Seruan dari Hizbut Tahrir Malaysia – Khilafah Penyelamat Ummah

Jumaat 28 Rajab 1429H (1 Ogos 2008M) – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) pada hari ini telah melaungkan seruan untuk menegakkan semula Khilafah di seluruh Malaysia secara serentak. Seruan dikumandangkan sebaik sahaja selesai solat Jumaat di beberapa buah masjid yang terpilih dari Perlis hinggalah ke Johor.
Bacaan seruan ini dilakukan sempena memperingati tarikh 28 Rajab 1342H (bersamaan 3 Mac 1924M), iaitu tarikh kejatuhan Daulah Islam (Daulah Khilafah) di Istanbul, Turki. HTM mengingatkan umat Islam bahawa sejak jatuhnya Khilafah kira-kira 87 tahun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah dilanda pelbagai kesengsaraan. Umat Islam diperangi, dibunuh, dirogol, diseksa, dipenjara dan sebagainya, tanpa ada pembelaan dari seorang pemimpin pun, walaupun hakikatnya umat Islam kini mempunyai lebih dari 50 orang pemimpin.HTM mengingatkan nasib yang menimpa umat Islam di seluruh dunia setelah lenyapnya Khilafah dari muka bumi. Ini belum lagi mengambil kira serangan pemikiran yang tak pernah henti dari kuffar Barat untuk menghancurkan Islam dan umat Islam.Di sepanjang 10 hari terakhir bulan Rajab tahun ini, aktiviti untuk memperingati tentang sejarah hitam umat Islam yakni jatuhnya institusi politik agung umat Islam ini (Khilafah) bukan sahaja di adakan di Malaysia, malah ia di adakan di seluruh dunia di mana sahaja Hizbut Tahrir bergerak. Apa yang penting yang ingin di sampaikan oleh Hizbut Tahrir kepada umat Islam adalah kewajipan untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang mana ia adalah satu kewajipan yang mulia dan terkena ke atas setiap dari kita. Mendirikan semula Khilafah adalah kewajipan ke atas umat Islam yang datangnya dari Allah Azza wa Jalla.Hizbut Tahrir yakin hanya dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya, maka barulah kemuliaan yang telah hilang dari umat Islam akan kembali semula kepada mereka. Hanya dengan adanya Daulah Khilafah sahajalah, maka kaum kuffar penjajah akan dapat dikalahkan. Khalifah pastinya akan melancarkan jihad dan akan menyelamatkan saudara-saudara kita yang sekarang ini berada di bawah kekuasaan penjajah. Hanya dengan Khilafah sahajalah bumi-bumi umat Islam yang sekarang ini dijajah atau diduduki oleh puak kuffar, akan dapat dibebaskan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan. Ya, insya Allah, hanya dengan terwujudnya Daulah Khilafah, maka segala penderitaan umat Islam akan berakhir dan kita semua akan bersatu di bawah seorang Amirul Mukminin, sebagaimana pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidun.Dalam seruan yang dikumandangkan, Hizbut Tahrir telah menyeru dan mengajak seluruh umat Islam agar bangkit dan berjuang bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir menyeru kepada semua kaum Muslimin agar bersatu dengan barisan pemuda Hizbut Tahrir untuk kita sama-sama bergerak menuju kemuliaan ini.Dalam kesempatan ini, Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada seluruh umat Islam yang telah sanggup berdiri berpanas di bawah terik mentari semata-mata kerana ingin mendengar seruan yang dibacakan. Semoga Allah membalas segala kebaikan saudara semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dariNya, Insya Allah. Dan semoga selepas ini semakin ramai dari kalangan umat Islam yang akan turut bergabung dengan barisan Hizbut Tahrir untuk menegakkan semula institusi agung umat Islam ini. ALLAHU AKBAR!!!




[Gambar-gambar yang tersiar adalah di sekitar Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor]