Syaitan Besar Akan Lawat Malaysia

 
hillary-clintonLawatan Clinton kembangkan hubungan Malaysia – AS

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Lawatan sulung setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) Hilary Rodham Clinton ke Malaysia minggu depan bakal memperlihatkan gambaran penuh hubungan kian berkembang antara kedua-dua negara, kata penolong setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik di Jabatan Negara AS, Kurt M. Campbell. Dalam satu taklimat di Washington DC baru-baru ini mengenai kunjungan tersebut, beliau berkata, Hilary akan berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinetnya mengenai pelbagai isu. “Terdapat beberapa negara sahaja yang mempunyai hubungan dua hala seperti dimiliki Amerika Syarikat dan Malaysia,” katanya. Beliau berkata, selain itu, terdapat perkembangan besar dalam isu seperti pengawalan senjata pemusnah, penyelarasan politik dan dialog strategik antara kedua-dua negara. Hubungan Malaysia dengan AS bertambah kukuh selepas pertemuan pertama Najib dan presiden Barack Obama pada April lepas. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 30/11/10

Syaitan Besar Akan Lawat Malaysia!

Sungguh hina sikap pemimpin Malaysia yang sanggup menerima kunjungan syaitan besar yang bernama Amerika Syarikat (AS) yang akan melakukan kunjungan ke Malaysia. Ini merupakan kunjungan pertama Hilari Clinton yang mewakili AS ke negara ini. Kita dapat menjangkakan bahawa layanan istimewa besar-besaran akan diberikan oleh Malaysia kepada syaitan besar ini. Di kala tangannya masih terus berlumuran dengan darah umat Islam, suatu yang langsung tidak boleh diterima akal apabila pemimpin Malaysia bukan sekadar mengalu-alukan, malah merasa bangga pula dengan kunjungan syaitan ini!

Nampaknya hati para pemimpin sekular 1Malaysia hari ini telah menjadi lebih keras dari batu dan lebih hitam dari arang. Mereka sengaja lupa akan kejahatan AS ke atas umat Islam, malah sebaliknya sanggup menjalin hubungan dengan syaitan laknatullah ini. Amat hinalah sikap pemimpin seperti ini di sisi Allah, RasulNya dan di sisi kaum Mukminin.

Allah SWT mengingatkan,

”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”. [TMQ Ali-‘Imran (3):118].

FirmanNya lagi,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ’Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. [TMQ al-Baqarah (2):120].

Ketahuilah bahawa Amerika itu adalah kafir harbi fi’lan yang sedang memerangi Islam dan umat Islam. Maka sudah semestinya hubungan umat Islam dengan Amerika itu dibangun atas dasar mereka sebagai kafir harbi fi’lan yakni kafir yang wajib diperangi dengan jihad. Sebaliknya pemimpin Malaysia menyambutnya dengan bangga!

Sebagai Muslim, kita wajib bangkit menyatakan bantahan kita terhadap lawatan ini dan sikap hina pemimpin yang menyambutnya, dengan apa cara sekalipun.