Pemimpin Sekular Berlembut dengan Gay

 
altMasalah gay yang semakin menular di kalangan sebahagian masyarakat hari ini telah menarik minat seorang pemimpin masyarakat yang juga ahli parlimen dari BN-Sekijang iaitu Datuk Baharum Mohamad. Beliau yang membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat berkata: “Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,”.  Oleh kerana itu beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah pusat pemulihan bagi membendung gejala seks songsang tersebut daripada terus menular. Menurutnya lagi, pusat pemulihan itu boleh menjadi tempat untuk golongan itu mendapatkan rawatan terapi selain membendung mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti songsang itu.
Keprihatinan beliau terhadap isu itu adalah sesuatu yang baik tetapi malangnya penyelesaian yang dicadangkan oleh beliau itu ternyata begitu tersasar dan membuktikan kepada kita betapa jauhnya pemikiran para pemimpin yang ada hari ini daripada penyelesaian Islam. Padahal setiap permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan semestinya diselesaikan menurut kaedah Islam.

Apa  yang dicadangkan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia hampir serupa dengan cadangan-cadangan sebelum ini apabila melibatkan gejala sosial. Mungkin ada kelainan, tetapi kaedahnya sama. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya sedia maklum bahawa Islam adalah satu cara hidup(deen) yang lengkap dan tidak mungkin penyakit sosial seumpama ini tidak ada penyelesaiannya. Mustahil Allah SWT membiarkan manusia secara bersendirian menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi termasuklah dalam persoalan gay ini. Maha Suci Allah SWT daripada apa yang telah mereka cadangkan itu.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa menubuhkan pusat pemulihan itu dilihat baik kerana mampu memberi peluang kedua kepada para pelaku, namun pemikiran seperti itu bukan lahir daripada cara berfikir Islam. Ini adalah kerana di dalam Islam, baik atau buruk sesuatu perkara tidak boleh ditentukan dengan akal semata-mata tetapi ia mestilah ditentukan berdasarkan kepada syara’ ini adalah kerana hanya Allah SWT yang mengetahui apakah yang terbaik untuk manusia. Manusia hanya menjalankan kewajibannya dengan tunduk dan patuh kepada semua hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT.

Di dalam Islam, hukuman kepada pelaku perbuatan keji tersebut adalah dibunuh jika sabit kesalahan dan ia telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dan diteruskan oleh para khulafa selama lebih 1400 tahun sehinggalah Daulah Islam diruntuhkan pada 3hb Mac 1924. Jadi, seharusnya penyelesaian kepada masalah gay ini adalah jelas dan tidak ada pilihan di dalam melaksanakannya.

Apa yang pasti, di dalam Islam tidak ada tawar menawar dalam isu ini kerana hukuman ini adalah hukuman yang datangnya daripada Allah SWT. Untuk ahli parlimen Sekijang yang mencadangkan perkara di atas sila baca SN244 – HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT

Rujukan : Kosmo 22/3/2012