Wahai JAIS! Sudah habiskah segala jenayah dan kemaksiatan di Selangor sehingga pendakwah dijadikan penjenayah?
Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu dan tanpa takutkan Allah (swt), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan dakwaan ke atas tiga orang Muslimah Hizbut Tahrir, berserta dua yang lain, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 29/01/2020 atas kesalahan ‘menghina pihak berkuasa agama’. Empat daripada mereka ditangkap pada 28/07/2019 dalam serbuan oleh JAIS di sebuah kafe di Kompleks PKNS Shah Alam, manakala seorang lagi ditangkap pada 31/07/2019 semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat JAIS. Mereka yang didakwa ialah Kalsom Binti Abu, 65, Norliahani Binti Abdul Basir, 43, dan Nor Hazan Binti Bachok, 41. Manakala dua orang lagi ialah Nur Afiqah Fatnin Binti Mohd Latif, 26, dan Muhammad Arfan Firas Bin Mohd Latif, 20, dua beradik yang merupakan anak kepada pemilik kafe, yang ketika itu sedang menjaga kafe berkenaan kerana ibu bapa mereka sedang menunaikan haji. Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 12 (c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, kecuali Kalsom Binti Abu yang dituduh dengan tambahan Seksyen 12 (b) Enakmen yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Walaupun kami telah mengingatkan JAIS berulang kali sebelum ini mengenai fatwa fitnah ke atas Hizbut Tahrir yang menjadi sebab kepada pendakwaan ini, namun sebagaimana diagak, JAIS tetap meneruskan tindakan mereka ke atas Hizbut Tahrir. Begitulah sikap JAIS yang tidak endah akan peringatan dan tidak takutkan Allah (swt) dengan kezaliman yang mereka lakukan! Dalam kes tangkapan dan pendakwaan ke atas Muslimah Hizbut Tahrir ini, sejak awal JAIS sebenarnya telah melanggar hukum syarak apabila menghantar perisik untuk berada di dalam majlis sebelum mereka melakukan serbuan. Tindakan risikan (tajassus) ini jelas melanggar perintah Allah (swt) dalam Surah al-Hujurat (49) ayat ke-12. Tajassus ke atas orang Islam merupakan perkara yang jelas diharamkan oleh Allah (swt) dan inilah apa yang JAIS lakukan, tanpa rasa bersalah!
Selain itu JAIS telah bertindak melangkaui bidang kuasa dan melanggar undang-undang apabila merampas telefon bimbit milik Norliahani dan Nor Hazan ketika mengambil keterangan. Para pegawai penyiasat JAIS juga menunjukkan akhlak yang sangat buruk dengan bercakap kasar, meninggi suara dan mengugut Muslimah Hizbut Tahrir semasa mengambil keterangan. Malah, ada pegawai penyiasat JAIS yang telah menuduh Muslimah Hizbut Tahrir sebagai “penjenayah” semasa mengambil keterangan, suatu tuduhan yang sangat berat, yang telah dilontarkan ke atas orang yang belum terbukti bersalah!!! Adakah pihak seperti ini boleh diharap untuk menjadi penegak undang-undang? Adakah pihak seperti ini boleh diharap untuk menjadi penegak hukum syarak? Adakah pihak seperti ini boleh diharap menjadi badan pelaksana hukum Islam!? Dengan apa yang telah mereka lakukan sejak awal, maka tidak hairanlah sekiranya JAIS bersungguh-sungguh dan tanpa rasa takut kepada Allah (swt), melakukan dakwaan ke atas Muslimah Hizbut Tahrir.
Setakat ini JAIS telah mengheret tujuh orang anggota Hizbut Tahrir ke mahkamah syariah atas tuduhan menghina pihak berkuasa agama. Dengan pertuduhan terbaru ke atas tiga orang Muslimah Hizbut Tahrir, dan dua yang lain ini, menjadikan dua belas orang kesemuanya yang ditangkap dan dibicarakan hasil daripada fatwa fitnah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor ke atas Hizbut Tahrir. Sungguh JAIS sudah tidak punya malu dan tidak takutkan Allah (swt) dengan mengheret para pendakwah ke mahkamah atas kesalahan jenayah yang diada-adakan! Seolah-olah sudah tidak ada jenayah dan penjenayah lagi di Selangor, sehingga JAIS berhempas pulas mengejar para pendakwah untuk dijadikan penjenayah! Tatkala kilang arak yang terbesar masih tersergam kukuh di Selangor; tatkala kumpulan liberal semakin galak mengeluarkan kenyataan yang menyesatkan, dan menganjurkan bermacam program dalam rangka menyebarkan dakyah dan pengaruh mereka; tatkala gejala sosial semakin hari semakin parah; tatkala suara-suara orang kafir semakin kuat menunjukkan kebencian mereka kepada Islam; tatkala ahli-ahli politik semakin mencampakkan Islam daripada pemerintahan – tatkala itulah JAIS bukannya tampil untuk melawan dan merubah segala kemungkaran tersebut, sebaliknya JAIS semakin galak memburu para pendakwah untuk dijadikan penjenayah!
