Lagi propaganda jahat AS
WASHINGTON 31 Mac – Ketua Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Michael Hayden semalam memberi amaran bahawa rangkaian Al-Qaeda sedang menjalankan latihan intensif bagi melancarkan serangan dengan menjadikan Barat sebagai sasaran.
Beliau juga memberi amaran mengenai kemungkinan anggota kumpulan itu menyusup masuk ke Amerika Syarikat (AS) tanpa dapat dikesan.
Menurutnya, rangkaian berkenaan juga telah membina penempatan di wilayah sempadan Pakistan-Afghanistan sejak 18 bulan lalu dan menggerakkan operasi mereka di dengan pengetahuan Osama bin Laden.
“Mereka mengadakan latihan intensif di wilayah tersebut dan mungkin berjaya melepasi pemeriksaan di Dulles (lapangan terbang antarabangsa berhampiran Washington DC),” kata Hayden kepada stesen televisyen NBC.
Sehubungan itu, beliau menggesa teknik perisikan di kalangan pentadbiran persekutuan dipertingkatkan selain menjalin kerjasama lebih erat dengan suku-suku puak di Pakistan dan Afghanistan.
Bagaimanapun katanya, “kemusnahan” dasar kerajaan di bawah kepimpinan Presiden Pervez Musharraf pada 2006, membolehkan Al-Qaeda meningkatkan keupayaan mereka di rantau itu.
“Beliau turut menarik balik sokongan pihak tentera Pakistan kepada suku kaum di rantau itu, sehingga membolehkan AlQaeda dan Taliban semakin mendapat kuasa di sana,” katanya.
Hayden turut menegaskan bahawa Osama masih lagi bersembunyi di wilayah bersempadan Pakistan-Afghanistan, tetapi tidak lagi mengawal operasi rangkaian Al-Qaeda.
Sebaliknya kata beliau, Osama yang disifatkannya sebagai `ikon’, kini dipercayai menjalin hubungan dengan kumpulan militan di Mesir.
“Biarlah saya menggunakan terma seorang ikon. Kehadirannya memberi suntikan semangat dan bayangan kepada gerakan global.
“Namun dia tidak terlibat dalam operasi oleh Al-Qaeda yang selalunya dilakukan oleh penduduk negara asal. Paling dahsyat, ia dilakukan oleh mereka yang dipanggil sebagai al-Masris, bermaksud `orang Mesir’,” katanya.
– AFP
Sumber: Utusan Malaysia 01/04/08
Ulasan:
Pandai sungguh Amerika bermain propaganda! Semoga umat Islam tidak terpengaruh dengan propaganda busuk negara kuffar ini.
Beberapa perkara perlu kita faham dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Hayden yang kafir ini adalah:
1) Isu AlQaeda akan sentiasa dimainkan untuk menunjukkan bahawa war on terror AS sentiasa relevan.
2) Dengan menyatakan bahawa AlQaeda semakin kuat, AS cuba menyatakan kepada dunia (dan dunia perlu memahami) bahawa usaha AS juga perlu dipertingkatkan untuk melawan pengganas, maksudnya melawan umat Islam. Jadi, ini merupakan satu justifikasi bagi AS untuk membunuh umat Islam dengan lebih dahsyat lagi.
3) Dengan menyatakan bahawa AlQaeda boleh berjaya menyusup masuk ke AS dengan senyap, AS cuba mencipta ketakutan kepada rakyatnya dan rakyatnya yang bodoh akan sentiasa bergantung harap kepada kerajaan untuk memerangi pengganas (Muslim). Dengan kenyataan ini juga, bermakna AS akan memantau keras (dan tidak mustahil menangkap atau membunuh) mana-mana Muslim yang masuk ke Amerika dengan hanya menuduh mereka sebagai pengganas.
4) Mengaitkan Osama dengan pengganas di Mesir dapat membantu AS untuk masuk campur urusan dalaman Mesir secara langsung yang mana Presidennya (Hosni Mubarak) sememangnya pun selama ini penyembah AS. Hosni Mubarak juga tentunya akan berusaha membunuh rakyatnya sendiri yang seagama dengannya apabila AS menyatakan kumpulan tersebut adalah pengganas.
Demikianlah antara kesan yang diharapkan oleh AS dengan propaganda keji yang mereka mainkan. Sebagai Muslim, kita perlu ingat dan sedar bahawa, orang yang dicop oleh AS sebagai pengganas adalah umat Islam, saudara kita juga. Mereka adalah orang yang membenci AS sebagaimana kita dan berusah untuk menghapuskan hegemoni AS ke atas umat Islam. Kerana itulah AS membenci mereka dan melabelkan mereka sebagai pengganas. Namun, oleh sebab para pemerintah kita yang ada semuanya adalah bacul dan sebahagiannya adalah agen AS, maka merekalah yang sentiasa ‘membantu’ AS untuk membunuh saudara-saudara kita yang dibenci AS tadi.
Sesungguhnya umat Islam memerlukan seorang Khalifah yang tidak akan tunduk kepada AS, malah akan melancarkan jihad untuk melawan keganasan AS ke atas umat Islam selama ini. Hanya dengan Khalifah inilah, umat Islam akan dilindungi dan mencapai kemenangan, Insya Allah. Sabda Rasulullah SAW,
“Imam (Khalifah) itu (ibarat) perisai di mana di belakangnya umat berperang dan berlindung” [HR Muslim].