Tunisia draf undang-undang serah tanah kepada musuh!
Pada 5hb Januari 2016, pejabat Dewan Perwakilan menerima satu draf undang-undang berkenaan dengan pampasan kepada Kedutaan Amerika dan Sekolah Amerika atas kerosakan yang dialami oleh mereka disebabkan oleh kejadian yang berlaku pada September 2012. Draf undang-undang pemerintah menyatakan bahawa pampasan yang diberikan kepada pihak Kedutaan adalah berjumlah USD 5.4 juta (10.8 juta Dinar Tunisia), manakala pampasan kepada Sekolah Amerika adalah sebanyak USD 1.848 juta (3.5 juta Dinar). Mereka juga dikurniakan pemilikan ke atas tanah-tanah tersebut yang keluasannya melebihi dua hektar, malah bayaran transaksi pemindahan pemilikan itu juga dikecualikan dari cukai kastam.
Nizar Amama, seorang ahli Parlimen dan anggota Jawatankuasa Kewangan Akhbar Maghribi berkata “Pada hari Khamis, 7hb Januari 2016, Suruhanjaya itu akan mengkaji semula draf undang-undang berkenaan dengan memorandum pampasan sebelum ia dibentangkan kepada sesi umum. Pejabat Majlis juga akan menghubungi ketua kerajaan untuk menghadiri mesyuarat pejabat seterusnya untuk melihat sebab-sebab bagi penyerahan memorandum itu dalam bentuk undang-undang asas.
Kami di Hizbut Tahrir / Wilayah Tunisia telah memberi amaran secara terbuka kepada Presiden dan Perdana Menteri dalam bulan Mei 2015 apabila berlaku kebocoran rundingan rasmi untuk memberikan pemilikan sekeping tanah melebihi 20,000 meter persegi kepada Amerika sebagai pampasan disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di Kedutaan Amerika di Tunisia pada tahun 2012. Kami memberi amaran kepada Presiden dan kerajaan betapa seriusnya menyerahkan tanah milik Tunisia, hatta melepaskan seinci tanah kita bermakna melepaskan kesemua tanah kita dan itu adalah satu pengkhianatan kepada Allah SWT, RasulNya SAW, pemilik-pemilik tanah, dan seluruh umat Islam. Kami berharap buat masa ini bahawa kerajaan dan pihak presiden akan lebih bijak dan tidak terlibat dengan usaha untuk berkompromi terhadap setiap inci tanah Tunisia.
Akan tetapi kami menerima berita baru-baru ini tentang pengesahan bahawa kerajaan ini tidak mempunyai sebarang halangan dan ia akan meneruskan projek “pengkhianatan’ asas untuk menyerahkan pemilikan sekeping tanah bernilai milik Tunisia kepada Amerika, sebuah negara penjenayah dan pengganas (dan musuh nombor satu umat Islam di seluruh dunia yang telah membunuh -di Iraq sahaja- sejuta anak-anak kita) dan untuk meluluskan pengkhianatan dan melepaskan tanah ini, ahli-ahli Parlimen akan menjadikannya sah menurut perlembagaan, yang bermakna kerajaan sedar betapa seriusnya cadangan ini. Oleh itu, mereka tidak mahu melakukannya secara bersendirian, tetapi turut membabitkan wakil-wakil rakyat, supaya tidak ada sesiapapun yang akan berkata bahawa pihak kerajaan sahaja yang telah melepaskan tanah itu tetapi (secara palsu) ia adalah kehendak rakyat!
Hari demi hari, kerajaan mengesahkan bahawa ia tidak akan menolak permintaan dari pihak penjajah, malah ia dianggap sebagai satu khidmat kepadanya, ia telah melepaskan kekayaan negara dan sumber-sumbernya, dan tunduk kepada perintah Amerika, dan meletakkan askar-askar kita di bawah perintah NATO dan menjadikan keselamatan Tunisia di bawah pengurusan Britain. Ia telah menawarkan hartanah milik negara untuk jualan atau disita; ia tidak melihat sebarang bahaya dalam memberikan sekeping tanah secara percuma sebagai tanda kesetiaan dan ketaatan. Ketakutan terburuk kami pada hari ini adalah jenayah ini berlaku dengan kelulusan ahli-ahli Parlimen dalam dewan-dewan mereka, sebagaimana yang mereka lakukan di masa lalu, apabila mereka meluluskan undang-undang korup yang telah memburukkan lagi krisis negara. Ia telah meningkatkan kadar kemiskinan dan pengangguran serta gagal untuk menghentikan perkhidmatan kesihatan yang semakin buruk, kos sara hidup dan kos pengangkutan yang tinggi.
Mengkompromikan setiap inci tanah kita -atas apa jua alasan- adalah seperti melepaskan kesemuanya, yang mana hal ini adalah satu kesalahan dan pengkhianatan yang besar. Tidak berhenti dari meneruskan cadangan ini mengesahkan penglibatan ahli-ahli politik dalam ketundukan dan kesetiaan mereka kepada para penjajah. Hal ini mengesahkan secara terang dan jelas akan kegagalan mereka untuk melindungi negara serta rakyatnya. Ini adalah satu situasi yang mana muhasabah sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia perlukan kebangkitan rakyat negara ini dan mengheret ke mahkamah semua pihak yang melakukan pakatan sulit dan pihak yang menerima keputusan untuk menyerahkan tanah kita kepada pihak musuh. Juga, perlu diheret ke mahkamah siapa sahaja yang mencadangkan draf undang-undang berbahaya ini atau pihak yang meluluskannya di dalam Parlimen atau pihak yang terlibat dalam perbincangan sama ada untuk memindanya atau menyeru kepadanya. Apakah perbezaan di antara mereka dan orang-orang yang melepaskan Masjid al-Aqsa kepada pihak Yahudi? Tidakkah semua tanah umat Islam itu sama? Allah SWT berfirman:
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui” [Al-Anfal (8):27].