14 Penemuan Islam terpenting
Kehidupan sehari-hari di zaman moden hari ini tidak dapat dibayangkan seandainya tidak ada jejak karya ilmuwan Islam di dalamnya. Berikut ini adalah 14 penemuan terpenting yang dipilih dari laman Science Museum of Univ. of Manchester (www.1001inventions.com). Pemilihan dimulai dari yang paling besar peranannya untuk semua orang, iaitu yang terkait dengan makanan, pakaian, tempat tinggal, urusan pendidikan dan kesihatan, pengangkutan, hiburan sehinggalah ke politik.
1. Minuman kopi
Kita mula dengan minuman paling popular di dunia. Mengikut ceritanya, kopi ditemui di Ethiopia, ketika seorang penggembala Muslim melihat kambing-kambingnya lebih segar setelah memakan biji-bijian dari sejenis tumbuhan. Dia lalu merebus biji tersebut dan membuat minuman kopi pertama di dunia. Sejarah lalu mencatatkan bahawa setelah biji kopi tersebut dibawa ke Yaman, ia digunakan oleh para sufi untuk menghilangkan rasa mengantuk saat beribadah di malam hari. Pada akhir abad ke-15 kopi tiba di Mekah dan Turki hingga akhirnya tiba di Venice pada tahun 1645. Kopi yang dalam bahasa Arabnya disebut “qahwa” di Turki disebut “kahve” di Italia disebut “caffe” dan di Britain disebut “coffee”.
2. Tata Cara Makan
Tata cara makan yang berupa tiga urutan hidangan makanan bermula dari sup, diikuti dengan ikan atau daging dan diakhiri dengan buah dan kacang telah diperkenalkan oleh Ali bin Nafi, yang popular dengan nama Ziryab di Cordoba pada abad 9. Dia juga memperkenalkan cara minum dengan gelas kristal (bukan lagi cangkir logam atau keramik).
3. Penggunaan sabun dan shampoo
Mencuci dan mandi adalah termasuk perkara yang ditekankan di dalam agama bagi umat Islam. Oleh itu, tidak hairanlah jika umat Islamlah menyempurnakan formula untuk sabun yang kita gunakan hari ini. Bangsa Mesir kuno atau orang Rom sudah mengenal sabun, namun orang Islamlah yang menggabungkan minyak tumbuhan dengan sodium hidroksida dan bahan-bahan aromatik. Shampoo diperkenalkan ke Britain oleh seorang Muslim yang membuka tempat mandian “Mahomed’s India Vapour Bath” di pinggir laut Brighton pada tahun 1759. Dari sana cucian rambut di perkenalkan untuk doktor bedah, bahkan untuk Raja George IV dan William IV.
4. Pembuatan Karpet
Karpet sebagai salah satu kelengkapan rumah adalah produk teknik tenun umat Islam, penggunaan bahan kimia dan reka bentuk yang ditata dengan rapi. Menurut pujangga Belanda, Erasmus, sebelum rumah-rumah Eropah mengenal karpet, lantai-lantainya ditutupi oleh rumput, dan bertahun-tahun menjadi tempat terkumpulnya kahak, muntah, kotoran anjing, dan lainnya. Tidak mengejutkan bagaimana akhirnya karpet dengan cepat berkembang di Eropah.
5. Taman untuk Meditasi
Bangsa Eropah sudah biasa memiliki dapur dan taman herba namun orang-orang Islamlah yang mengembangkan gagasan taman sebagai tempat keindahan dan meditasi. Taman yang mendapat julukan “The Royal Pleasure Garden” pertama dibuka di Eropah pada abad ke-11 di Andalusia Muslim. Di samping itu kita juga mengenal bunga yang berasal dari daerah Muslim termasuk bunga teluki (carnation) dan tulip.
6. Menulis dengan pen
Tidak ada pendidikan tanpa tulisan. Pena pancut (fountain pen) diciptakan untuk penguasa Mesir pada 953 M setelah ia menuntut pena yang tidak mengotorkan tangan atau pakaian. Pena tersebut menyimpan dakwat di dalam tabung dakwat di dalam pena itu sendiri dan sebagai pena moden, ia berfungsi kerana graviti dan kesan kapilari. Ratusan tahun setelah itu, di Eropah, orang masih menulis dengan bulu ayam yang titisan tintanya sering mengotorkan kertas dan tangan mereka.
7. Penghitungan “Cara Arab”
Sistem angka mungkin berasal dari India namun sistem algebra angka berasal dari Arab dan pertama kali muncul dalam karya Al-Khawarizmi dan Al-Kindi sekitar tahun 825 M. Isi buku al-Khawarizmi, Al-Jabr wa al-Muqabilah, merupakan asas algebra dan matematik hingga kini. Karya ini dibawa ke Eropah 300 tahun kemudian oleh ahli matematik Itali, Fibonacci. Algoritma dan banyak teori trigonometri datang dari dunia Islam dan penemuan Al-Kindi mengenai analisis frekuensi telah menciptakan dasar ilmu kriptologi moden.
