAllah.