Umat Islam di Perak Bersama Mendokong Perjuangan Menegakkan Kembali Khilafah
Seminar tersebut menghadirkan 2 orang penceramah iaitu Ustaz Umar Hussein selaku Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (yang menggantikan Presiden HTM) dan Ustaz Ridhuan Hakim, AJK Pusat Hizbut Tahrir Malaysia. Dalam pembentangan pertama, Ridhuan Hakim telah menyentuh persoalan kenapa umat Islam hari ini perlu berjuang untuk mengembalikan kembali Khilafah. Selain dari menyeru agar umat manusia keluar dari dunia hari ini yang sedang hancur dan sengsara, beliau turut menyertakan beberapa dalil qathie dari Al-Quran dan Al-Hadis yang menuntut agar Khilafah segera dikembalikan.
Sementara itu dalam sesi pembentangan kedua pula, Ustaz Umar Hussein menjelaskan bahawa dunia ini hanya akan dapat diselamatkan dari kerakusan dan kebobrokan Kapitalisme dengan cara mengembalikan Islam sebagai satu ideologi dunia yang pasti membawa kemakmuran dan keharmonian kepada manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Selesai pembentangan kedua, sesi soal jawab bermula dan para peserta telah mengambil peluang berinteraksi dengan ahli panel. Majlis berakhir sekitar jam 1.25 pm dengaan bacaan doa. Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada lebih 250 orang peserta majlis SEJAM 2010 di Ipoh kali ini dan mengharapkan agar ia dapat memberikan satu momentum kepada titik tolak untuk bermulanya dakwah ke arah penegakkan kembali Khilafah rasyidah βala minhaj an-nubuwwah.