Perlu Menunggu 20 Tahun Untuk Dapatkan Air Paip
Telah terbukti bahawa ideologi kapitalisme ini adalah sistem kehidupan yang gagal untuk memberi kehidupan yang sebenar kepada manusia. Ini sangat jauh berbeza dengan sistem Islam.Sejarah tinta emas kegemilangan Islam yang pernah memayungi 2/3 dunia selama lebih daripada 1300 tahun telah memperlihatkan kepada kita bahawa Islam adalah satu-satunya ideologi yang mampu memberikan kehidupan yang baik kepada seluruh manusia. Khalifah Umar al-Khattab pernah pada satu malam tidak dapat tidur kerana telah sampai kepadanya berita tentang kambing yang tergelincir lalu mati di Iraq. Disebabkan insiden tersebut, Saidina Umar menangis dan berkata, “Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di hari akhirat kelak!”. Saidina Umar sentiasa berasa bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di bawah kepimpinannya hidup dengan selesa dan sejahtera di bawah naungan Islam. Saidina Umar memahami dengan benar hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Pemimpin sesuatu kaum adalah pelayan mereka” [HR Abu Naim]. SabdaRasulullah SAW yang lain turut menjelaskan bahawa kewajiban untuk menguruskan seluruh urusan rakyat itu terbeban sepenuhnya di atas bahu pemimpin.“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya” [HR Bukhari dan Muslim].
Sumber: Sinar Harian, 28/02/13