Tarif Air Akan Dinaikkan. Apa Beza Antara Kerajaan Baru Dengan Kerajaan Lama?

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar telah mengesahkan bahawa kadar tarif air akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Alasan yang diberikan ialah bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan. Untuk melunakkan hati rakyat sebagaimana “standard” menteri-menteri kerajaan sebelum ini, Xavier menjelaskan bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat dan kementeriannya akan berunding dengan semua kerajaan negeri.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikritik hebat dan ditolak oleh rakyat, antaranya ialah kerana suka menaikkan harga barang dan utiliti umum, sehingga BN disinonimkan dengan “Barang Naik”. Kini, giliran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula untuk melakukan hal yang sama. Inilah sifat dan sikap kerajaan yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis dalam pemerintahannya. Sesungguhnya baik kerajaan baru mahupun lama, kedua-duanya mewarisi sistem pemerintahan dan ekonomi daripada kuffar penjajah iaitu sistem Kapitalisme, yang memang terkenal mencekik darah rakyat demi kekayaan golongan pemerintah dan golongan Kapitalis.

Islam telah menetapkan bahawa air adalah termasuk dalam hak milik umum (al-milkiyyah al-‘ammah), dan bukannya hak milik negara/negeri (al-milkiyyah ad-daulah). Hak milik umum ini merupakan suatu aset yang mana Pembuat hukum (Allah) (swt) telah memberikan hak kepemilikannya kepada seluruh warganegara, baik Muslim mahupun bukan. Dia (swt) membenarkan setiap individu rakyat memanfaatkannya, tetapi tidak boleh memilikinya. Pengelolaan hak milik umum ini diletakkan atas bahu pemerintah, tetapi pemerintah diharamkan untuk memilikinya, apatah lagi memperdagangkannya kepada rakyat bagi mengaut keuntungan. Nabi (saw) bersabda, «اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ» “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Anas (ra) meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas (ra) tersebut dengan tambahan, «وَثَمَنُهُ حَرَامٌ» “dan harganya adalah haram”. Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah (ra) bahawa Nabi (saw) bersabda, «ثَلَاثٌ لَا يُمْنَعْنَ: الْمَاءُ وَالْكَلَأُ وَالنَّارُ» “Tiga perkara yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api.”

Ini merupakan nas bahawa air merupakan hak milik umum yang tidak boleh dimiliki atau dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuk pemerintah. Sungguh malang apabila kita diperintah oleh mereka yang tidak menerapkan Islam, apatah lagi oleh non-Muslim yang langsung tidak memahami Islam. Kita sepatutnya menikmati kemudahan air secara percuma yang disediakan oleh kerajaan, sebaliknya kita terus ditindas dan dizalimi dengan tarif yang dikenakan, dan kenaikannya dari semasa ke semasa. Hak kita telah dirampas dan kita sentiasa ditindas oleh pemerintah yang menerapkan sistem kapitalisme yang sememangnya terkenal mengayakan pemerintah dan pemilik modal, dengan cara menghisap darah rakyat.

Apa yang jelas ialah, baik kerajaan baru mahupun lama, kedua-duanya hanya meneruskan sistem kapitalisme yang diwariskan oleh kuffar penjajah kepada negara ini. Keburukan akan terus melanda negara dan umat Islam selagi sistem kapitalisme ini tidak diganti dengan sistem Islam. Sistem Islam pula tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak memperjuangkannya. Atas dasar itu, Hizbut Tahrir tidak pernah kecewa atau putus asa menyeru seluruh kaum Muslimin agar bergabung bersama kami untuk menegakkan kembali hukum Islam secara kaffah di bawah naungan negara Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Manusia (warganegara) akan mendapat semula hak mereka untuk menikmati kemudahan air percuma dan berkualiti di bawah Khilafah Insya Allah.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Selasa, 30 Jamadil Awal 1440 H
05/02/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 03


Press Release

Water Tariffs will be Increased. What is the Difference between the Current and Previous Government?

Water, Land and Natural Resources Minister Dr A Xavier Jayakumar has confirmed that water tariffs will gradually be increased this year in line with the government’s efforts to restructure the water supply services industry in the country. The justification given is to take care of consumers’ interests in getting quality water and to ensure the best service in the industry. In order to soften the hearts of the people, just like the “standards” of previous ministers, Xavier explained that the increment will not burden the people and his ministry will discuss with all state governments.

The previous Barisan Nasional (BN) government was heavily criticized and rejected by the people, inter alia for always increasing the prices of goods and public utilities, until BN was synonymous with “Barang Naik” (“hiking of prices of goods”). Now, it is the turn of the new government of Pakatan Harapan (PH) to do the same. This is the nature and attitude of the government implementing the capitalist economic system. Both the current and previous governments are indeed inheriting the ruling and economic system from the Kuffar colonialist, that is capitalism, which is renowned for sucking the blood of the people for the interest of the capitalists.

Islam has determined that water is part of public properties (al-milkiyyah al-‘ammah), and not a state property (al-milkiyyah ad-daulah). Public properties are the assets which the Legislator (Allah) (swt) has given their ownership to all citizens, Muslims and non-Muslims alike. He (swt) has permitted individuals to benefit from them but prevented them (the individuals) from possessing them. The supervision of these public properties is put on the shoulder of the government, but the government is prevented from possessing them, let alone to trade them with the people for profit. Ibn ‘Abbas narrated that the Prophet (saw) said «اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ» “Muslims are partners (associates) in three things, in water, pastures and fire” [Narrated by Abu Dawud]. Anas (ra) narrated from Ibn ‘Abbas (ra) adding, «وَثَمَنُهُ حَرَامٌ» “And its price is Haram (forbidden).” Ibn Majah narrated from Abu Hurairah (ra) that the Prophet (saw) said «ثَلَاثٌ لَا يُمْنَعْنَ: الْمَاءُ وَالْكَلَأُ وَالنَّارُ» “Three things are not prevented from (the people), the water, the pastures and the fire.”

This is evidence that water is among the public properties and no one be it individual, company or government is allowed to own them. It is unfortunate when we are ruled by those who do not implement Islam, let alone by non-Muslims who do not understand Islam. Instead of enjoying free water facilities provided by the government, we are oppressed and mistreated by the tariffs imposed, and its increment from time to time. Our rights have been deprived and we are endlessly oppressed by the rulers practicing capitalism, a system that is known to make them and the capitalists rich beyond imagination by oppressing the people.

It is crystal clear that both the current and previous governments are just conveyors of the capitalist system which was bequeathed by the Kuffar colonialist to this country. Mischief will continue to overwhelm the country and the Muslim Ummah if capitalism is not replaced with the Islamic system. The Islamic system could never be implemented if we do not work towards implementing it. Therefore, Hizb ut Tahrir has never given up in calling upon all Muslims to join our works in re-establishing the entire Islamic law under the shade of the Righteous Khilafah (Caliphate) State upon the method of the Prophethood. The people shall get back their rights to enjoy a free and quality water facility under Khilafah Insha Allah.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Tuesday, 30th Jumada I 1440 AH
Ref: HTM 1440 / 03
05/02/2019 CE