Trump dan Yahudi Menambah Impian Ideologi Mereka kepada Cita-cita Penjajahan Mereka untuk Menghancurkan Umat Islam

Kenyataan Akhbar

Trump dan Yahudi Menambah Impian Ideologi Mereka kepada Cita-cita Penjajahan Mereka untuk Menghancurkan Umat Islam

(Terjemahan)

Pada petang Sabtu 14/3/2026, Perdana Menteri entiti Yahudi, Netanyahu menyatakan dalam satu sidang media: “Saya percaya kita semua menyedari bahawa kita akhirnya akan mencapai Kerajaan Syurga, kita akan mencapai tahap persediaan bagi kembalinya Al-Masih. Kita mampu menjamin masa depan kita berkat gabungan kuasa rohani dan fizikal yang luar biasa ini.” Beliau menjelaskan lebih lanjut bahawa konfrontasi yang sedang berlanjutan ini adalah “perang kebangkitan yang akan membawa kepada pelakaran semula peta Timur Tengah.”

Sebelum ini, tular sebuah rakaman yang memaparkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dikelilingi oleh paderi-paderi di dalam Rumah Putih, di mana mereka mengelilinginya, meletakkan tangan di atas bahunya untuk memanjatkan doa dan berkat untuknya serta memohon kemenangan dalam perangnya menentang Iran.

Sementara itu, kira-kira 30 orang ahli Kongres Demokrat menggesa agar siasatan dalaman dilakukan berhubung ratusan aduan yang difailkan oleh tentera Amerika yang menyatakan bahawa perang AS dan entiti Yahudi ke atas Iran telah dibentangkan kepada mereka sebagai satu ramalan Bible yang bertujuan untuk mempercepatkan kepulangan Al-Masih.

Isu mobilisasi ideologi telah menjadi satu ciri yang menonjol dalam pentadbiran Trump dan kerajaan Netanyahu. Ini bukanlah satu fenomena umpama angin lalu; sebaliknya, ia mendedahkan satu kepercayaan yang terdapat dalam diri mereka – walaupun mereka sebenarnya berkhayal – yang mewakili keyakinan dan doktrin mereka yang teguh.

Beberapa minggu lalu, Mike Huckabee, duta AS ke ‘Israel’, menyatakan bahawa dia tidak melihat sebarang masalah dengan Yahudi menguasai seluruh Timur Tengah, dengan mendakwa bahawa Palestin adalah tanah yang diberikan oleh Tuhan kepada bangsa yang terpilih.

Sebelum ini, Setiausaha Negara AS tampil dengan tanda salib dilukis pada dahinya, dan Setiausaha Pertahanan (baca: Perang) menyiarkan foto dirinya dengan tatu salib pada tubuhnya, berserta perkataan-perkataan yang ekstrem dan tiada kompromi seperti perkataan “Kafir”.

Dalam pencerobohan dan peperangan mereka ke atas umat Islam dan wilayah Islam, golongan ini telah menambah keyakinan agama dan impian ideologi kepada cita-cita penjajahan mereka, mengumpulkan para pengikut dan pelampau di sekeliling mereka untuk menjadi penyokong dan pembantu mereka. Allah (swt) berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ﴾

“Demikianlah dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian” [Ghafir (40): 37].

Semua ini berlaku selepas slogan-slogan demokrasi, kebebasan, kemodenan dan hak asasi manusia mereka terbongkar, dan terkubur di bawah trek-trek kereta kebal mereka serta di bawah bertan-tan runtuhan dan rumah-rumah yang dimusnahkan oleh bom-bom mereka.

Ini menuntut agar umat Islam, khususnya tentera-tentera kaum Muslimin, mengambil perkara ini dengan sangat serius. Jika para tentera ini tidak dengan segera membela Deen mereka, saudara-saudara mereka dan tanah air mereka, maka (mereka sepatutnya tahu bahawa) para penjenayah ini bertekad untuk memperhambakan mereka, merampas tanah-tanah mereka dan mencemarkan tanah-tanah suci mereka demi mencapai cita-cita penjajahan dan impian ideologi palsu mereka (penjenayah), dan para penjenayah itu sama sekali tidak menyembunyikan hal ini.

Namun, tugas mereka (para tentera) adalah mudah sekiranya golongan yang ikhlas dalam kalangan mereka itu mempunyai keteguhan, selaras dengan firman Allah (swt):

﴿ذَلِكُمْ وَأَنَّ اللّهَ مُوهِنُ كَيْدِ الْكَافِرِينَ﴾

“Itulah (kurnia Allah yang dilimpahkan kepadamu), dan sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang yang kafir” [Al-Anfal (8): 18].

Dan sebagai memenuhi janji Allah yang benar, yang tidak akan sekali-kali dimungkiri-Nya:

﴿فَإِذَا جَاء وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيراً﴾

“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai” [Al-Isra’ (17): 7].

Oleh itu, wahai para tentera yang ikhlas, bulatkanlah tekad kalian dan bersegeralah untuk memberikan baiah kepada seorang Khalifah Rasyidah yang akan menamatkan komplot si pemimpi-pemimpi ini dan menghantar mereka pulang ke tempat asal mereka, itu pun jika mereka masih mempunyainya. Allah (swt) berfirman:

﴿إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ﴾

“Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; diwariskan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” [Al-A’raf (7): 128].

Pejabat Media Pusat

Hizbut Tahrir

Isnin, 4 Syawal 1447 H, bersamaan 23 Mac 2026 M

https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/pressreleases/markazy/cmo/108570.html

https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/press-releases/central-media-office/29345.html