Polemik Syahid Para Ulama Pendokong Demokrasi

lahaddatuPeristiwa Lahad Datu bukan sahaja telah dijadikan modal politik oleh parti pemerintah dan parti pembangkang dalam meraih sokongan dan menjatuhkan lawan masing-masing, ia kini telah memasuki fasa mempolemikkan isu yang sangat mulia dalam Islam iaitu mati syahid. Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan bahawa para perajurit yang gugur dalam konflik tersebut sebagai syahid akhirat manakala Dewan Ulama Pas Pusat pula mengatakan bahawa mereka syahid dunia sahaja. Sebelum ini umat sudah pun dikelirukan dengan pelbagai perkara yang sehingga ke hari ini masih lagi tidak henti-henti diperdebatkan di mana-mana seperti kekeliruan penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir, konsep negara Islam, kebebasan beragama dan bermacam-macam lagi. Mengapakah sangat sukar untuk dinyatakan dengan jelas dan terang agar umat ini tidak menjadi keliru dan kembali kepada kebenaran? Jawapannya adalah mudah. Siri polemik yang mengelirukan umat ini sengaja dibiarkan berlaku kerana para ulama demokrasi ini bercakap atau memberikan pendapat mereka bukan lagi didasarkan pada Islam semata-mata, tetapi dipengaruhi sepenuhnya oleh kepentingan parti politik masing-masing. Dalam demokrasi, manfaat yang ingin diraih adalah merupakan unsur yang terpenting yang wajib dipertimbangkan sebelum melakukan sesuatu tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan. Mereka sekali-kali tidak akan bercakap melainkan ianya  memberikan manfaat kepada puak masing-masing dan untuk memburukkan pihak lawan, termasuklah sehingga ke tahap terpaksa memutar belitkan ajaran Islam yang mulia ini sebagai modal mereka. Inilah hakikat demokrasi di mana manfaat adalah penentu segala-galanya termaksuklah dalam menentukan halal haram sesuatu perkara. Sebagai contoh, keharaman yang begitu jelas seperti berhukum dengan hukum jahiliyyah atau hukum selain Islam masih boleh dihalalkan oleh para ulama pendokong demokrasi dengan seribu satu macam justifikasi demi meraih manfaat semata-mata.

Jsambutika benar para ulama ini ikhlas untuk bercakap tentang jihad dan syahid dalam konteks Islam, maka sudah pasti mereka akan menyeru kepada pasukan keselamatan agar pergi berjihad membebaskan dan menyelamatkan saudara-saudara seaqidah mereka yang sedang dibunuh, ditindas dan dijajah oleh orang-orang kafir seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin, Myanmar, Syria, bahkan yang sangat terdekat sekali dengan kita iaitu di Selatan Thailand. Namun, sehingga ke hari ini, tidak pernah sekali pun kedengaran secara jelas, tegas dan lantang seruan sebegitu rupa daripada mulut-mulut yang mendakwa diri mereka sebagai pewaris para Nabi ini. Mengapakah terjadianya perkara sedemikian? Ini adalah semata-mata kerana tiada sebarang manfaat politik yang boleh diraih, baik untuk diri sendiri mahupun parti politik masing-masing. Alangkah keji dan hinanya para ulama pendokong demokrasi ini. Bertaqwalah kepada Allah wahai para ulama!

Sumber:

Utusan Malaysia, 19/03/13
Harakahdaily.net, 19/03/13