Akhir sekali kami ingin katakan bahawa, jika JAIS berfikir bahawa tangkapan dan pendakwaan ke atas anggota-anggota kami akan melemahkan atau menghentikan dakwah Hizbut Tahrir, JAIS telah melakukan kesilapan yang besar. Sesungguhnya dakwah ini adalah milik Allah (swt) dan Dialah yang menjaganya. Dia akan menjaga orang-orang yang ikhlas berdakwah di jalanNya dan Dialah yang akan memastikan dakwah ini terus berjalan. Semakin kuat orang menyekat dakwah di jalanNya, maka semakin kuat pula dakwah ini akan tersebar dengan kuasa dan izinNya. Inilah Sunnatullah. Dia telah pun memberi kemenangan kepada RasulNya dan generasi terdahulu betapa besar sekalipun usaha musuh-musuhNya untuk menyekat dakwah, dan Dialah yang akan memberi kemenangan sekali lagi kepada generasi mutakhir ini betapa besar sekalipun usaha-usaha dilakukan untuk menghalang dakwah di jalanNya. Bezanya, dahulu dakwah dihalang oleh orang-orang kafir, kini dakwah dihalang oleh mereka yang mengaku Islam dan mengaku menjaga Islam! La haula wa la quwwata illa billah!
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Selasa, 10 Jamadil Akhir 1441 H
04/02/2020 M
Ruj: HTM 1441 / 06
Press Release
O JAIS! Have All the Crimes and Vice in Selangor Died Out that You are Now Going for Daie as Criminal?
Without feeling guilty, without shame and without fear of Allah (swt), the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) has charged three sisters of Hizb ut Tahrir, along with two others, at the Shah Alam Shariah Lower Court on 29/01/2020 for an offense of ‘insulting the religious authorities’. Four of them were arrested on 28/07/2019 in a raid by JAIS at a cafe at the Shah Alam PKNS Complex, and another one was arrested on 31/07/2019 while attending the JAIS headquarters to give statement. Those charged were Kalsom Binti Abu, 65, Norliahani Binti Abdul Basir, 43, and Nor Hazan Binti Bachok, 41. The other two were children of the cafe’s owner, Nur Afiqah Fatnin Binti Mohd Latif, 26, and Muhammad Arfan Firas Bin Mohd Latif, 20 who were looking after the cafeteria at that particular time for their parents were off to Hajj. All of them were charged under Section 12 (c) of the Shariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995, except for Kalsom Binti Abu who was also charged under Section 12 (b) of the same Enactment, which carries a maximum fine of 3,000 RM or jailed up to two years or both, upon conviction.
Even though we have repeatedly reminded JAIS of the defamatory fatwa against Hizb ut Tahrir that led to this prosecution, as expected, JAIS continued with their action. That is the attitude of JAIS who turns back on reminder and does not fear Allah (swt) with their cruelty! In the arrest and prosecution of Muslimah of Hizb ut Tahrir, JAIS had from the beginning, violated the Hukm (Divine Law) when they sent their spies to sneak into the program before raiding. This act of spying (Tajassus) is a clear violation of the order of Allah (swt) in Surah Al-Hujurat (49) verse 12. Tajassus on Muslims is clearly prohibited by Allah (swt) and this has what been done by JAIS, without feeling any guilt!
In addition, JAIS had acted beyond their jurisdiction and transgressed the law when they seized the hand phones of Norliahani and Nor Hazan during the process of taking statement. The JAIS investigating officers had also acted immorally by speaking harshly, raising their voices and threatening the sisters of Hizb ut Tahrir while taking statements. Moreover, one of the investigating officers had accused the sisters of Hizb ut Tahrir as “criminals”, a very serious accusation, casted on a person not evidently found guilty as yet!!! Can such a party be expected to establish the law!? Can such a party be expected to establish the Hukm!? Can such a party represent an Islamic law enforcement body!? With the way they acted since the very beginning, it is not surprising that JAIS is so keen and has lost any fear of Allah (swt) in prosecuting the sisters of Hizb ut Tahrir.
JAIS has thus far dragged seven brothers of Hizb ut Tahrir to the Shariah Court under the offense of insulting the religious authorities. With the latest charge on three sisters of Hizb ut Tahrir and two others, making the number twelve, been arrested and tried in court as a result of a defamatory fatwa issued by the Selangor Fatwa Committee on Hizb ut Tahrir. Indeed, JAIS has lost its shame and fear to Allah (swt) by dragging the preachers (Daie) to court for fictitious crimes! It was as if no more crimes and criminals in Selangor that JAIS is chasing after the Daie and make them criminals! While the largest liquor factory is still standing strong in Selangor; while the liberal groups are increasingly eager in issuing devious statements and organizing various programs in spreading their doctrine and influence; while social crisis is getting worse and worse; while the voices of the Kuffar is getting louder and louder in their hatred of Islam; while politicians increasingly abandon Islam from their ruling – rather than working to fight and change these, JAIS instead hunts the Daie to make them criminals!
Finally, we would like to express that, if JAIS thinks that the arrests and prosecution of our members will weaken or stop Hizb ut Tahrir from carrying the Da’wah, JAIS has made a big mistake. Verily, this Da’wah belongs to Allah (swt) and it is He who protects it. He will protect those who sincerely carry this Da’wah in His course and it is He who will ensure this Da’wah continues. The more Da’wah in His way hindered, the wider it will spread by His will and power. This is Sunnatullah. He has already granted victory to His Messenger (saw) and the early generations despite the huge efforts of His enemies to halt the Da’wah, and it is He, who will once again, grant this latest generation a great victory no matter how much effort is done to prevent the Da’wah. The only difference is, earlier, the Da’wah was impeded by the Kuffar, but it is now impeded by those who admit themselves as Muslims and claimed as guidance of Islam! La hawla wa la quwwata illa billah!
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir
in Malaysia
Ref: HTM 1441 / 06
04/02/2020 CE
Tuesday, 10th Jumada II 1441 AH