8. Alat Pembedahan
Adalah suatu yang tidak masuk akal jika hospital moden hari ini tidak menjalankan pembedahan. Banyak peralatan pembedahan moden diasaskan kepada reka bentuk peralatan yang dicipta pada abad ke-10 oleh Abu Qosim Az-Zahrawi. Pisau bedah, alat gergaji tulang, penyepit, gunting halus untuk pembedahan mata dan lebih kurang 200 alat ciptaannya masih digunakan oleh ahli bedah moden. Beliaulah yang mencipta catgut suture, alat yang digunakan untuk jahitan internal yang akan hancur secara tabii. Pada abad ke-13, petugas perubatan Muslim bernama Ibn Nafis menulis mengenai proses pengedaran darah, 300 tahun sebelum William Harvey menemukannya. Para doktor Muslim juga menemukan ubat bius dari campuran opium dan alkohol dan mencipta jarum berongga yang digunakan untuk menyedut katarak dari mata, suatu teknik yang masih digunakan sampai saat ini.
9. Vaksinasi
Teknik inokulasi dengan kuman yang dilemahkan untuk merangsang kekebalan tubuh ternyata dirancang di dunia Muslim dan dibawa ke Eropah dari Turki oleh isteri duta besar Britain ke Istanbul pada tahun 1724 M. Anak-anak Turki telah divaksin dengan cacar lembu untuk melawan penyakit cacar sekurang-kurangnya 50 tahun sebelum Jenner dan Pasteur menemukannya di Barat.
10. Crankshaft
Crankshaft adalah alat yang mengubah putaran kepada gerakan linear dalam semua mesin dunia moden hari ini. Penemuan mekanik terpenting dalam sejarah manusia ini diciptakan oleh Al-Jazari untuk mengangkat air bagi tujuan irigasi. Dalam bukunya pada tahun 1206 M mengenai pengetahuan tentang peralatan, ia menunjukkan penyempurnaan penggunaan omboh, merancang beberapa jam mekanikal, tenaga air dan pemberat dan merupakan bapa dunia robotik. Salah satu antara 50 penemuannya adalah kunci kombinasi.
11. Kapal terbang
Pencipta prinsip pesawat terbang adalah Abbas Ibnu Firnas, seribu tahun sebelum Wright bersaudara menambahkan mesin padanya. Abbas Ibnu Firnas pada tahun 852 M melompat dari menara Masjid Agung di Cordoba menggunakan jubah longgarnya yang disokong dengan kayu. Dia berharap untuk meluncur seperti burung, tetapi yang ditemukannya adalah apa yang kini dianggap sebagai payung terjun pertama. Pada tahun 875 M, saat usianya sudah 70 tahun, setelah menyempurnakan alat terbangnya yang memakai sutera dan bulu helang, ia mengulangi cubaannya melompat dari sebuah gunung. Dia terbang dan dapat bertahan di udara selama sepuluh minit.
12. Kamera
Tidak dapat dibayangkan pada saat ini suatu acara yang tidak diabadikan dengan pengambilan gambar dengan kamera. Ibn al-Haitsam merupakan saintis pertama yang mencipta kamera pin-hole setelah mengamati cara cahaya masuk melalui lubang jarum. Semakin kecil lubang, semakin jelas arca yang terbentuk. Dengan pemahaman ini beliau mencipta Kamera Obskura pertama (dari kata “qamara” dalam bahasa Arab untuk ruangan gelap atau ruang peribadi). Dia juga disebut sebagai orang pertama yang merancang secara fizikal, sebuah pemikiran berbentuk falsafah sehingga menjadi sebuah eksperimen ilmiah.
13. Geografi
Tidak ada urusan politik tanpa geografi. Pada abad ke-9 M, seorang ahli geografi Muslim menyimpulkan bahawa bumi itu bulat. Ibn Hazm mengatakan, “.. matahari ada pada kedudukan vertikal relatif kepada satu titik tertentu di bumi pada setiap waktu dan ini adalah bukti bumi itu bulat”. Hal itu terjadi 500 tahun sebelum Galileo. Ahli astronomi Muslim ini menghitung ukur lilit bumi dan mendapatinya bernilai 40,253 km – hanya 253 km lebih besar
dari nilai yang diperoleh hari ini. Al-Idrisi menghadiahkan globe dunia yang menggambarkan
realiti bumi kepada Raja Roger di Sicily pada 1139 M.
14. Senjata Api
Senjata api adalah kelengkapan utama pasukan polis dan tentera di mana pun saat ini. China menciptakan gun powder (mesiu) dan menggunakannya, namun para jurutera Muslimlah yang memurnikannya dengan mencampurkan potasium nitrat. Pada abad ke 15 mereka telah membuat roket, yang mereka sebut sebagai “telur bergerak sendiri dan membakar” dan sebuah torpedo berbentuk buah lai dengan tombak di bahagian depan yang akan menyucuk kapal musuh dan meletup.
Hakikatnya, semua penemuan ini terjadi kerana wujudnya sinergi para ilmuwan yang terpelajar dan kemudahan daripada Daulah Khilafah dan kemudiannya, segala ilmu dan penciptaan ini disebarkan ke seluruh dunia dengan semangat rahmatan lil ‘alamin.
[Disunting daripada sumber: http://hizb-indonesia.info/2012/02/28/top-14-penemuan-islam-terpenting/]